[review] The Runaways : Legasi Kugiran Wanita Hebat Di Layar Perak
Filem : The Runaways (Sony Pictures) Arahan: Floria Sigismondi Jika anda ingin sebuah filem genre muzikal yang mana fokus ceritanya lebih kepada biografi watak itu sendiri maka The Runaways adalah sebuah filem yang anda mesti tonton sampai khatam. Tidak seperti filem biografi yang lain karya ini berkisarkan kugiran yang dikepalai oleh kaum hawa yang pernah menjadi kegilaan peminat suatu ketika dulu. Menyebut nama Joan Jett anda pasti kenal dengan nama wanita ini. Seorang rockstar wanita yang pernah menggegarkan arena muzik antarabangsa suatu ketika dulu dengan kugirannya yang digelar The Runaways.The Runaways diilhamkan daripada sebuah buku berjudul Neon Angle: A Memoir The Runaways yang ditulis oleh vokalis asal band ini iaitu Cherie Currie. Filem ini dikeluarkan pada tahun 2010 dan mencapai kutipan sebanyak USD$3,573,653. Ia bukanlah filem biografi yang mendapat kutipan pecah panggung seperti 8 Mile dan Get Rich Or Die Tryin. Filem ini diarahkan dan ditulis oleh F...