Posts

Showing posts with the label 20th Century Studios

Billy Tio Mengulas Filem Alien: Romulus

Image
Billy Tio mengulas filem Alien Romulus dengan nada kecewa, menganggapnya sebagai sebuah filem yang malas dan hampir tiada kreativiti. Menurutnya, filem ini sekadar gabungan semula ( remake/redo ) beberapa elemen dari Alien , Aliens , dan Alien Resurrection , tetapi gagal menghasilkan sesuatu yang menarik. Alien dalam filem ini digambarkan sebagai kurang cekap dan lemah berbanding manusia, sehingga hilang elemen ancaman dan ketakutan yang menjadi daya tarikan francais asal. Tambah Billy, filem ini tiada thrill kerana hanya meniru secara langsung bahagian-bahagian dari filem pertama, kedua, dan keempat, tanpa memperkenalkan idea baru. Dia turut mengkritik barisan pelakon muda yang menurutnya tiada karisma, serta watak robot yang tidak menyumbang apa-apa selain muka bodoh. Kemunculan "End User" dalam babak klimaks juga dirasakan lebih seperti watak sarkas dalam filem-filem Tim Burton, menyebabkan ia tampak lucu dan tidak menakutkan. Billy membandingkan Alien Romu...

Ulasan Filem Alien: Romulus - Pengalaman Sinematik Menyeramkan di Angkasa Lepas

Image
Filem Alien: Romulus yang telahpun menemui penonton sejak kelmarin membawa kita ke angkasa lepas, di mana sekumpulan remaja terlibat dalam satu ekspedisi yang penuh dengan cabaran dan ketegangan. Kisah ini berkisar tentang Tyler, Rain, Kay, Navvaro, Bjorn, dan satu manusia AI yang dijaga oleh Rain bernama Andy, yang mengetuai misi ini.  Mereka bergerak ke stesen angkasa yang terdampar, dikenali sebagai Romulus atau Rumus, dalam usaha mencari sesuatu yang berkaitan dengan misi asal mereka. Namun, apa yang mereka temui jauh lebih mengerikan daripada apa yang mereka jangkakan. Di stesen tersebut, mereka berhadapan dengan makhluk asing yang dikenali sebagai "facehugger". Makhluk ini membawa ancaman yang sangat dahsyat, dan apa yang menanti mereka selepas itu lebih menakutkan dan mendebarkan. Filem ini sememangnya hanya sesuai untuk tontonan dewasa sahaja, dengan unsur-unsur keganasan, darah yang banyak, dan adegan yang menjijikkan. Sebagai peminat karya pengarah Fede ...

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY