MK dan Tuju Kembali Bersatu Dalam Lagu Rap ‘Risiko’
Syarikat produksi Twntytwo Degree telah mendedahkan video teaser untuk lagu ‘Risiko’ pada 7 Februari lalu. Video yang hanya berdurasi selama 11 saat itu telah mendapat sambutan hebat di media sosial dengan lebih daripada 1 juta tontonan dalam sehari.
Video muzik ini menarik perhatian ramai peminat dan penggiat industri muzik dengan kualiti suntingan yang tinggi dan menarik. Lagu ‘Risiko’ merupakan hasil kerjasama antara lima penyanyi rap popular yang mempunyai karisma tersendiri, iaitu Benzooloo, Ghidd, Meerfly, MK dan TUJU.
Yang mengejutkan lagi, video muzik ini menampilkan MK dan Tuju yang sebelum ini dikhabarkan tidak sehaluan dan berpecah. Kedua-dua penyanyi rap ini kini kembali bersatu dalam satu lagu yang pastinya menggembirakan peminat mereka yang lama menantikan gandingan mereka.
Di ruangan komen video teaser, ramai peminat menyatakan rasa tidak sabar untuk menonton video muzik penuh yang akan ditayangkan pada 22 Februari nanti. Tarikh ini dipilih oleh pihak Twntytwo Degree kerana ia sejajar dengan nama syarikat mereka.
Penerbit dan komposer lagu ini, Kinggolddigga, berkongsi bahawa idea lagu ini bermula sejak Ogos tahun lepas dan kolaborasi antara kelima-lima penyanyi rap ini berlaku secara spontan. Beliau juga mengakui bahawa mereka adalah idola beliau dan ramai remaja di Sabah.
Video muzik ‘Risiko’ ini dirakam di Kuala Lumpur dalam tempoh dua hari sahaja. Krew produksi Twntytwo Degree menunjukkan kemahiran, gaya suntingan dan kreativiti yang tinggi dalam menghasilkan video muzik ini. Ramai pemerhati dunia muzik tanahair yakin bahawa video muzik ini akan memberi impak besar dan menjadi penanda aras baru untuk industri video muzik di Malaysia.
Lagu ‘Risiko’ ini mengisahkan tentang cerita hidup yang unik bagi setiap orang dan cara mereka mencapai kejayaan yang berbeza-beza. Ada yang merancang dengan teliti dan berusaha keras, ada yang menghadapi rintangan dan cabaran yang tak disangka, tapi pengalaman itu membuat mereka lebih kuat.
Video muzik penuh ‘Risiko’ akan dilancarkan pada 22 Februari ini bersama dengan single ini di semua platform penstriman.

Comments
Post a Comment