Posts

Showing posts from July, 2019

‘Jangan Sampai Aku Jumpa Kau Perempuan Miang, Aku Bunuh Kau Nanti’ : Wany Hasrita Terima Ugutan Bunuh di Instagram

Image
Penyanyi lagu hit Menahan Rindu yang semakin meningkat naik namanya dalam industri seni tanah air, Wany Hasrita telah menerima ugutan bunuh menerusi beberapa komen dan mesej di laman instagram miliknya. “Kejadian ini berlaku tiga minggu lepas. Saya diganggu oleh seorang peminat fanatik menerusi mesej dan komen di laman Instagram. Dia menghantarkan komen dan mesej yang berbunyi seperti, ‘jangan sampai aku jumpa kau perempuan miang, aku bunuh kau nanti’. Hampir tiga kali saya menyekatnya di laman Instagram dan dia tetap akan muncul dengan nama yang lebih kurang sama dan mengganggu saya.” "Sebagai solusi, saya mengambil tindakan dengan menyimpan segala‘screen shot’ komen dan mesej yang dia hantar kepada saya. Saya juga memberi amaran kepada dirinya. Saya katakan kepadanya, negara kita ada undang-undang dan pihak berkuasa pasti akan dapat mencari siapakah dia Akhirnya, saya langsung tidak melayan mesej dan komen peminat tersebut dan dia pun telah berhenti mengganggu saya. ,”

(FOTO) SEKITAR BON ODORI 2019 KUALA LUMPUR DI KOMPLEKS SUKAN NEGARA SHAH ALAM

Image
Apa itu Bon Odori?  Odori membawa maksud tarian manakala Bon pula adalah singkatan bagi nama satu teks agama Buddha, Ullambana Sutra. Sebutan Urabon dalam bahasa Jepun juga disingkatkan kepada Bon. Festival Bon Odori dianggap sebagai antara festival yang paling penting bagi masyarakat Jepun dan antara aktiviti yang dijalankan ialah tarian, nyanyian, persembahan dram dan gendang Jepun. Festival Bon Odori diadakan pada setiap pertengahan tahun, seakan-akan perayaan Bulan Hantu yang disambut oleh masyarakat Cina. Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2017/07/festival-bon-odori-masyarakat.html#ixzz5uG9IjTwa Kredit foto: @Kelvin_Teo1023 @nadxsky

Soap Opera: Mencari akar drama Melayu 7 petang

Image
Kalau penonton tempatan cukup membenci tahap menyirap dengan drama pukul 7 petang yang asyik-asyik cinta anak Datuk anak orang kaya bisnes 39 billion pekerja 250 ribu orang, mereka perlu melihat pada akar umbinya yakni soap opera dari US, THE BOLD AND THE BEAUTIFUL. Sejak episod pertamanya ditayangkan pada tahun 1987, rasanya sampai kiamat pun kisah keluarga Forrester dan empayar bisnes fesyen mereka yang penuh dengan dengki, khianat, dan skandal takkan habis. Sehingga Januari 2019 saja sebanyak 8,000 episod telah dihasilkan. Pernah ditayangkan di RTM, siri ini menampilkan lakonan Tracy Melchior, Winsor Harmon, Lesli Kay, John McCook, Susan Flannery dan Ronn Moss sebagai ahli keluarga Forrester. P/S: Tahu bagaimana 'soap opera' mendapat namanya? No, tiada adegan main sabun secuit pun dalam drama bersiri begini. Ianya kerana penaja drama genre ini ketika ia mula bersiaran dalam format radio di era 1930'an dahulu kebanyakannya datang dari syarikat pembuat sabun, seperti P

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY