Ulasan Filem KOTEE: Sebuah Kisah Drama Thriller Yang Menggugat Jiwa
Filem KOTEE , atau lebih dikenali sebagai Koti dalam bahasa Kannada, merupakan sebuah karya baharu dari pengarah debutan Parameshwar Gundkal yang berjaya membawa penonton menyelami kehidupan seorang pemuda yang jujur dan penuh tekad dalam mengharungi pelbagai dugaan hidup. Diterbitkan oleh Jyoti Deshpande di bawah Jio Studios, filem ini menandakan debut studio tersebut dalam sinema Kannada dan membawa harapan tinggi untuk mengukir kejayaan di layar perak. Sinopsis Filem ini mengisahkan tentang Kotee (Dhananjaya), seorang pemuda yang menjalankan perniagaan pengangkutan secara kecil-kecilan. Dalam usaha kerasnya untuk menyara ibu dan dua adik-adiknya, Kotee bekerja sebagai pemandu persendirian serta menawarkan servis pengangkutan barangan. Namun, kehidupannya tidak semudah yang disangka. Di sebalik tabir kesederhanaannya, Kotee menghadapi tekanan dari seorang lintah darat bernama Saavkhar yang ingin memanipulasi Kotee untuk melakukan jenayah pembunuhan. Sikap...