Posts

Showing posts with the label artis Malaysia

Bella Astillah dan Syed Saddiq Akhirnya Bertunang

Image
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, secara rasmi mengumumkan pertunangannya dengan Bella Astillah hari ini selepas lamaran dibuat di puncak Gunung Kinabalu. Pasangan ini mula rapat melalui pelbagai projek kebajikan dan kempen sosial yang berjaya mengutip jutaan ringgit untuk rakyat sejak dua tahun lalu. Hubungan profesional tersebut akhirnya berkembang menjadi ikatan peribadi yang menamatkan spekulasi orang ramai mengenai status hubungan mereka selama ini. Syed Saddiq meluahkan rasa syukur atas perjalanan hubungan mereka dan menganggap detik ini sebagai satu permulaan baharu bagi kehidupan mereka berdua. Majlis pertunangan tersebut akan disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro AWANI, Astro Ria, dan aplikasi Sooka pada jam 3.30 petang ini. Berita gembira tersebut turut mendapat sambutan hangat daripada netizen yang rata-ratanya mendoakan kebahagiaan pasangan yang sering digelar gandingan ideal ini.

Jefri Nichol ‘Unfollow’ Ameera Khan, Hubungan Dua Negara Didakwa Terputus

Image
KUALA LUMPUR – Dunia hiburan sekali lagi riuh apabila pelakon popular Indonesia, Jefri Nichol , dilaporkan memadam foto bersama Ameera Khan serta berhenti mengikuti akaun Instagram adik kepada selebriti terkenal, Neelofa itu. Tindakan tersebut segera mencetuskan pelbagai spekulasi, dengan ramai netizen berseloroh kononnya “terputuslah hubungan dua negara – Indonesia dan Pakistan”, merujuk kepada asal-usul Jefri dan latar keluarga Ameera. “Dia kalau gaduh, gitulah,” ujar seorang pengguna media sosial yang berkongsi pandangan dengan nada bergurau. “Kalau gambar profil tukar hitam, confirm tengah gaduh dengan balak. Artis padam gambar pun aku tak hairan, inikan pula orang biasa. Sebab tu orang kata, bercinta senyap-senyap lebih elok. Bila terlalu dipamer, lama-lama bosan juga,” katanya. Fenomena ‘padam gambar pasangan’ dan ‘unfollow di Instagram’ bukan lagi asing dalam dunia selebriti. Namun setiap kali ia berlaku, tumpuan netizen tetap membuak — seolah-olah setiap butan...

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY