My Lovely Driver, Siri Baru di TV3 lakonan Hisyam Hamid dan Trisha Ooi

My Lovely Driver Bermula 16 Februari 2024, Isnin Hingga Jumaat Pukul 7 Malam TV3

Menceritakan tentang Adly (Hisyam Hamid) yang takut gila nak memandu sebab dia terlibat dalam kemalangan yang membunuh seorang perempuan lima tahun dulu. Kejadian ni buat dia jadi macam kura-kura dalam tempurung dan dia asyik naik e-hailing je ke mana-mana. Bila Adly nak cari pemandu kereta sendiri, dia terserempak dengan Sam (Trisha Ooi).

Sam ni banyak masalah kat rumah, kena bayar hutang bapak dia yang dah meninggal dunia sampai dia kena cari kerja sampingan. Sam berazam nak kaya cepat dan tak nak bergantung pada bisnes online dia. Jojo (Sera Melissa) tolong Sam jadi pemandu e-hailing sepenuh masa sambil Jojo uruskan bisnes dia.

Pertemuan pertama Adly dan Sam sebagai pemandu dan penumpang macam ada jodoh je sebab Adly rasa tenang bila ada Sam kat sebelah dia. Dia pun sewa Sam jadi pemandu peribadi dia dan selain tu Adly pun belajar banyak pasal bisnes dari Sam. Adakah cinta akan berputik di antara mereka? Bolehkah Adly lupakan kisah silam dia dengan bantuan Sam?


Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Pakaian Amelia Henderson Terlalu Seksi, Ini Komen Dari Paksu

Drama Rindu Kasih 2 Menyentuh Isu Keluarga dan Masyarakat

Filem Konspirasi: Ditamatkan Tayangan Selepas Seminggu, Raih Kutipan Lebih RM480 Ribu

Ulasan filem Monkey Man

Dua Lipa Batal Konsert Jakarta Akibat Isu Keselamatan Pentas, Ingat Konsert Dangdut Koplo Ke?

Les Enfants, kumpulan rap/hip hop remaja yang tak didendang hari ini malah tenggelam terus...