Posts

Showing posts with the label IQIYI

Remy Ishak & Izara Aishah Bersatu Semula dalam Sumpah Ibuku, Drama Penuh Sihir dan Fitnah Slot Akasia

Image
19 November 2025 menandakan kemunculan sebuah lagi drama Akasia yang dijangka menarik perhatian penonton harian: Sumpah Ibuku. Dalam dunia yang semakin kompleks, drama ini memilih untuk kekal dalam zon selesa naratif Melayu—rumah tangga yang digugat oleh sihir, fitnah, dan konflik ibu mertua. Dibintangi oleh Izara Aishah sebagai Husna, seorang ibu tunggal yang tabah, dan Datuk Remy Ishak sebagai Hadith, bekas suami yang kembali menagih kasih, drama ini segera memperkenalkan ancaman utama: Che Yam (Liza Abdullah), ibu Hadith yang penuh dendam, dan Syafiqah (Zara Zya), watak antagonis yang menyemarakkan konflik melalui sihir dan manipulasi. Dalam tradisi drama pukul 7, unsur mistik seperti sihir bukan sekadar hiasan, tetapi berfungsi sebagai jalan pintas kepada ketegangan emosi. Ia menggantikan pembangunan watak yang kompleks dengan konflik segera yang mudah difahami. Penonton tidak perlu menunggu lama untuk melihat air mata, pertelingkahan, dan pengkhianatan—semuanya disajik...

Siri IQIYI Safira - Kilauan yang Menyakitkan Mata,

Image
Ada sesuatu yang memikat tapi melelahkan tentang Safira . Ia cuba menjadi drama dendam yang berlapis glamor — penuh satin, champagne, dan luka yang dibungkus dalam senyuman wanita kelas atasan. Tapi seperti dunia elit yang ingin dikupasnya, siri ini lebih terpesona pada kilauan permukaannya daripada isi yang sepatutnya menggigit. Elvina Mohamad membawa Safira (dahulu Nilam) dengan gaya yang cukup meyakinkan — ada maruah, ada luka, tapi kadangkala emosinya terasa dikawal terlalu rapi. Aaron Aziz pula meminjamkan karisma matang sebagai Dato Rahman, lelaki berkuasa yang menjadi obsesi dan bahaya dalam hidup Safira. Sazzy Falak, sebagai Datin Laila, mencuri perhatian setiap kali muncul — penuh aura, licin dan berbahaya seperti permata yang tahu nilainya. Redza Rosli menambah lapisan lembut sebagai Azam, lelaki biasa yang masih membawa cahaya kecil dalam dunia penuh tipu daya. Malek Mccrone pula hadir sebagai Chester De Guerra, bayangan gelap dalam setiap keputusan Safira, sem...

PASCA KAU PERGI - Drama bersiri terbaru di TV3 dan IQIYI

Image
Drama Pasca Kau Pergi ni bukan jenis drama kita boleh skip sambil scroll phone tau… sebab dia pegang jiwa dari awal. Kisah berat, anak muda yang kena jadi tulang belakang keluarga bila orang dewasa semua gagal pegang peranan. Syed Irfan antara watak yang akan buat u rasa nak peluk dia tiap episod… penat dia tahan hidup! Diarahkan oleh Rashidi Ishak (yes, abang yang selalu chill tu tapi dia buat drama ni macam nak cabut jantung), terbitan KL Motion Pictures… dan dibarisi pelakon-pelakon yang memang ada aura tersendiri: Johan As’ari, Liyana Jasmay, Syed Irfan, Zamarul Hisham. Start 20 Jun ni chuolls, tiap Isnin sampai Jumaat pukul 7 malam kat TV3, lepas tu boleh catch up kat iQIYI jam 8 malam, FREE je uolls. Tak ada alasan tak tengok okay. Yang suka drama feel berat, relatable, jenis yang buat u pandang siling lepas habis tengok — Pasca Kau Pergi ni memang untuk u. Siap sedia tisu. Tak ready pun takpa, nanti drama ni yang siapkan u.

Drama Senyawa (IQIYI) Bila Desak Nak Anak Sampai Langgar Batas, Ai Nangis Okay

Image
Ai baru habis binge tengok Senyawa kat iQIYI. Dan ai kena cakap: this one bukan tipikal drama Melayu nangis pukul 7 malam. Ini drama yang betul-betul menampar kita dengan realiti . Kisah dia start dengan Zabrina (Trisha Ooi), boss lady empayar klinik aesthetic. Tapi dia simpan luka dalam — pernah gugur empat kali, rahim lemah, tak boleh mengandung. Suami dia, Iskandar (Shahz Jaszle), steady setia. Tapi mak mentua dia, Datin Asmida (Datin Nina Juren), pressure nak cucu macam tengah buat KPI mesyuarat tahunan. Ai dah jangka konflik akan jadi besar. Tapi bila masuk bab ibu tumpang , ai duduk diam. Sebab ni bukan plot biasa. Ini isu berat, isu nasab. Dalam Islam, benda ni memang haram. Tapi drama ni pandai olah — tak mengajar, tapi menyedarkan. Masuk watak Lutfiyah (Siti Hariesa), gadis kampung naif tapi misteri. Hidup dia memang sendu — kena tinggal kekasih, hutang rumah, kerja pun tak ada. Dia masuk satu agensi ingatkan nak kerja pembantu rumah. Sekali kena ‘jual’ jad...

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY