Aset Datuk Seri Vida Disita, Cik B Tenang Minta Netizen Bersabar
Aset mewah milik usahawan selebriti sensasi, Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 53, telah disita ekoran kegagalan menjelaskan tunggakan hutang berjumlah lebih RM1 juta. Antara aset yang disita termasuk sebuah rumah banglo di Meru, Ipoh, barangan di dalamnya, serta empat buah kereta mewah, iaitu dua unit Toyota Vellfire, Toyota Grand Hiace, dan BMW X7. Perintah mahkamah dikeluarkan setelah Datuk Seri Vida gagal melunaskan baki tunggakan sebanyak RM1,060,285 sejak tahun 2018. Hutang tersebut melibatkan kos pengubahsuaian bangunan pejabatnya, Vida All Star Studio, di Shah Alam. Dalam satu kenyataan di laman Instagram pada Isnin, Datuk Seri Vida menegaskan bahawa beliau mengambil isu tersebut dengan serius dan akan melantik peguam untuk menyelesaikan perkara berkenaan. “Saya memberikan sepenuh perhatian terhadap isu ini dan akan berusaha menyelesaikannya mengikut saluran yang betul,” katanya. Di media sosial, anak...