Mengenang Seniman Terkenal : Allahyarham A.R. Tompel
BIODATA Nama sebenar AMAN RAMLIE BIN JAAFAR Tarikh lahir 24 OKTOBER 1918 Tempat lahir TANJONG BALAI, SUMATRA, INDONESIA Tarikh meninggal dunia 30 JANUARI 1973 Tempat meninggal dunia HOSPITAL BESAR, KUALA LUMPUR A.R. TOMPEL (Aman Ramlie Bin Jaafar) mula mendapat perhatian saya ketika menonton filem "Rachun Dunia" disebuah panggung wayang di Teluk Anson (kini Teluk Intan) di awal tahun 1950an ketika berusia 7 tahun. Adegan paling saya ingat (sebelum menontonnya semula di tv beberapa tahun kemudian) betapa kelamkabutnya dia apabila rumahnya terbakar dan cuba menyelamatkan Mardiana (Sopatry). Saya mula meminati telatah-telatah lucunya apabila menonton "Aloha" dan "Berdosa" berpasangan dengan D.Harris, kemudian disusuli pula "Bapa Saya" memegang peranan utama disamping Neng Yatimah dan Osman Gumanti yang berperanan sebagai heroine dan hero. Selepas "Pulau Mutiara," minat saya terhadap A.R. Tompel terputus apabila dia berkarya...