Posts

Showing posts from 2020

TAHUKAH ANDA: FILEM MIIMALAND LAKONAN FATTAH AMIN MAMPU KALAHKAN RATING FILEM AVENGERS: ENDGAME DI ROTTEN TOMATOES

Image
Begini caranya...  Mana-mana individu yang kerjanya mengulas filem secara profesional, tak kira dia menulis di media rasmi, TV, akhbar, majalah atau blog filem layak memberi rating di Rotten Tomatoes. Ya! Tapi kena apply-lah. Ia tak semudah daftar dan log masuk macam IMDB tu tapi ada syarat-syaratnya dan kerja-kerja ulasan anda akan melalui penilaian Rotten Tomatoes (RT)  dahulu sebelum anda lulus sebagai ahli RT dan ulasan anda akan dipaparkan di RT, dibaca dan jadi rujukan peminat filem seluruh dunia. Wow! Bagaimanapun anda hanya boleh daftar sebagai pengulas di RT apabila penyertaannya dibuka mulai 1 Mac tahun depan. Seorang rakan kita, Casey Chong dari Casey's Movie Mania dah pun apply dan ulasannya dah pun masuk di RT (boleh check filem Tenet di RT). Jadi tak perlulah nak kata IMDB lagi best, RT kena belilah. Ini antara nak dengan tak nak je. Rasanya ruangan filem Mimaland kosong lagi di RT. Kalau sorang bagi rating positif Miimaland di RT, kiranya Mimaland dah dapat rating 10

SEMI FINAL MUZIK MUZIK MALAM KETIGA DITUNDA, ALIF SATAR POSITIF COVID-19

Image
Terkini dari pihak TV3: Untuk makluman semua , Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 Episod ke 3 malam ini terpaksa ditunda atas langkah keselamatan dan tarikh baru akan diberitahu kelak 🙏🏻 Terima Kasih atas sokongan semua penonton ❤️ Dalam perkembangan yang sama, penyanyi Alif Satar diberitakan positif Covid-19 selepas menerima keputusan swab test yang dijalaninya. Lagu nyanyian beliau juga turut dicalonkan pada malam pertama separuh akhir Muzik Muzik. #SFMM35 #KitaJagaKita

YouTube is down!

Image
YouTube is down! YouTube is down! YouTube is down! YouTube is down! YouTube is down! YouTube is down! YouTube is down! YouTube is down! YouTube is down! YouTube is down! YouTube is down! YouTube is down! YouTube is down! YouTube is down! YouTube is down! YouTube is down! YouTube is down! YouTube is down! YouTube is down! YouTube is down! Not working in NY!  YouTube is down! YouTube is down! YouTube is down! YouTube is down! YouTube is down! YouTube is down! YouTube is down! YouTube is down! YouTube is down! YouTube is down! Not working in Uranus!  YouTube is down! YouTube is down! YouTube is down! YouTube is down! YouTube is down! YouTube is down! YouTube is down! YouTube is down! YouTube is down! YouTube is down! Not working in prison! 

CINTA SEKALI LAGI: Macam tak percaya Hannah Delisha jadi jahat!

Image
Hannah Delisha comel macam anak patung. Dah la baru saja bertudung. Lagi terserlah kecomelannya. Jadi bila tengok dia sebagai watak antagonis dalam drama bersiri terbaru Cinta Sekali Lagi rasa macam tak percaya je.  Sinopsis: Cinta dan perkahwinan antara Fahad (Saharul Ridzwan) dan Amanda (Nelydia Senrose) cukup istimewa.  Namun perkara itu membuatkan Amani (Hannah Delisha), adik kepada Amanda, berasa sangat iri hati.  Amani bercadang untuk menghancurkan kebahagiaan Amanda. Nantikan drama bersiri 'Cinta Sekali Lagi' bakal mengisi slot Akasia TV3. Dibintangi oleh Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose dan Hannah Delisha. Drama terbitan Suhan Movies & Trading, arahan Pali Yahya, mulai 4 November, 7 petang di TV3.

"TAK MASUK AKAL!": Drama Hati Yang Tersakiti dikrtitik tak logik, langgar segala halal haram

Image
Semalam Nad Zainal membidas tuduhan yang mengatakan Hati Yang Disakiti meniru drama bersiri Korea, The World of the Married. Hari ini, drama lakonan Nad Zainal pula dikritik oleh netizen sebagai bukan saja tak logik malah tidak mengikut landasan Islam.  "Jalan cerita yang tak masuk akal sebagai manusia normal dan muslim. You suami isteri, sebaik mana kawan lelaki/perempuan + janda lagi. Logik ke ajak tinggal sekali? Bisikan syaitan pasti di sisi. So, mungkin ada, tapi sebagai manusia, umat Islam berpegang teguh halal, haram, boleh ke tak boleh. Fikir dulu sebelum buat sesuatu. Terbaik." - Netizen Bagaimanapun, bagi peminat bersiri Hati Yang Tersakiti, mereka menganggap jalan cerita yang 'tak masuk akal' ini sebagai pengajaran saja.  Sinopsis: Ramona (Nad Zainal) adalah wanita 'lurus' yang hidup bahagia bersama suami, Haris lakonan Remy Ishak. Namun, Ramona kecewa tidak mampu memberi zuriat kepada Haris. Dia ada teman baik iaitu Farah lakonan Mimi Lana.  Hendak

Ben Ali dan Nadiyah Shahab diangkat individu paling berjaya di Malaysia oleh jurnal British, netizen tak puas hati

Image
Arakian, pasangan pelakon Ben Ali dan Nadiyah Shahab yang merupakan pengusaha Absolut Chocolate meluahkan rasa syukur nikmat Alhamdulillah ibarat lagu Too Phat dan Normadiah tatkala diiktiraf sebagai di antara individu paling berjaya di Malaysia oleh sebuah syarikat penerbitan berpangkalan di United Kingdom, Britishpedia. Syahadan, menerusi jurnal tersebut, Ben dan Nadiyah diletakkan seangkatan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Tan Sri Tony Fernandes. Walaubagaimanapun dupa cendana ia tidak dikongsi rasa oleh netizen waima tentera bawang yang mempertikaikan pemilihan ini dan merasakan nama-nama lain seperti Ustaz Ebit Liew, Neelofa dan Uncle Kentang lebih berjaya.  Antara komen-komen netizen: "Memanglah berjaya, kek harga 20 riggit dia jual sampai 70-80 ringgit. Memang sedap kek susu dan coklat. Tapi sedap macam tu boleh dapat lagi murah. Heheheh." "Kek salted egg rasa ka

Tahniah, Neelofa akhirnya dirisik Pu Riz! Bakal nikah 2021!

Image
Neelofa dan PU Riz bakal disatukan sebagai suami isteri pada penghujung Mac 2021. "Kau hadirkan insan istimewa yg bakal membimbing bidadari kesayanganku" Neelofa, PU Riz tunang? Takdir akan menentukan siapa yang akan kita temui dalam hidup. Hati memutuskan siapa yang kita inginkan dalam hidup. Sikap kita yang akan menentukan siapa yang akan tetap berada dalam hidup kita. Dan waktulah yang memisahkan hidup dan mati di antara kita dengan suratan takdirNya. Tahniah Neelofa dan Riz, semoga bahagia hingga syurga Neelofa 31 tahun, jodohnya PU Riz 25 tahun. Maybe jodoh u dengan I sekarang 🙈🙊. Tak terlambatkan?  

Filem MAEL TOTEY THE MOVIE lakonan Yoe Parey dan Asif Suhaimi cipta rekod kutipan tertinggi Astro First, RM700 ribu di hari pertama

Image
ALLAHUAKBAR pecah rekod di Astro First! Ya, ini rezeki untuk kami team Syahmi Sazli Production. Terima kasih Allah, terima kasih penyokong kami yg sangat berkualiti!!!! Teruskan melanggan Mael Totey The Movie di Astro First saluran 480. Teruskan memecah rekod!! 😭😭 Kutipan tertinggi dlm sejarah Astro First untuk hari pertama tayangan😭❤️ Mi doakan semua yg menyokong usaha mi & team, korang dimurahkan rezeki. Maaf kalau ada kekurangan kami🙏🙏 Teruskan melanggan Mael Totey The Movie di Astro First saluran 480. Begitulah tulisan pengarah muda, Syahmi Sazli selepas filem debut arahannya, Mael Totey The Movie yang telah mula ditayangkan di platform Astro First berjaya mengutip hampir RM700 ribu pada hari pertama tayangan sekaligus mencipta rekod terbaru bagi saluran Astro First. Walau dikrtitik sebagai filem sampah oleh beberapa pengulas filem acah-acah yang baru muncul yang hanya menilai melalui trailer, ia tidak menafikan filem ini dari mendapat sambutan yang hangat.  Filem Mael Tot

Neelofa kini berpurdah. Sungguh cantik, sungguh boek!

Image
Suatu masa yang terkini, banyak perkhabaran seperti angin kencang tentang pelakon, pengacara dan usahawan Neelofa telah mengubah penampilannya ke arah menjadi muslimah yang baik. Arakian, ini termasuklah foto yang tular sebelum ini memaparkan Neelofa membeli stokin dan memakainya. Syahadan, pada 14 Oktober, Neelofa telah memuat naik satu foto berniqab atau berpurdah di laman Instagram miliknya. Peminat ramai yang menyangkakan bahawa itu hanyalah gambar baling belakang semasa beliau berada di tanah suci Mekah. Atas keyakinan dan iman yang teguh, pada 15 Oktober, Neelofa sekali lagi memuat naik satu gambar penampilan yang sama. Hijrah. Hijrah. Hijrah.  Awak cantik, awak boek, Neelofa.

3 DUKUN SANTET, sebuah telefilem seram berdasarkan kisah benar! Lakonan hebat Umie Aida, Maria Farida.

Image
Pada satu masa yang tidak berapa dahulu, Emma, Epul dan Syasha adalah tiga orang sekawan yang rapat sejak di zaman belajar lagi. Arakian,  mereka diganggu dengan teruk ketika usaha mereka untuk membuka sebuah kafe makan dan studio persembahan kebudayaan.  Rupa-rupanya, tiga dukun telah mengerjakan mereka sehingga mereka sakit dan hampir gagal memulakan bisnes. Kau orang kena percaya! Ini kisah benar ni! Saksikan telefilem ‘3 Dukun Santet’ diinspirasikan daripada kisah benar lakonan Umie Aida, Isyariana, Zahiril Adzim, Maria Farida dan Dayang Areeda pada Sabtu, 17 Oktober 2020 jam 9 malam di Astro Citra dan Citra HD. 

TAHUKAH ANDA BILA DAH TAK ADA ISU AKHBAR KOSMO PERNAH CUBA NAK MENGANGKAT ISU EMO PADA TAHUN 2011, TAPI MEREKA TERLAMBAT ENAM TAHUN.

Image
Ya. Sebab emo dah mati dah pun masa tu dan ramai alumni emo telah berjaya ke menara gading. Ada yang beralih arah pada drone doom atau metalgaze, tak kurang juga yang dah jadi Kpop. Black Metal Mastika 2.0 tak berapa nak menjadi.  Bagaimanapun kami lampirkan laporan mereka untuk hiburan anda ketika PKPB ini sambil mengenang saat manis berpayung-payungan di dalam mall Berjaya Time Square.  KUALA LUMPUR – Sanggup kelar tangan, menjilat darah sendiri serta melakukan seks bebas merupakan antara perlakuan dan amalan sumbang pengikut-pengikut kumpulan yang dipanggil Emo yang mula dikesan menular di negara ini. Kosmo! difahamkan, kumpulan itu di negara ini biasanya dianggotai oleh remaja perempuan bermasalah terutama mereka yang sering tertekan kerana kesedihan, kekecewaan serta dihimpit kenangan buruk semasa kecil. Kegiatan kumpulan itu ialah mengadakan pertemuan beramai-ramai di satu tempat dan mendengar muzik beberapa kumpulan yang membawa imej kumpulan Emo dari Barat antaranya, My Chemica

