Posts

Showing posts with the label sukan

Bekas Pemain Bola Sepak, Gopi Rizqi Kini Berniaga Air Balang Sempena Ramadan

Image
Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Mohammad Gopi Rizqi, atau lebih dikenali sebagai Gopi, kini mengusahakan perniagaan air balang sempena bulan Ramadan. Perkembangan ini menarik perhatian ramai apabila gambar beliau yang sedang berniaga mula tular di media sosial. Gopi, yang pernah beraksi bersama beberapa pasukan utama Liga Malaysia, mengusahakan perniagaan kecil-kecilan ini bersama isterinya. Ia menjadi sumber pendapatan utama selepas beliau berdepan dengan tunggakan gaji selama lapan bulan semasa berkhidmat dengan pasukan terakhirnya. Menurut Gopi, perniagaan ini merupakan cara untuk beliau meneruskan kehidupan selepas mengalami cabaran kewangan yang sukar. "Semoga usaha ini dapat memberi kelangsungan hidup yang lebih baik untuk saya dan keluarga," katanya. Tindakan Gopi ini mendapat perhatian dari pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ), yang turut berkongsi gambar pertemuan dengan Gopi melalui media sosial, berharap agar ada s...

JDT Belasah Selangor 6 - 1 Final Piala FA 2024

Image
Johor Darul Ta'zim (JDT) mencipta sejarah dalam final Piala FA 2024 apabila menewaskan Selangor FC dengan keputusan 6-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kemenangan ini menjadikan JDT pasukan pertama yang berjaya meraih hatrik Piala FA serta menjadi pasukan pertama yang menjaringkan enam gol dalam perlawanan akhir sejak Piala FA diperkenalkan pada 1990. JDT mempamerkan dominasi mutlak sepanjang perlawanan dengan corak permainan menyerang yang menyukarkan Selangor FC. Gol-gol JDT disumbangkan oleh Juan Muniz (tiga gol), Arif Aiman Hanapi, Bergson da Silva, dan Heberty Fernandes. Selangor hanya mampu menjaringkan satu gol menerusi Alvin Fortes. Kekalahan besar ini memberi tamparan hebat kepada Selangor FC, yang masih kempunan meraih trofi utama sejak kemenangan Piala Malaysia pada 2015. Ulasan selepas perlawanan menggambarkan JDT sebagai pasukan yang tidak hanya berbicara di luar padang tetapi juga membuktikan kehebatan mereka di atas padang. Ini sekali lagi menegaskan jur...

David Beckham hadir di The Exchange TRX Kuala Lumpur untuk lancar kedai Adidas

Image
KUALA LUMPUR: Bekas kapten pasukan kebangsaan England, David Beckham, akan mengunjungi The Exchange TRX, pusat perniagaan baharu di ibu kota, pada hari esok. Beliau bukan sahaja akan menyaksikan pembukaan rasmi kedai Adidas terbesar di Malaysia, tetapi juga akan bertemu dengan peminat-peminatnya yang berpeluang mendapatkan tandatangan dan bergambar bersamanya. Acara ini dijangka bermula pada jam 1.30 petang dan akan diserikan dengan persembahan muzik oleh band post rock Jepun, Mono, yang terkenal dengan lagu Ashes in the Snow. OK, ini saja admin tambah. Tapi lagu Moni memang ada dalam siri dokumentari Beckham di Netflix. Ini adalah lawatan kedua Beckham ke Malaysia, selepas kali pertama pada tahun 2009 apabila beliau bersama pasukan Los Angeles Galaxy bermain menentang pasukan Harimau Malaya. Beliau juga dikenali sebagai duta jenama Adidas sejak tahun 1996 dan terlibat dalam pelbagai kempen iklan dan amal bersama syarikat itu. Korn juga duta Adidas. Beckham tidak berbekam d...

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY