Diana Danielle, Aliff Aziz, Hefny Sahad dalam DI SEBALIK WAJAH, siri drama 30 episod terbaru di saluran HyppSensasi, (HyppTV Channel 116 )
DI SEBALIK WAJAH, siri drama 30 episod terbaru di saluran HyppSensasi, (HyppTV Channel 116 ) mula tayang 1 Mei 2017, jam 9 malam. Pelakon: Diana Danielle, Aliff Aziz, Hefny Sahad, Marissa Yasmin, Zarina Zainoordin, Haeriyanto Hassan dan Anwar Khan. Penerbit: Francis Foo Pengarah: Patrick Lim Penerbit Eksekutif: Wan Rozita Aladad Khan, Haslinda Abd. Rahman, Juliana Foo Penerbit HyppTV: Jeremy Kung, Emily Wee Terbitan: Filmscape Sdn Bhd Hashtag: #disebalikwajah @disebalikwajah SINOPSIS Setelah terjaga dari koma dan menjalani pembedahan muka ekoran satu kemalangan ngeri, seorang wanita keliru dengan identiti dirinya. Melalui orang sekeliling dia hanya tahu yang namanya Nadia Sabrina Syamsul dan dia isteri kepada Amir Hisyam, pewaris sebuah syarikat pemaju hartanah terkemuka di Malaysia. Namun, Nadia menjadi bertambah keliru kerana pada masa yang sama dia dihantui bayangan dan sering mendapat panggilan misteri yang menyuruh dia membunuh suaminya, Amir Hisyam. Pada masa ...