Ulasan Aku Bukan Ustazah 2 Episod Akhir: Bukan Semua Yang Patah Perlu Disambung
Musim ini ditutup dengan babak penuh emosi dan keputusan yang tak semestinya manis, tapi sangat manusiawi. Aminah , kini ibu tunggal kepada Raykal , tetap teguh memilih untuk tidak kembali kepada Dr. Omar , walaupun lelaki itu menunjukkan perubahan dan keinsafan selepas kesilapan besar yang lalu. Bukan kerana dia tak memaafkan, tetapi kerana ingatan terhadap Adam , suami kedua yang benar-benar melindunginya dan menjadi bapa kepada Raykal, masih terlalu kuat untuk diketepikan. Pemergian Adam akibat kemalangan yang rupa-rupanya dirancang oleh Dr. Syafiq menjadi titik penting dalam keputusan hidupnya. Kebenaran akhirnya terbongkar dan Syafiq ditangkap, namun keadilan tidak mampu mengembalikan kebahagiaan yang telah diragut. Dalam kisah poligami yang berlangsung selari, Azhar (Angah) gagal menjadi suami yang adil dan bertanggungjawab. Dia terlalu takut untuk membuat keputusan dan akhirnya membiarkan dua isterinya, Haziqah dan Hawa , berperang emosi tanpa noktah. Kedua-duan...