Posts

Showing posts with the label Media Prima

KRU Kembali: Imbas Nostalgia di Pentas Calpis Soda One In A Million

Image
Kemunculan semula kumpulan legenda KRU di pentas Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) mencuri perhatian ramai apabila mereka tampil memukau sebagai penutup acara episod pertama. Dengan persembahan penuh tenaga menerusi lagu hit seperti Voodoo , Terhangat Di Pasaran , dan Fanatik , KRU berjaya mengembalikan nostalgia kegemilangan mereka di era 1990-an. Koreografi mantap dan visual menawan memastikan setiap hadirin terpukau, sekali gus membuktikan kumpulan ini masih relevan dalam industri muzik tanah air. KRU, yang ditubuhkan pada tahun 1992, terkenal dengan kombinasi elemen pop dan hip-hop dalam muzik mereka. Persembahan eksklusif mereka di TV3 turut memberikan bayangan tentang projek muzik baharu yang sedang diusahakan, menandakan keinginan kumpulan ini untuk terus berinovasi dan mengukuhkan legasi mereka. CSOIAM turut menampilkan kejutan besar apabila hanya 14 peserta terbaik daripada 20 berjaya mara ke minggu kedua. Persembahan pembukaan acara ini menjadi fenomena ap...

Dayang Nurfaizah dan Yuna Curi Tumpuan di Episod Kedua Calpis Soda One In A Million

Image
Episod kedua program realiti Calpis Soda One In A Million  (CSOIAM) terus mencuri perhatian dengan persembahan luar biasa dan kehadiran nama besar dalam industri muzik. Dayang Nurfaizah membuka pentas dengan lagu ikoniknya seperti Hakikat Cinta dan Lemah , manakala juri jemputan minggu ini ialah Yuna, ikon muzik bertaraf antarabangsa, yang melengkapkan barisan juri tetap terdiri daripada Dato' Yusry, Ziana Zain, dan Chakra Khan. Kredit foto: Ryan Mohammad Malam itu turut menyaksikan gandingan epik Kai Deva dan legenda rock Dato' Nash menerusi lagu Pada Syurga Di Wajahmu , menjanjikan persembahan penuh emosi. Dalam minggu bertema "Melodi Indah, Segar Membara," 14 peserta menyanyikan semula lagu-lagu klasik dengan sentuhan baru, seperti Tiara , Seribu Impian , dan Elegi Sepi . Format pertandingan menggabungkan markah juri profesional (60%) dan undian penonton (40%), dengan undian rasmi dibuka mulai episod ini. CSOIAM bersiaran se...

Calpis Soda One In A Million Kembali Menggegarkan Malaysia!

Image
Kuala Lumpur, 21 Disember 2024 - Program realiti nyanyian ikonik Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) kembali dengan hadiah utama bernilai RM1 juta. Musim baharu ini akan bersiaran setiap Ahad bermula 22 Disember 2024, jam 9 malam di TV3. Selepas 15 tahun, CSOIAM kembali dengan skala lebih besar, mempamerkan bakat 32 finalis terbaik yang dipilih daripada ribuan peserta. Juara bakal membawa pulang hadiah bernilai RM1 juta, termasuk RM500,000 tunai, sebuah kereta Peugeot 408, dan kontrak rakaman eksklusif. Episod pertama bertemakan "Sejuta Bintang Kembali" menjanjikan persembahan epik daripada juara terdahulu seperti Suki Low, Ayu Damit, dan Tomok. Barisan juri terdiri daripada Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain, dan Cakra Khan, yang akan menilai peserta dengan ketat. Penonton turut berpeluang memenangi hadiah mingguan, termasuk tujuh kereta Peugeot Landtrek. Undian untuk peserta kegemaran boleh dilakukan di laman web rasmi CSOIAM, bermula episod kedua. CSO...

Famili Duo Musim 4 Kekal Rancangan Realiti Nyanyian Dominasi TV dan Digital

Image
Program realiti nyanyian keluarga, Famili Duo Musim 4 , mencatat kejayaan besar apabila mencapai tontonan 4.3 juta penonton (sumber: AC Nielsen), menjadikannya rancangan slot Ahad paling popular di TV3. Program ini turut mencatat lonjakan 71.6% dalam rating TV dan platform digital Tonton, membuktikan daya tarikannya dalam kalangan penonton tradisional dan digital. Mengikut laporan Meltwater 2024, Famili Duo Musim 4 berjaya mencipta jangkauan media sosial sebanyak 3.8 bilion, hasil interaksi aktif dan perbincangan tular, termasuk isu pasangan misteri Naqiu serta kehilangan duo Didi Astillah dan Thamiera. Pada pentas akhir yang berlangsung pada 15 Disember 2024, Shiha Zikir dan Ieda Zikir dinobatkan juara dengan persembahan memukau, termasuk lagu Dokter Cinta dan Mentera Semerah Padi yang mendapat markah sempurna daripada juri. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi juara. Naib juara disandang Ayie Elham dan Salma Asis, manakala Tomok dan...

Duo mana bakal bawa pulang RM100,000 Kemuncak Famili Duo Musim 4 esok!

Image
Program realiti popular, Famili Duo Musim 4 , bakal melabuhkan tirainya Ahad ini dengan pentas akhir yang penuh debaran. Tiga duo terakhir iaitu Shiha Zikir & Ieda Zikir, Ayie Elham & Salma Asis, serta Tomok & Sharul Kamal akan bersaing di Studio NTV7, Shah Alam untuk merebut gelaran juara dan hadiah utama bernilai RM100,000. Musim keempat ini mencuri perhatian dengan pelbagai drama dan kejutan, termasuk misteri pasangan Naqiu, insiden duo Didi Astillah & Thamiera, serta penyingkiran mengejut beberapa peserta. Duo Tomok & Sharul Kamal menonjol dengan gelaran juara mingguan terbanyak, sebanyak tiga kali. Pentas akhir menjanjikan persembahan hebat bertemakan Bebas dan Duo/Vokal Berkumpulan . Antara lagu yang bakal dipersembahkan adalah: Shiha & Ieda Zikir : Mentera Semerah Padi dan Dokter Cinta Tomok & Sharul Kamal : Gadis Melayu , Lagu Jiwa Lagu Cinta , serta gabungan Menggegar Dunia dan Sang Saka Biru Ayie & Salma : Gabungan Mentari...

Jaguh Kartun di TV9: Janji keceriaan dan hiburan berkualiti untuk seisi keluarga.

Image
Peminat animasi tempatan, terutamanya kanak-kanak, kini boleh menikmati siri animasi kegemaran mereka di TV9. Program  #JaguhKartun  yang disiarkan setiap hari dari jam 5 petang hingga 7 malam, menampilkan pelbagai watak animasi yang disukai ramai seperti Boboiboy, Ejen Ali, Cicakman, dan Mechamato. Siri animasi ini bukan sahaja menjanjikan keseronokan tetapi juga mengandungi mesej dan nilai murni yang baik untuk pembangunan karakter adik-adik. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kesemua wira animasi ini di saluran astro 149 atau strim melalui Tonton di smart TV anda. #JaguhKartun  - Janji keceriaan dan hiburan berkualiti untuk seisi keluarga. Saksikan dan jadilah saksi kehebatan animasi Malaysia!

HATIMU SEDINGIN SALJU lakonan Hisyam Hamid, Aprena Rose dan Hafeez Mikail - SINOPSIS LENGKAP

Image
Hatimu Sedingin Salju mula ditayangkan pada hari ini, jam 7 malam di TV3 lakonan mantap Hisyam Hamid sebagai Arman, Aprena Rose sebagai Rania dan Hafeez Mikail sebagai Nabil.  Sinopsis Drama Hatimu Sedingin Salju Arman tidak pernah memikirkan soal cinta kerana mementingkan urusan perniagaan diwarisi daripada ayahnya, Datuk Jamal sekaligus membuatkan ibu bapanya resah berikutan umurnya yang semakin meningkat.  Suatu hari, adik Arman, Nabil mendesak Arman menemaninya bercuti ke sebuah pusat peranginan di Langkawi untuk menyambut hari jadinya.  Seperti biasa Arman menolak tetapi selepas kalah dalam pertaruhan dengan Nabil, Arman terpaksa mengikut Nabil dengan syarat tidak lebih dua hari. Arman bertolak ke pusat peranginan tersebut bersama Nabil tanpa mengetahui muslihat Nabil dan ibu bapanya untuk menemukan Arman dan calon isterinya, Rania yang juga rakan baik kepada ibu bapa Arman yang bercuti di tempat yang sama.  Tanpa Nabil ketahui bahawa Rania sebenarny...

Sinopsis BUDAK TEBING MUSIM 2 di TV3, mulai 18 JUN

Image
Nantikan drama Budak Tebing Musim 2 di slot Lestary TV3 mulai 18 Jun ini. Dibintangi Adam Lee, Aedy Ashraf, Bella Dowanna, Eyka Farhana, Fariz Isqandar dan Firdaus Ghufran. Drama arahan Feroz Kader, terbitan Country Universal Sdn Bhd. SINOPSIS Budak Tebing 2 ialah kesinambungan drama Budak Tebing berkisarkan kehidupan Tongki, Arif dan Talam selepas gagal ke Pulapol (Pusat Latihan Polis). Tongki perlu menjaga ayahnya sambil bekerja namun dia sering dikhianati. Arif pula terpaksa menghadapi kesulitan berhadapan dengan Yoyol yang enggan menerima kepulangan Afendi, ayah mereka yang muncul secara tiba-tiba. Selepas membatalkan hasrat ke London, Laura cuba mencari ibu kandungnya manakala Ira cuba membantu menyelesaikan masalah dua kanak-kanak gelandangan yang akhirnya membawa kepada pendedahan sindiket dan dendam terhadap Budak Tebing. DRAMA bersiri berkisar masalah sosial dalam kalangan remaja, Budak Tebing mendapat perhatian ramai sejak disiarkan. Dengan rekod 10 juta penonton sepanjang 13...

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY