Posts

Showing posts with the label makan

Kecoh Sate Balut Mark Adam: Antara Citarasa Unik dan Harga Premium

Image
Sate balut, inovasi terbaru dalam dunia sate, kini menjadi perbualan hangat di media sosial. Diperkenalkan oleh penyanyi dan pelawak Mark Adam, sate balut ini menarik perhatian ramai kerana keunikan dan harganya yang premium. Berbeza dengan sate biasa, sate balut menggunakan kulit popia sebagai pembalut, yang digoreng selepas sate dibakar untuk menghasilkan lapisan rangup. Di TikTok, pengguna seperti @norsyiellaannuar berkongsi pengalaman mencuba sate balut Mark Adam, yang dijual pada harga RM21.90 untuk tiga cucuk. Walaupun hanya menggunakan bahan biasa seperti ayam, daging, dan kambing, sate ini menawarkan rasa baharu yang unik. Namun, harga premium ini menjadi perdebatan hangat, dengan ada yang menganggapnya terlalu mahal berbanding sate biasa yang dijual sekitar RM1.20 hingga RM1.50 secucuk. Sebahagian netizen memuji inovasi ini, sementara yang lain membandingkannya dengan pilihan lebih mampu milik seperti popia sate yang dijual di gerai Sate Kajang Haji ...

Ulasan Bubur Marrybrown: Pengalaman Makan Yang Memuaskan!

Image
Ramai yang berpendapat bubur Marrybrown ni antara yang terbaik yang pernah ada, dan saya setuju! Dengan harga yang sangat berpatutan, hanya RM6.50, anda akan mendapat satu bowl penuh bubur yang pasti memuaskan selera. Buburnya tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat, sangat sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa. Yang menarik, bukan hanya bubur pedas yang menjadi tumpuan, ada juga variasi seperti seafood, cheesy chicken, dan loaded potato yang turut ada dalam pilihan Bowl-Baloi mereka. Bagi saya, bubur pedas Marrybrown memang patut dicuba! Rasa pedasnya cukup menggigit tanpa mengalahkan rasa asli bubur itu sendiri. Memang berbaloi, lebih-lebih lagi dengan saiz yang memadai dan harga yang murah. Jadi, jika korang cari hidangan yang mengenyangkan dan menyelerakan, saya memang rekomen sangat bubur Marrybrown ni. Pastikan korang pergi cuba!

Kecoh! Nasi Goreng Cina di Q Bistro Tesco Mutiara Damansara Harga Mahal Tak Sepadan Hidangan

Image
DUA PULUH HENGGET UNTUK NASI GORENG CINA BODO MACAM NI! GILA APA! Selalu juga makan kat Q Bistro tapi tak pernah pulak ada harga yang meninggal macam ni. Tak dinafikan harga dia memang mahal sedikit berbanding restoran mamak yang lain. Tapi tak adalah semahal ini nasi gorengnya. Buat pengetahuan pembaca,  nasi goreng cina ialah salah satu masakan Malaysia yang terkenal dan mudah didapati di warung-warung dan restoran Melayu dan Cina yang menjual secara à la carte. Nasi goreng cina adalah salah satu jenis variasi atau kepelbagaian menu nasi goreng yang boleh didapati di Malaysia. Mari kita baca komen berhubung nasi goreng mahal ini: - Mungkin export dari China, tu yang mahal sikit. Sabar jelah. Kalau rasa rugi makan je sekali dengan pinggan dan sudu tu. - Tukang masak pergi China kot beli nasi goreng cina bawa balik Malaysia. - Dah makan kat kedai mahal, mahallah harganya, bang. Cuba makan kat warung, dah tentu dalam RM4 je nasik goreng cina tu, ban...

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY