Posts

Showing posts with the label 20th Century Fox

Ulasan Filem The First Omen (edaran 20th Century Studios)

Image
“The First Omen” adalah sebuah filem seram yang berkembang perlahan dan sesuai dengan siri Omen sebelumnya, termasuk “The Omen 1976” dan “Omen Part III”. Lakonan Nell Tiger Free sangat memukau, setanding dengan Toni Collette dalam “Hereditary”. Jalan cerita yang dibina dalam kerangka filem Omen yang lalu tidak mengecewakan, dengan sedikit unsur kejutan dan kebanyakan situasi yang menimbulkan rasa cemas. Pembangunan watak Sister Margaret yang cuba membantu seorang gadis lain di gereja Katolik sangat menarik, menambah kedalaman pada naratif. Dengan latar belakang era 1970-an yang Gothic dan nilai produksi yang tinggi, filem ini berhasil mencipta suasana yang autentik. Ada pusingan cerita yang mengejutkan menjelang akhir filem, yang mungkin akan melekat di ingatan anda selepas meninggalkan pawagam. Saya memberikan “The First Omen” skor 7.5/10, sedikit di bawah “The Omen” asal tahun 1976 yang saya beri 8/10. Filem ini sangat disarankan untuk ditonton di pawagam. Namun, pastikan anda tidak ...

Ulasan filem THE PREDATOR yang paling sedih!

Image
My Review for The Predator movie : Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya baru saja habis menonton filem The Predator yang baru.... Sedihhh...!!! Jalan cerita dia entah apa-apa,hampehhh, CG effects terokk, bad acting, terrible script, rubbish storyline, bsolutely no respect for the original..!! Siap boleh buat lawak lagi Predator. Hahaha!!! Rasanya "Predators" 2010 lagi best dari yang baru ni. Siapa yang dah tengok boleh bagi review sikit untuk "The Predator" ni. Markah: 4/10 Ulasan oleh Nasrul Iscariot (group Movie Addict)

Ulasan filem Murder on the Orient Express

Image
Bukan setakat pengkritik saja boleh menentukan untung rugi sesebuah filem tu, panggung wayang pun boleh memainkan peranannya jugak. Tak banyak panggung yang menayangkan filem ini tapi sy sanggup jugak pergi ke panggung yang agak jauh sebab saya memang suka filem-filem yang bergenre penyiasatan ni... Ternyata tak rugi, dan amat berbaloi sekali walaupun jauh...Sebelum masuk hall dah mula meneka siapalah pembunuhnya.  Bila dah tonton ternyata amat meleset skali tekaan saya. Harap tiada siapa yang spoilerkan filem ni. Psssttt, lebih bagus daripada Sherlock Holmes! 9/10 Ulasan oleh Eddy Jaegerjaquez (Movie Addict)

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY