Posts

Showing posts with the label komedi

Kalau Janna Nick ulas filem MARTABAT: MISI BERDARAH

Image
Chuolls… sis tak nak bitter sangat tapi filem ni… ya Allah, letih I nak hadam. Konon-konon nak angkat kisah pelakon tambahan dan kru belakang tabir, tapi hasilnya macam projek assignment student tahun satu yang baru belajar Adobe Premiere. Cerita dia ada potensi, seriously ada , tapi cara dia dihidang tu… flat. Hambar. Tak ada perisa langsung. Fad Bocey dengan geng dia tu... maaf cakap, macam tak bersedia nak pegang watak dalam filem, lebih sesuai jadi hos game show je. Komedi dia? Kering chuolls. Babak kelakar pun I senyum kelat je. Tak tahu nak gelak ke nak menguap. TAPI... pelakon undangan macam Beto, Namron, Azhan Rani — bila diaorang muncul, terus rasa macam “eh ni baru filem”. Sis terharu kejap sebab finally nampak acting yang real, bukan yang dibuat-buat. Dari segi teknikal, editing messy gila. Muzik latar? Tak kena langsung. Kadang rasa macam tengah tengok drama jam 6 petang TV3 tahun 2003. Kamera? Macam TikTok content creator baru beli ringlight. Adrian Teh tu...

Ulasan Filem: Red One - Santa Claus Gaya Moden dengan Misi Luar Biasa

Image
Red One adalah filem Krismas baharu yang wajib ditonton, membawa perspektif segar kepada perayaan klasik ini. Filem ini menampilkan Santa Claus sebagai seorang wira moden dengan misi besar – memastikan semangat Krismas terus hidup walaupun diancam oleh musuh-musuh yang ingin menghancurkannya. Filem ini dibintangi oleh Dwayne Johnson sebagai Callum Drift, ketua keselamatan Kutub Utara yang bertanggungjawab melindungi Saint Nicholas. Chris Evans pula memainkan watak Jack O'Malley, seorang penggodam dan pemburu hadiah yang berada dalam senarai nakal abang Santa. Lucy Liu melengkapkan pasukan dengan wataknya sebagai Zoe Harlow, Pengarah M.O.R.A (Mythological Oversight and Restoration Authority). Akhir sekali, J.K. Simmons memukau sebagai "Red," yang juga dikenali sebagai Santa Claus. Arahan Jake Kasdan berjaya mengubah formula filem Krismas tradisional dengan menyuntik elemen aksi yang lebih mendebarkan dan komedi yang segar. Menurut Kasdan, visi beliau adalah ...

Emily in Paris Musim Keempat Kembali dengan Konflik Cinta dan Rahsia Besar

Musim 4 siri popular "Emily in Paris" akan memulakan tayangan perdana pada hari ini, 15 Ogos 2024 di Netflix. Musim terbaru ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama sebanyak lima episod ditayangkan mulai 15 Ogos 2024 manakala bahagian kedua juga sebanyak lima episod akam ditayangkan mulai 12 September 2024. Ia menyambung episod akhir Musim 3 yang menyaksikan perpisahan Emily dan Alfie serta perkahwinan Camille dan Gabriel yang gagal. Dalam Musim 4, Emily Cooper menghadapi konflik perasaan antara dua lelaki, dengan Gabriel yang bakal menjadi bapa bersama bekas kekasihnya. Selain itu, Sylvie berdepan dengan dilema lama untuk menyelamatkan perkahwinannya, sementara pasukan Agence Grateau menghadapi perubahan dalam struktur kerja. Mindy dan kumpulannya menghadapi cabaran kewangan menjelang Eurovision, dan Emily serta Gabriel harus berdepan dengan dua rahsia besar yang mengancam impian mereka. Para pelakon yang kembali dalam musim ini termasuklah Lily Collins seb...

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY