Posts

Showing posts with the label gsc movies

Ulasan filem Dendam Malam Kelam: Bayang Tanpa Roh

Image
Dendam Malam Kelam cuba jadi filem seram berlapis emosi dan misteri, tapi akhirnya tenggelam dalam gaya yang lebih sibuk daripada isi. Danial Rifki nampaknya mahu mencipta sesuatu yang elegan dan menegangkan — tapi apa yang sampai ke layar hanyalah bayangan naskhah asalnya, The Body (Oriol Paulo, 2012), tanpa jiwa dan tanpa arah yang jelas. Filem ini bermula dengan janji yang cukup menjolok rasa — mayat hilang di bilik mayat, suami yang bersalah, dan bayangan isteri yang mungkin belum mati. Tapi setiap detik yang sepatutnya membina suspens terasa seperti latihan panjang menuju kekecewaan. Ritma filem ini kaku, terlalu bergantung pada dialog berat dan simbolisme yang tak pernah betul-betul matang. Arya Saloka cuba memberi kedalaman pada watak Jefri, namun naskhah yang longgar menjadikan emosinya seperti lakonan dalam kabus. Bront Palarae dan Marissa Anita pula terperangkap dalam ruang yang tak memberi mereka cukup untuk digali. Bahkan twist yang sepatutnya menjadi kemunca...

Kalau Janna Nick ulas filem MARTABAT: MISI BERDARAH

Image
Chuolls… sis tak nak bitter sangat tapi filem ni… ya Allah, letih I nak hadam. Konon-konon nak angkat kisah pelakon tambahan dan kru belakang tabir, tapi hasilnya macam projek assignment student tahun satu yang baru belajar Adobe Premiere. Cerita dia ada potensi, seriously ada , tapi cara dia dihidang tu… flat. Hambar. Tak ada perisa langsung. Fad Bocey dengan geng dia tu... maaf cakap, macam tak bersedia nak pegang watak dalam filem, lebih sesuai jadi hos game show je. Komedi dia? Kering chuolls. Babak kelakar pun I senyum kelat je. Tak tahu nak gelak ke nak menguap. TAPI... pelakon undangan macam Beto, Namron, Azhan Rani — bila diaorang muncul, terus rasa macam “eh ni baru filem”. Sis terharu kejap sebab finally nampak acting yang real, bukan yang dibuat-buat. Dari segi teknikal, editing messy gila. Muzik latar? Tak kena langsung. Kadang rasa macam tengah tengok drama jam 6 petang TV3 tahun 2003. Kamera? Macam TikTok content creator baru beli ringlight. Adrian Teh tu...

Ulasan Filem: Don Dukun (2024)

Image
Don Dukun merupakan filem terbaru yang menampilkan gandingan Zul Ariffin dan Ropie dengan chemistry yang mantap, terutama menjelang plot twist di akhir filem. Waktu tayangan bersempena perayaan Deepavali juga tepat, menampilkan kisah harmonis yang melibatkan tiga bangsa utama Malaysia, menyerlahkan semangat perpaduan. Dari sudut sinematik, Don Dukun memukau dengan visual yang ceria dan pelbagai sudut kamera, menghidupkan suasana filem ini dengan sentuhan yang mengingatkan kepada filem 3 Janda Melawan Dunia. Kesan bunyi dan muzik latar (BGM) turut memberi impak, membuatkan penonton merasakan seolah-olah menonton sebuah filem fantasi. Namun, jalan ceritanya agak mudah dijangka dan klise, lebih sesuai untuk tontonan televisyen. Dari aspek komedi pula, filem ini kurang berjaya membuat penonton ketawa besar. Humor yang cuba disampaikan berasa agak dipaksa, dan terdapat unsur drama di pertengahan filem yang agak janggal dalam filem komedi. Kehadiran Ropie bagaimanapun berjaya men...

Ulasan Filem: Takluk Lahad Datu - Mengupas Keberanian Pasukan Khas Malaysia

Image
Baru-baru ini, saya berkesempatan menonton filem Takluk Lahad Datu , sebuah karya yang memaparkan tragedi sebenar yang pernah melanda negara kita. Bagi saya, pengalaman menonton filem ini agak istimewa kerana 11 tahun lalu, saya pernah berbual selama tiga jam dengan seorang anggota VAT 69 yang terlibat dalam tragedi tersebut. Dalam perbualan itu, beliau sempat berkongsi beberapa gambar yang diambilnya, termasuk gambar tangkal yang dipakai oleh tentera Sulu pada waktu itu. Pengalaman ini memberikan perspektif unik ketika menonton filem tersebut. Secara keseluruhannya, filem ini berjaya membawa kisah sebenar dengan cukup baik. Tiada perbezaan ketara antara apa yang diceritakan oleh anggota VAT 69 tersebut dan plot yang dipaparkan dalam filem ini. Walaupun terdapat sedikit penambahan untuk menjadikan jalan cerita lebih menarik, ia tidak menjejaskan kesahihan cerita asal. Ada juga beberapa bahagian yang tidak diceritakan dalam filem ini, namun itu tidak menjejaskan keseluruhan naratif. Sat...

Akan Datang: Filem THE ROUNDUP: PUNISHMENT

Image
Kembalinya siri “THE ROUNDUP: PUNISHMENT” membawa semangat baru dalam dunia filem aksi, dengan Don Lee yang kembali sebagai Detektif Ma Seok Do. Filem ini akan memulakan tayangannya di pawagam seluruh negara pada 2 Mei ini edaran GSC Movies. Sinopsis : Dalam siri keempat ini, Detektif Ma Seok Do dan pasukan siber beliau berusaha keras untuk membanteras sindiket perjudian haram dalam talian, yang merupakan yang terbesar di Korea. Mereka juga menyiasat aplikasi perdagangan dadah, ‘Monster Cop’. Dalam usaha mereka, mereka terpaksa berdepan dengan Baek Chang Gi, bekas anggota pasukan khas yang kini menguasai sindiket tersebut, serta Jang Dong Cheol, pakar IT yang merancang konspirasi yang lebih besar di Korea. Barisan Pelakon: Ma Dong Seok sebagai Ma Seok Do Kim Mu Yeol sebagai Baek Chang Ki Lee Dong Hwi sebagai Jang Dong Cheol Lee Bum Soo sebagai Jang Tae Soo Kim Min Jae sebagai Kim Man Jae Lee Ji Hoon sebagai Yang Jong Soo Lee Joo Bin sebagai Han Ji Soo Pengarah: Lee Sang Yon...

POSTER RASMI FILEM ZOMBIE 'PENINSULA', SEKUEL 'TRAIN TO BUSAN'

Image
'Peninsula' merupakan sekuel dari filem “Train to Busan” yang telah lama dinantikan. Filem bergenre action thriller ini menceritakan penduduk di Korea yang selamat, empat tahun setelah kejadian  “Train to Busan”. Bersama pengarah Yeon Sang Ho, yang mengarahkan “Train to Busan”, ia dijayakan para pelakon filem ini antara lain Kang Dong Won, Lee Jung Hyun, Kwon Hae Hyo, Kim Min Jae, Go Kyo Hwan, Kim Do Yoon, Lee Re, dan Lee Ye Won. Poster baru menampilkan karakter filem dalam situasi yang genting. Poster pertama menampilkan seseorang yang berjalan di sebuah pelabuhan yang terbengkalai di malam hari, dengan banyak zombie di sekitarnya. Di poster kedua, terlihat matahari terbit menerangi para zombie, dan watak utama Jung Suk (Kang Dong Won) dan Min Jung (Lee Jung Hyun) menunggu di sebalik sebuah bas yang rosak. “Peninsula” dijadualkan tayang musim panas ini namun berikutan Covid-19, tarikh baru belum diputuskan. Di Malaysia, ia bakal diedarkan oleh GSCMOVIES.

OLGA KURYLENKO, DARI GADIS BOND KE WANITA MUSLIMAH

Image
Dari penampilan seksi, Olga Kurylenko berubah secara total sebagai wanita muslim di dalam filem The Water Diviner arahan debut Russell Crowe. Filem period drama ini ditulis berdasarkan peristiwa Pertempuran Gallipoli yang berlaku di Turki ketika Perang Dunia yang pertama antara 1915 dan 1916. Ia mengisahkan tentang Joshua Connor (lakonan Russell Crowe), seorang lelaki Australia yang menjelajah ke Turki untuk mencari kembali ketiga-tiga orang anak lelakinya yang hilang dalam pertempuran tersebut. Di dalam filem ini, Olga membawakan watak Ayshe, seorang pemilik hotel di Turki di mana dia ialah seorang wanita yang kehilangan suami. Dia kemudian ditemukan dengan Joshua yang menginap di hotelnya ketika dalam pencarian. Filem terbitan RatPac Entertainment ini pernah diedarkan oleh GSCMOVIES pada tahun 2015.

Kronologi Hairul Azreen Hampir Diculik Lanun di lokasi filem PASKAL THE MOVIE dan Reaksi Mual Netizen

Image
Sembangnya : PELAKON Hairul Azreen dan Ammar Alfian melalui detik cemas apabila hampir menjadi sasaran culik lanun ketika menjalani penggambaran filem Paskal di Semporna, Sabah. "Pada mulanya, kru memberitahu saya dan Ammar tidak boleh meninggalkan pelantar dengan alasan tiada duit bayar hotel di Kota Kinabalu. "Kami dimaklumkan menjadi sasaran kerana lanun mendapat tahu ada pelakon di pelantar itu. Sepanjang di sana, kami diiringi anggota keselamatan," katanya. Yang sebenarnya : Pihak produksi PASKAL cuma diberitahu lokasi penggambaran ialah kawasan panas. Tiada ancaman lanun sepanjang penggambaran. Pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menyifatkan apa yang dikongsikan oleh Hairul itu sebagai tidak berasas. Sepanjang penggambaran filem dijalankan yang dirujuk sebagai pelantar Tun Sharifah Roziah (TSR), pelakon dan kru produksi telah disertai oleh pasukan keselamatan terlatih iaitu Pasukan Khas Laut (PASKAL). Kesan dan akibatnya : Netize...

Ulasan filem MILE 22

Image
Movie paling boring , sebab tak paham storyline, member 7 orang tengok , 3 orang tido , sorang ja layan hahaha babak Iko Uwais lawan ja layan , yang lain entah apa-apa. Ada ja pompuan dalam movie tu , tengok ada Ronda Rousey WWE, tapi dia mati awai , penyeri dia tak banyak, haha. Menyesai tak sudah , asai nak repeat Hantu Kak Limah tengok2 member nak tengok cerita tu , last2 dia tidoq.. Sakeeett ati Saiaa tak bersalah sebab saiaa niat dari beberapa hari lepas dah nak layan Hantu Kak Limah, ni dah sampai tiba-tiba ada member nak tengok cerita Mile 22 sampai member lain ikut, tengok-tengok pakat boring. Berlakon kat Amerika la kot , sori terpaksa bagi spoiler , sebab time Iko Uwais serah diri tu cam kat Amerika , pastu ada doktor Indo tuduh dia pengkhianat kat sana , maybe la kot kat Amerika , takkan berlakon kat Indo, tak larat dengaq dah isu claim ni. Subtitle dia laju sangat, tak sempat nak baca. 6 /10

Ulasan filem BIG BROTHER lakonan Donnie Yuen: AKSI TERBAIK, CERITA HAMPEH

Image
LAME. CHEESY. PATHETIC. The Rock versi cina Aku tak reti nak komen sangat pasal movie, tapi kalau bab mengutuk reti lah.. So...tak payahlah tengok cerita ni ya. Rasa macam diperbodohkan je kat panggung tu.. 😂😂😂 p/s: scene berlawan memang terbaik. Tapi tak boleh mengatasi betapa hampehnya penyampaian cerita dia. Ulasan oleh EDWARD BLOOM (Group Movie Addict)

Ulasan filem: Strangers : Prey At Night

Image
Plot cliche gila, kena sangat 2,3 hari lepas aku tengok video lawak all horrors film (scene parody untuk film horror). Contoh satu scene tu dah elok stay berdua,boleh pulak dia ' I think we should split outto find your sister'....damnn... Tapi soundtrack best dan sound effect dia tu kadang tu jumpscare gak la. Kurang sadis, kurang gore dan kurang psiko. Tak tau ini remake ke reboot ke sequel.Ending dia boleh pulak sama macam TexasChainsaw (yang first film). Ada pulak mamat dalam hall tadi terlampau teruja sampai terjerit...'kill her, kill him'...haha. Rating: 6/10 bintang Ulasan oleh Syfq Muhd dari grup Facebook ‎Movie Addict

PENGABDI SETAN (2017) : Sebuah kupasan

Image
Pendapat, Review Cincai (Spoiler Teruk) dan Open Discussion (Boleh park jadi lepas tengok esok lusa boleh tanya dan check jawapan) PENDAPAT Kita mulakan dengan pendapat dulu, dah lama sebenarnya tak tengok filem seram Indonesia. Pengabdi Setan ini seperti memberikan nafas baru kepada filem seram Indonesia (selain The Doll dll) kerana sejak tahun 2012 keatas, filem seram Indonesia tak seperti filem seram kerana adegan seksual 18+ yg banyak dan keterlaluan, terlalu banyak genre seram komedi tambahan pula ada filem yg mengambil porn star dari Jepun sebagai pelakon khas dalam filem tersebut. Rasa syok sangat tonton filem ini malam ni. Sebenarnya saya menonton seorang, bukan dengan family. Biasa tengok hantu mat saleh seperti Conjuring tak takut dengan hantu pun, lagi syok adalah, jumpscare je yang buat terkejut, tetapi, Pengabdi Setan, fuhhh memang power la beb, terus terang saya cakap masa suku cerita tu, saya ada perasaan takut nak balik sorang-sorang hahahaha. Mungkin sebab kita oran...

Ulasan filem PENGABDI SETAN (2017)

Image
Bukan review cuma pengalaman menonton. Paling suka part intro, sangat cantik. Dari Rini di pejabat rekording, perjalan pulang ke rumah sangat cantik. Sangat melambangkan sebuah cerita seram. Pengenalan ibu yang sangat baik dengn tajuk movie keluar dengan gaya seram nusantara. Paling saya rasa bagus dalam filem ni Ian adik bongsu. Saya takut, meremang bulu roma sebab saya dah silap expectation, saya anggap ni filem hantu biasa, sebenarnya lagi jahat dari hantu. Starting keluarnya tajuk Pengabdi Setan sampai lah part last tari menari tu, saya takut. Saya ingat mcam The Conjuring gayanya, saya ingat mcam Munafik, saya ingat mcam Jangan Pandang Belakang. Tapi sangkaan saya meleset, ahhhh saya gagal nak jelaskan perasaan takut tu. Mungkin sebab perkataan 'setan' tu sendiri dah menunjukkan kejahatannya. Even dengan syaitan Munafik pun tak dapat lawan setan movie ni. Jahat sangat. Ada juga persoalan tak dijawab, saya biarkan dulu untuk korang tengok dulu. Adakah panjang sangat say...

Ulasan filem THE FOREIGNER lakonan Jackie Chan, oleh Billy Tio

Image
Spoiler alert !!! B movie try hard untuk menjadi sesuatu, ended up jadi half boiled egg.  A bit better than filem sampah Jackie Chan sebelum ini like Skiptrace dan Kung Fu Yoga. But, nothing more.  Storyline yang outdated mengenai terrorist white men dan politikus buat Jackie Chan tenggelam in this orang tua movie. Too many politikus that nobody care about. While Jackie Chan is just a tibbits not the main menu. 110% predictable and not stylish at all.  Year 2017, lagi si Cina go Belfast buat circus like John G Rambo....its a joke. Besides, nobody feels anything about the death of his loved one. It was too brief. And politikus play major role to destroy this wannabe movie.  My advise to Jackie Chan, please go retire, don't make a joke out of himself. And Brosnan too must retire. Waste money waste time kinda B movie. Not recommended for this wannabe B movie. Do you like this Foreigner movie?  Rating: 4/10 ...both of you better go retire. Ulasan oleh ...

LA LA LA AT ROCK BOTTOM – Nyanyian ikhlas insan yang mencari secebis memori

Image
La La La at Rock Bottom (2015) (Comedy,Drama) Pengarah: Nobuhiro Yamashita Tarikh Tayang: 06 April 2017 Sinopsis: Ketika persembahan sebuah kugiran sedang berlangsung di Osaka, seorang lelaki, yang penuh luka dan lebam, merampas mikrofon dan terus menyanyi. Perbuatannya itu mengejutkan penonton namun lelaki itu mempunyai suara nyanyian yang menarik. Apabila Kasumi, pengurus band tersebut mengetahui bahawa beliau hilang ingatan, dia mengambil beliau sebagai penyanyi utama dan diberi nama panggilan ‘Pooch’. Kesemuanya tampak lancar dan kugiran mereka diterima baik, sehinggalah Pooch mula mengigati kembali zaman silamnya. Drama berentak perlahan, gaya penceritaan santai dan sinematografi realistik, mempunyai nilai estetik, dekat kepada kehidupan sebenar dan bukan dramatik. Banyak babak yang dibiarkan ambien secara semulajadi tanpa tokok tambah runut bunyi latar. Berjaya menangkap ‘the moment’ walau tanpa skrip. Ibarat kita lepak bersama-sama mereka. Penyampaian emosi yang ber...

The Malaysian Book of Records : Perhimpunan Cosplay Naruto Terbesar di Malaysia

Image
6 November 2015 - Minggu lalu di panggung GSC Mid Valley, sempena tayangan premiere filem Boruto: Naruto The Movie edaran GSC Movies, telah berlangsung perhimpunan para peminat siri manga dan anime popular Naruto di mana perhimpunan ini telah mencipta sejarah sebagai yang teramai dengn mengenakan kostum Naruto. Selain itu, pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan seperti kuiz di mana pemenang telah membawa pulang pelbagai hadiah menarik seperti poster bertandatangan. Filem animasi terbaru Naruto ini mengisahkan tentang Boruto Uzumaki yang merupakan anak kepada Naruto Uzumaki, generasi ke-7 Hokage dari Hidden Leaf Village. Selepas mendengar cerita mengenai tindakan hero Naruto, Boruto bercita-cita untuk mengatasi bapanya. Boruto kemudian bertemu dengan rakan bapanya, Sasuke Uchiha, dan meminta agar melatihnya untuk menyertai peperiksaan Chunin bersama-sama Sarada Uchiha dan Mitsuki. Filem telah mula ditayangkan di seluruh pawagam yang terpilih mulai 5 November 2015. Lawati Facebo...

Ulasan filem DREDD arahan Pete Travis (edaran GSC movies)

Image
Laporan selepas press screening pagi tadi : THAT WAS ONE BRILLIANTLY VIOLENT COMIC BOOK MOVIE! Ramai fanboys Stallone suka Dredd Stallone. Saya tak boleh nak kata apa. Stallone cuma jadi Dredd utk 10 minit je, lepas dia bukak helmet, dia jadi Rambo balik dan bermulalah segala klise yg ada pada filem² Stallone sebelumnya. Dredd 2012 benar² mengkaji watak Dredd yang pembaca komiknya kenali. Filem ni pada saya cuma pengenalan saja. Keberjayaan Dredd 2012 sebenarnya boleh membuka peluang lebih banyak plot yang menarik seperti yang berkait dengan Dark Judges (yang saya tau bakal muncul bila dibuat sequel nanti). Boleh kata serba-serbi saya suka pasal Dredd 2012 dari segi ultra violence-nya hingga kepada lawak deadpan-nya. Mereka yang komplen pasal kostum dan mahukan lebih spandex boleh duduk dalam basement sambil melayan VHS Dredd Stallone semula. This is the real deal. Pada kahalayak yang follow komik Dredd, Dredd 1995 ialah the nipple erected Batman & Robin movie manakakala Dredd 201...

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY