Posts

Showing posts with the label Wau Animation

Ejen Ali The Movie 2 catat sejarah dengan kutipan RM55.1 juta – animasi No.1 Malaysia!

Image
Status terkini misi: RM55.1 Juta. Yes u heard that right. RM55.1 JUTA kutipan untuk Ejen Ali The Movie 2. Dan lebih 3.5 juta penonton dah serbu pawagam — bukan kaleng-kaleng. Filem animasi ni officially jadi filem animasi tempatan dan antarabangsa dengan kutipan paling tinggi dalam sejarah pawagam Malaysia. Kalau dulu kita proud dengan EATM pertama, yang ni dia pergi jauh lagi. Tak kisah u minat animasi ke tak, Ejen Ali ni memang game changer untuk industri. Jalan cerita solid, animasi world class, energy dia bukan main. Anak-anak suka, orang dewasa pun terpaku. So misi belum tamat chuolls. Yang belum tengok — jangan tunggu sampai keluar TV. Yang dah tengok — boleh repeat. Ejen Ali The Movie 2 masih di pawagam sekarang. Salute animator tempatan. Yang ni memang #sapotlokal tak main-main.

Ulasan filem Ejen Ali The Movie 2: SATRIA - Ledakan Aksi, Identiti dan Imaginasi Tempatan

Image
Ada sesuatu yang tak boleh diajar dalam kelas pengarahan filem—naluri. Dan nampaknya, Ejen Ali 2 bukan sahaja melangkaui jangkaan, malah mencantas terus skeptisisme yang biasanya melekat pada sekuel filem tempatan. Saya turun dari tempat kerja, belum sempat tarik nafas lega, terus meluru ke pawagam. Dan sebaik sahaja lampu gelap, layar mula bermain, Ejen Ali 2 menyerbu seperti peluru. Ia bukan sekadar sambungan; ia ledakan kedua yang lebih besar, lebih laju, dan jauh lebih matang dari filem pertamanya. Aksi pertarungan? Nyata dan berdentum. Tiada lagi babak-babak yang terasa seperti latihan silat sambil menunggu kamera roll. Kali ini, koreografi pertarungan diatur seolah-olah pasukan produksi menonton The Raid dan memutuskan, "Kita boleh buat lagi padu." Setiap pukulan dan hentakan terasa; setiap gerakan ada niat dan gaya. Dan untuk detik-detik tertentu, saya betul-betul lupa saya sedang menonton filem animasi. Adegan kegemaran? Sudah tentu geng mamak. Dalam...

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY