Posts

Showing posts with the label Selebriti

Ustaz Don mahu saman malu Linda Rafar kerana didakwa fitnah jururawat

Image
NAMPAKNYA episod pertelingkahan antara Linda Rafar dan para jururawat membuka lembaran baharu apabila Ustaz Don Daniyal mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap selebriti wanita berkenaan. Menerusi sebuah posting yang dimuat naik oleh Ustaz Don pada petang Sabtu, pihaknya telah melancarkan kutipan derma untuk menegakkan keadilan bagi jururawat yang terlibat agar insiden seperti itu tidak berulang pada masa akan datang. Ustaz selebriti mendakwa anggota kumpulan Elite itu telah memfitnah jururawat tanpa sebarang bukti kukuh. "Kami telahpun berhubung dengan mangsa fitnah dan bersetuju untuk membantu beliau membersihkan namanya." Wait seminit! Apa kena mengena Ustaz Don dalam ini gambar la???? Delegation of Nurses (DON) ok! Bukan Ustaz Don. Maaf di atas kesilapan editor dan iPhone auto correct.

[VIDEO] Bella Hadid Makan Nasi Lemak Dengan Bantuan Neelofa

Image
M odel antarabangsa  Bella Hadid   yang singgah di Malaysia sebagai duta jam tangan TAG Heuer menikmati makanan popular rakyat Malaysia, nasi lemak ketika majlis malam yang dihadirinya. Di dalam video yang dikongsi di Instagramnya, pelakon Neelofa dilihat cuba menerangkan kepada Bella Hadid bagaimana nasi lemak perlu dibuka bungkusannya (macam nasi lemak bungkus seringgit yang selalu kita beli tiap pagi). Selain itu, model itu turut mencuba makanan tempatan lain seperti tepung bungkus.

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY