Posts

Showing posts with the label primeworks

Ejen Ali The Movie 2 catat sejarah dengan kutipan RM55.1 juta – animasi No.1 Malaysia!

Image
Status terkini misi: RM55.1 Juta. Yes u heard that right. RM55.1 JUTA kutipan untuk Ejen Ali The Movie 2. Dan lebih 3.5 juta penonton dah serbu pawagam — bukan kaleng-kaleng. Filem animasi ni officially jadi filem animasi tempatan dan antarabangsa dengan kutipan paling tinggi dalam sejarah pawagam Malaysia. Kalau dulu kita proud dengan EATM pertama, yang ni dia pergi jauh lagi. Tak kisah u minat animasi ke tak, Ejen Ali ni memang game changer untuk industri. Jalan cerita solid, animasi world class, energy dia bukan main. Anak-anak suka, orang dewasa pun terpaku. So misi belum tamat chuolls. Yang belum tengok — jangan tunggu sampai keluar TV. Yang dah tengok — boleh repeat. Ejen Ali The Movie 2 masih di pawagam sekarang. Salute animator tempatan. Yang ni memang #sapotlokal tak main-main.

Ulasan filem Ejen Ali The Movie 2: SATRIA - Ledakan Aksi, Identiti dan Imaginasi Tempatan

Image
Ada sesuatu yang tak boleh diajar dalam kelas pengarahan filem—naluri. Dan nampaknya, Ejen Ali 2 bukan sahaja melangkaui jangkaan, malah mencantas terus skeptisisme yang biasanya melekat pada sekuel filem tempatan. Saya turun dari tempat kerja, belum sempat tarik nafas lega, terus meluru ke pawagam. Dan sebaik sahaja lampu gelap, layar mula bermain, Ejen Ali 2 menyerbu seperti peluru. Ia bukan sekadar sambungan; ia ledakan kedua yang lebih besar, lebih laju, dan jauh lebih matang dari filem pertamanya. Aksi pertarungan? Nyata dan berdentum. Tiada lagi babak-babak yang terasa seperti latihan silat sambil menunggu kamera roll. Kali ini, koreografi pertarungan diatur seolah-olah pasukan produksi menonton The Raid dan memutuskan, "Kita boleh buat lagi padu." Setiap pukulan dan hentakan terasa; setiap gerakan ada niat dan gaya. Dan untuk detik-detik tertentu, saya betul-betul lupa saya sedang menonton filem animasi. Adegan kegemaran? Sudah tentu geng mamak. Dalam...

Ulasan filem PULANG : "Aku tak faham bila ada orang claim mereka menangis..."

Image
Aku tertinggal kapal. Aku baru je layan PULANG. Aku faham kenapa kutipan tiket filem ni kurang memberangsangkan. Pandangan aku selaku penonton biasa, apa yang boleh aku katakan ialah mutu lakonan pelakon-pelakon PULANG masih mengecewakan. Bila lakonan nampak keras atau dibuat-buat, maka penonton tak dapat menjiwai lakonan itu. Jadi aku tak faham bila ada orang claim mereka menangis menonton PULANG. Mungkin sebab aku old school. Membesar dengan filem seperti Esok Masih Ada, Tiada Esok Bagi Mu, Esok Untuk Siapa yang semuanya filem tangkap leleh dengan bintang seperti Noorkumalasari AKA ratu air mata. Scene paling tak boleh lupa, Jins Shamsuddin kena rantai bawah kolong rumah sambil terpekik-pekik panggil ibu dia. Now that's classic. Kalau kau tak rasa apa-apa,  mungkin kau seorang psycho. Dan filem PULANG minta maaf cakap, tak capai tahap tu. Apa yang boleh aku kata, pelakon muda kena polished mutu lakonan. Or better yet, kalau memang takda bakat berlakon, pergilah jadi pengacara...

Ulasan filem: BoBoiBoy The Movie

Image
Jika saya realistik dalam hal mengulas Boboiboy bermula dengan study macam mana Nizam dan team start dengan Upin Ipin dan kemudian Boboiboy, ia agak impresif juga, di sebalik kekurangan mereka. Contoh; staf tak ramai, teknologi tak setinggi produksi luar. Mainly guna software yang boleh dapat di pasaran berbanding produksi luar yang siap ada R&D untuk kemaskini grafik. Dan kebanyakan mereka ialah graduasi IPT tempatan,  belajar sendiri di bawah produksi kecil. Memang nampak kekurangannya (efek percikan air contohnya) tapi tak menjejaskan pengalaman aku menontonnya. Ceritanya simple pun kerana ia cuba stick to siri TVnya dan dalam masa yang sama tak alienate penonton baru (kerja sukar sebenarnya) jika dibandingkan dengan Pixar yang buat standalone feature story yang kita hanya baru kenal mulai filem tersebut (Pixar sendiri tak dapat lari dari dikritik melalui filem sekuelnya yang tak sehebat filem pertama dan perangkap mengulang / kitar semula idea lama). Aku juga tak boleh de...

LEBUHRAYA KE NERAKA, filem seram dakwah baru Mamat Khalid

Image
"Kalau nak van jenazah pun boleh...." -- Tyson LEBUHRAYA KE NERAKA bakal menggamatkan pawagam seluruh negara bermula 4 Mei 2017. Sebuah filem kerohanian arahan Mamat Khalid yang akan merangsang pemikiran serta mencetus keinsafan para penonton tentang kesediaan dalam menempuh kematian. Trailer rasmi filem Lebuhraya Ke Neraka telah pun diriliskan. Filem Lebuhraya Ke Neraka adalah buah tangan terbaru daripada pengarah tersohor, Mamat Khalid. Berdurasikan satu minit, trailer Lebuhraya Ke Neraka ini begitu menarik dengan pelbagai elemen seperti CGI, hantu, dan lain lain. Seperti filem Mamat Khalid yang sebelumnya, filem ini juga menjanjikan sesuatu yang menarik. Filem Lebuhraya Ke Neraka membariskan pelakon hebat seperti Awie, Khir Rahman, Miera Leyana, Dazrin Kamaruddin dan ramai lagi. Filem ini mengisahkan sekumpulan peminat motor berkuasa tinggi yang bernama kumpulan Rentaz. Ketika mereka menyertai konvoi ke Betong Siam, mereka telah dibawa ke alam barzakh atau berha...

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY