Ulasan Filem Alien: Romulus - Pengalaman Sinematik Menyeramkan di Angkasa Lepas
Filem Alien: Romulus yang telahpun menemui penonton sejak kelmarin membawa kita ke angkasa lepas, di mana sekumpulan remaja terlibat dalam satu ekspedisi yang penuh dengan cabaran dan ketegangan. Kisah ini berkisar tentang Tyler, Rain, Kay, Navvaro, Bjorn, dan satu manusia AI yang dijaga oleh Rain bernama Andy, yang mengetuai misi ini. Mereka bergerak ke stesen angkasa yang terdampar, dikenali sebagai Romulus atau Rumus, dalam usaha mencari sesuatu yang berkaitan dengan misi asal mereka. Namun, apa yang mereka temui jauh lebih mengerikan daripada apa yang mereka jangkakan. Di stesen tersebut, mereka berhadapan dengan makhluk asing yang dikenali sebagai "facehugger". Makhluk ini membawa ancaman yang sangat dahsyat, dan apa yang menanti mereka selepas itu lebih menakutkan dan mendebarkan. Filem ini sememangnya hanya sesuai untuk tontonan dewasa sahaja, dengan unsur-unsur keganasan, darah yang banyak, dan adegan yang menjijikkan. Sebagai peminat karya pengarah Fede ...