[THROWBACK] Lakonan itu bukan jiwa Wany Hasrita

Image
17 September 2019: Penyanyi, Wany Hasrita mengakui, dia pernah menghadapi tekanan emosi kerana membintangi sebuah telefilem yang disiarkan musim Syawal lalu. Wany berkata, walaupun dia melakonkan wataknya sendiri, dia menyedari bahawa lakonan bukanlah jiwanya kerana selama seminggu penggambaran drama itu, dia tidak keruan.  “Saya memberi salutasi kepada pelakon yang dapat berkonsentrasi sepenuhnya selama berhari-hari di set penggambaran. Lebih mengejutkan saya, mereka dapat menghidupkan watak tanpa menghadapi masalah," katanya pada Berita Harian.  "Ketika saya melalui pengalaman sendiri ketika berada di lokasi penggambaran, saya baru tahu, lakonan sebenarnya tidak mudah. ​​Ia menuntut kesabaran dan semangat yang tinggi. Selama seminggu penggambaran, saya menjadi bingung, walaupun saya bawa watak sendiri. Mungkin kerana itu tidak normal, keadaan sedikit sebanyak mempengaruhi emosi," katanya.  Penyanyi yang popular dengan lagu Menahan Rindu itu berkata, hatinya tergerak un

"Bismillah... ": Hannah Delisha sudah bersedia untuk bertudung sepenuhnya

Image
Pelakon cantik Hannah Delisha memuat naik foto terbaru dengan kapsyen "Bismillah" menjadi tanda tanya buat peminat adakah beliau telah mengambil keputusan untuk berhijrah dengan penampilan bertudung?  Pengikut dan teman artis menyambut baik keputusan dilakukan pelakon yang mencipta fenomena menerusi drama Mencintaimu Mr Photographer itu. Ini diikuti dengan foto kedua dengan kata-kata indah yang mana beliau menitip rasa terima kasihnya atas doa dari semua peminat dan rakan-rakan di atas penghijrahannya.  Thank you all for your kind dua’a.  My dua’a, may Allah bless you with endless happiness and keep us steadfast on the path of Imaan.🤲🏻🤍 Antara rakan-rakan artis yang memberi sokongan ialah Lisa Surihani, Daiyan Trisya, Mawar Rashid, Elisya Sandha, Raysha Rizrose dan ramai lagi.  Foto Hannah atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch bertudung dengan kapsyen bertulis Bismillah mendapat pujian ramai, malah lebih 200,000 tanda suka, semalam. "Saya hanya menunai

Netizen pertahan tindakan Ajai bagi dua markah pada Hafiz Zainal walau telah memohon maaf

Image
 Live di Big Stage semalam, Ajai telah membuat kejutan dengan memohon maaf kepada Hafiz pada permulaan konsert secara langsung di atas tindakannya memberi dua markah minggu lalu.  Patutkah Ajai memberi dua markah kepada Hafiz Zainal? Lihat persembahan Hafiz Zainal dan anda nilaikan sendiri.  Sebelum itu telah ramai netizen yang memberi komen tentang cara Ajai mengadili pertandingan nyanyian anjuran Astro itu tetapi tak kurang juga yang mempertahankan tindakan Ajai.  " Tak ada ke yang buat petisyen sokong Ajai? Benda betul. Nasib bagi jugak tu (dua markah). Kalau ikutkan dari nyanyian tak payah bagi pun tak apa." "Bagus Ajai. Kang jadi penyanyi macam Nabila Razali, netizen maki pulak, haa.. ." - Adira Wanie

Buntat hidup kembali dalam 7 Hari Mencintaiku 2

Image
Nama Buntat pernah menjadi satu trending di sosial media kerana drama 7 Hari Mencintaku terbitan Ziela Jalil yang dilakonkan oleh adik Mohd Arif. Babak Buntat meninggal dunia kerana menyelamat Mia (Siti Saleha) telah menyentuh hati ramai peminat drama di Malaysia. Tahniah adik Mohd Arif atas lakonan yang mantap. Baru-baru ini Buntat ditemukan kembali dengan para pelakon 7 Hari Mencintaiku 2. Buntat dah besar!  Kesian Buntat tak sempat merasa chicken chop dari Mermaid Western. 

'Tulus Ikhlas’, filem adaptasi iklan Hari Lebaran pertama di Malaysia

Image
Papar kesinambungan kisah 2 sahabat karib dari kalangan insan istimewa  KUALA LUMPUR, 16 Februari 2016 - 'Tatkala penghuni rumah anak yatim yang lain pulang ke pangkuan keluarga untuk meraikan Hari Lebaran bersama, 2 anak kecil yang mana seorang cacat penglihatan, yang seorang lagi cacat pendengaran masih tergapai-gapai pada malam raya mencari jalan pulang ke kampung halaman untuk beraya bersama ibu kepada anak yang cacat pendengarannya itu. Erat berpegangan tangan, 2 sahabat baik ini berhadapan dengan pelbagai halangan dan akhirnya tiba jua ke destinasi yang hendak dituju hasil belas kasihan seorang pemandu lori yang sudi menumpangkan mereka. Kegembiraan jelas terpancar di wajah masing-masing, apabila dapat meraikan lebaran bersama dengan melawat ibu kepada anak yang cacat pendengarannya,..... di tempat persemadiannya.' Begitulah ringkasan iklan Hari Lebaran yang disiarkan pada tahun 2012 dan diterbitkan sebuah syarikat padi beras terkemuka tanah air yang pernah menjadi viral

[THROWBACK] Lebaran Terindah dari artis-artis FMC - Music Wany Hasrita, Ernie Zakri, Wani, Shamim , Tajul dan Haqiem Rusli

Image
Wany Hasrita and the gang dah start beraya... Video muzik sempena Aidilfitri 2017 dari artis-artis rakaman FMC Music iaitu Wany Hasrita , Ernie Zakri, Wani, Shamim , Tajul dan Haqiem Rusli membawakan single terbaru, LEBARAN TERINDAH . Lagu Lebaran Terindah ditulis oleh Ibnu manakala liriknya ditulis bersama oleh Ibnu dan Gouffran. Kini boleh dididengar melalui iTunes dan rangkaian streaming lagu yang lain tak lama lagi. Download video di http://www.youtube.com/watch?v=bcH31GR8wNU LEBARAN TERINDAH - Wany Hasrita, Ernie Zakri, Wani, Shamim , Tajul & Haqiem Rusli Composer : Ibnu Lyricist : Ibnu/Gouffran ©2017 FMC Music Sdn Bhd

Pelakon Black Panther meninggal dunia

Image
  Wakanda Forever  Chadwick Boseman, pelakon yang dikenali sebagai pembawa watak adiwira Black Panther telah meninggal dunia dalam usia 43 tahun.  Boseman amat dikenali menerusi watak Black Panther dan Raja T’Challa melalui Marvel Cinematic Universe. Membawa peranan salah satu watak Avengers, beliau menghembuskan nafas terakhir selepas berperang dengan kanser usus tahap 3 yang sekian lama dihidapinya sejak tahun 2016.  Beliau meninggal dunia pada Jumaat di Los Angeles seperti yang dilaporkan oleh AP. Sebelum ini, telahpun ada laporan media yang menyatakan tentang keadaan kesihatan beliau yang semakin menyusut.  RIP Raja T'challa. Wakanda forever. 

Mira Filzah sahut cabaran bawa dua watak dalam Bidadari Kiriman Tuhan

Image
Mira Filzah sahut cabaran bawa dua watak, gandingan kali pertama bersama Zul Ariffin selaku teraju utama di Astro Ria untuk siaran bermula Ogos ini Terbaharu menerusi slot Megadrama, drama bersiri berjudul ‘Bidadari Kiriman Tuhan’ bakal ditayangkan secara eksklusif pada 25 Ogos 2020 di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. Lebih menarik lagi, para penonton juga bakal disajikan dengan dua buah episod secara berturut-turut sempena tayangan perdana yang akan bermula pada malam ini. Drama bersiri ‘Bidadari Kiriman Tuhan’ merupakan sebuah naskah asal yang mengangkat genre romantik dan kisah masalah rumahtangga hasil kerjasama pihak Astro Ria dan syarikat produksi Opera Klasik Sdn. Bhd. Drama 25 episod ini diarahkan oleh sutradara tersohor Rashid Sibir yang turut bertindak selaku penulis skrip. Drama ini turut menampilkan pasang

MAEL TOTEY THE MOVIE lakonan Yoe Parey dan Asif Suhaimi telah selesai penggambaran

Image
Mael Totey The Movie yang baru saja selesai penggambaran kini sudah hampir 80 peratus proses suntingan. Ia merupakan filem pertama arahan YouTuber, Syahmi Sazli. Filem ini akan mengangkat watak-watak dalam drama pendek yang menjadi sensasi ramai di laman YouTube. Ia bakal ditayangkan di Astro First pada September atau Oktober tahun ini.    Menerusi perkongsian poster pertama, antara barisan pelakon yang membintangi filem Mael Totey adalah Emaleen Minhad, Wanie Rohaimie, Anissa Faizul serta dua bintang utama Yoe Parey dan Asif Suhaimi.   Berasal dari Kelantan, Syahmi Sazli mencetuskan fenomena baharu di Malaysia meskipun baru berusia 25 tahun dengan mesej-mesej yang disampaikan dalam bentuk drama disertai dengan selingan-selingan telatah Yeo dan Asif yang menghiburkan.

Langkah Mudah Mendapatkan e-Wallet RM50 dari Aplikasi MySejahtera

Image
Berdasarkan Sidang Media Majlis Keselamatan Negara, oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri telah mengumumkan mengenai pemberian atau kredit e-dompet (e-wallet) berjumlah RM50 akan dibuat setelah memuat turun atau download aplikasi MySejahtera. Menurut Kenyataan KKM, e-tunai rakyat RM50 yang telah diumumkan tidak akan dikreditkan terus selepas akaun diaktifkan dan cara mendapatkan RM50 tersebut akan diumumkan kelak pada 1 Julai. Untuk cara muat turun MySejahtera aplikasi bagi mendapatkan kredit RM50 daripada kerajaan ikuti langkah berikut 1. Muat turun dan buka aplikasi MySejahtera di pautan ini: MYSEJAHTERA APP 2. Klik butang “Daftar Di Sini” bagi mendaftar pengguna baharu 3. Masukkan nombor telefon bimbit lali klik “Daftar” atau klik pautan “Saya ingin menggunakan e-mel untuk mendaftar” (jika ingin mendaftar menggunakan e-mel) 4. OTP akan dihantar melalui SMS daripada 63839 sekiranya mendaftar menggunakan nombor te

POSTER RASMI FILEM ZOMBIE 'PENINSULA', SEKUEL 'TRAIN TO BUSAN'

Image
'Peninsula' merupakan sekuel dari filem “Train to Busan” yang telah lama dinantikan. Filem bergenre action thriller ini menceritakan penduduk di Korea yang selamat, empat tahun setelah kejadian  “Train to Busan”. Bersama pengarah Yeon Sang Ho, yang mengarahkan “Train to Busan”, ia dijayakan para pelakon filem ini antara lain Kang Dong Won, Lee Jung Hyun, Kwon Hae Hyo, Kim Min Jae, Go Kyo Hwan, Kim Do Yoon, Lee Re, dan Lee Ye Won. Poster baru menampilkan karakter filem dalam situasi yang genting. Poster pertama menampilkan seseorang yang berjalan di sebuah pelabuhan yang terbengkalai di malam hari, dengan banyak zombie di sekitarnya. Di poster kedua, terlihat matahari terbit menerangi para zombie, dan watak utama Jung Suk (Kang Dong Won) dan Min Jung (Lee Jung Hyun) menunggu di sebalik sebuah bas yang rosak. “Peninsula” dijadualkan tayang musim panas ini namun berikutan Covid-19, tarikh baru belum diputuskan. Di Malaysia, ia bakal diedarkan oleh GSCMOVIES.

Drive-in cinema: Pawagam Alternatif Era Kuarantin COVID-19.

Image
"Drive-in cinema" menjadi alternatif kepada pawagam waktu penularan wabak COVID-19. Tonton wayang dalam kereta, beramai-ramai sambil menjaga jarak sosial. Dubai dah buka baru2 ni. Indonesia akan buka satu bulan depan. Malaysia pula bila? Mungkin ini akan dapat membantu penggiat perfileman tempatan mendekati penonton baik di bandar mahupun luar bandar. Lebih2 lagi luar bandar krn mungkin ada sekatan perjalanan. Cuma mungkin ada cabaran logistik. Tempat mana yang sesuai? Kawasan yang luas lapang macam padang, dataran atau tempat letak kereta terbuka, cthnya dekat stadium. Wayang kena ada tempat gelap. Waktu malam je boleh tayang? Sesuai utk waktu senja/malam kalau guna layar dengan projektor. Tapi kalau tetap nak tayang waktu siang, pasang skrin LED supaya gambar terang. Ataupun buat indoor drive-in dalam kawasan tertutup yang besar spt stadium, khemah marquee dsb. Filem akan direhatkan separuh jalan secara 'intermission' di kawasan2 yang kehendaki horm

Ulasan filem KL Wangan (2018)

Image
Cerita dia ok, cuma aku tak berapa paham. Aku rasa, macam aku ada terlepas 2 3 scene penting. Ada banyak benda yg aku nak tanya. Ejay tu sapa? Sapa bapak dia? Asal org kejar dia kat indonesia? Member indonesia dia tu cakap yang dia ade pegang amanah bapak dia? Apa amanah dia? Apa kena mengena cerita ni dengan Wangan?Aku rasa Yudi ni tak jahat. Dia baik. Dia saja nak bagi pengajaran dekat Hong rasanya. Tu apa yg aku rasa lah. Pastu watak anak dato yang tak betol tu takkan watak dia camtu je? Aku rasa watak dia boleh kembangkan lagi kot. Tapi cerita ni aku rasa ni memang terbaik. Apa dia sebut pasal kereta, satu patah haram pun aku tak tau. Macam cerita initial D yang cartoon series. Setiap episod dia, gerenti aku akan pause dan search google kalau aku tak paham.

Ulasan Cerekarama PENINGGALAN ARWAH

Image
Do you believe in karma? Aku sbnrnya x bawak fon pegi kedai tdi, so dlm kebosanan terlayan lah tv3. igtkn smpi dh siap mknn nk blik tpi layan citer ni smpi hbis. Cerita standard mak tiri jahat yg hasut bapak kandung tpi biasanya ending anak kandung akan maafkan. Cerita ni lain sikit, dua beradik Faris dan Fatiha yg mak kandung mereka Farah dulu dituduh ayah nya curang sbb dihasut mak tiri nya...smpi satu hari mak kandung nya meninggal kemalangan dgn nenek dia...mak kandung dia ada tinggalkan harta dan syarikat yg diwasiatkan utk anak2 dia sepatutnya tpi bapak dia enjoy harta tu sendiri... mak tiri ada anak kandung, rasanya korang pn dh bole tau mcm mne perangai anak mak tiri, anak setan buang mak ayah dri rumah semua. Dua beradik ni dulu selalu kena dera dgn ayah kandung, dgn mak tiri dia smpi ayah dia buang dari rumah. Cikgu dia baik jaga diorg dua ni bgi pggil "umi", cikgu ni pn ada anak sorang Aiman.... Mak tiri gn bapak nya tu pn x suka cikgu tu. Dera dia, peti

DRAMA BAND AKHIRNYA AKUR....

Image
Setelah berpum-pang-pum-pang dan berdrama di media sosial tentang seni,  kreativiti dan kecekalan, kumpulan metal bertopeng Slipknot,  maaf...  Drama BAND akhirnya akur dan memohon maaf secara terbuka kepada pihak TV3 di atas persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu yang lalu yang menimbulkan kontroversi dan rasa tak senang pada sesetengah pihak. Baguslah. Kalau ikhlas dan sedar akan kekhilafan, semua orang pasti sayang.

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY