KFC: Masa Untuk Kembali Kepada Akar Asal
Jenama ikonik KFC, yang suatu ketika dahulu menjadi kebanggaan ramai, kini dilihat semakin kehilangan hala tuju. Dikenali dengan resipi asli yang kaya dengan nostalgia, jenama ini telah mengalami perubahan yang ketara, sehinggakan ia kini lebih dikenali sebagai bayangan kepada popularitinya yang pernah mencipta fenomena di seluruh dunia. KFC yang dulunya menjadi pilihan utama keluarga di pelbagai penjuru dunia kini dilihat tidak lagi mencetuskan kegembiraan seperti dahulu. Resipi asal yang penuh dengan sejarah dan kenangan kini telah ‘dilunturkan’, meninggalkan jejak yang kosong berbanding zaman kegemilangannya. Penganalisis berpendapat bahawa sudah tiba masanya untuk jenama ini merenung semula dan kembali kepada identiti asalnya. Ada yang mencadangkan agar nama "Kentucky Fried Chicken" dikembalikan, sekaligus meraih kembali intipati rasa yang pernah memikat hati pengguna sejak tahun 80-an. KFC bukan sekadar menyasar memori generasi Baby Boomers, Gen X dan Y, t...