Posts

Showing posts with the label video game

Ulasan filem: Sonic The Hedgehog 3

Image
Setelah dua filem terdahulu berjaya memikat hati peminat, Sonic The Hedgehog 3 kembali ke layar perak dengan aksi yang lebih hebat dan jalan cerita yang lebih mendalam. Filem ini diarahkan oleh Jeff Fowler dan merupakan adaptasi daripada siri permainan video popular terbitan Sega. Gabungan tenaga lakonan mantap seperti Jim Carrey, Ben Schwartz, Idris Elba, dan kemunculan Keanu Reeves serta Krysten Ritter menjadikan filem ini satu pengalaman sinematik yang menarik. Dalam Sonic The Hedgehog 3 , Sonic, Tails, dan Knuckles berganding bahu untuk menghadapi ancaman baharu, Shadow the Hedgehog, watak kompleks yang dilakonkan dengan penuh karisma oleh Keanu Reeves. Shadow bukan sahaja menjadi musuh utama tetapi turut membawa lapisan emosi dengan motif balas dendamnya terhadap kemanusiaan. Kerjasama antara Shadow dan dua saintis gila, Ivo dan Gerald Robotnik, menambahkan ketegangan dalam naratif. Visual dalam filem ini kekal sebagai salah satu aspek terkuat. Animasi ...

Ulasan filem GRAN TURISMO (Sony Pictures)

Image
Sony Pictures baru je keluarkan filem racing kereta yang meletup. Aku dah ulang dua kali tonton malam tadi. Filem ni memang power , tak macam Fast and Furious (FF) yang main tipu-tipu je. FF dulu-dulu ok la, tapi sekarang dah jadi cerita fantasi pulak. Aku tak nak la gaduh pasal filem mana lagi best , tapi kalau korang pernah main game Gran Turismo kat PS1 dan PS2, korang mesti tahu betapa payahnya nak dapat ‘lesen’ dan betapa sakitnya nak menang race sebab nak kumpul duit beli kereta atau naik taraf kereta. Dan yang paling gila, racing sampai 50 lap atau 99 lap. Mata pun dah nak tercabut.  Filem ni memang superb dan realistik. Buat aku teringat zaman susah payah main game “Real Simulator Race & Driving” dalam Gran Turismo. Aku main Gran Turismo sebelum aku ada lesen kereta. Bila bawak kereta, aku dah biasa la, tak kisah la manual ke automatic, sebab aku dah belajar race pakai gear manual kat game Gran Turismo. Dan sampai sekarang aku masih main game tu lagi. Game tu meman...

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY