Posts

Showing posts with the label warner bros

Ulasan filem Fantastic Beasts and Where to Find Them oleh Janna Nick

Image
Filem magis yang buat ai rasa macam tengah bermimpi dalam pawagam. Midnite show, seat selesa, popcorn pun cukup. Tapi bila tengok filem ni — ai rasa macam dibawa masuk ke dunia lain. Serius. Dunia magis, penuh makhluk pelik, dan si Newt Scamander yang datang bawa beg berisi raksasa manja. Dari mula lagi, visual dia memang menawan. Rasa macam baca buku bergambar, tapi versi hidup. Cerita ni 100% fiksyen.  Tak payah cari logik, sebab memang bukan dunia logik. Newt ni seorang magizoologist — ya, kerja dia jaga binatang-binatang magik. Tapi bila dia sampai kat New York, beg dia terbuka, dan semua makhluk tu terlepas. Huru-hara jadinya. Tapi dalam huru-hara tu, ada keindahan. Makhluk yang dia cipta — comel, ganas, misteri, semuanya unik. Setiap satu ada watak, ada emosi. Dan bila Newt kejar mereka satu-satu, ai pun macam ikut sekali — berlari, terbang, menyelinap dalam dunia magis tu. Seronok. Tapi... nak jujur sikit.  Dekat-dekat ending tu, ai tertidur sekejap. B...

Ulasan Filem: Suicide Squad (2016) Janna Nick

Image
Okey, ai bagi 4 bintang je — cukup syarat, cukup rasa, cukup gempak. Filem Suicide Squad ni bukan jenis filem berat yang buat kita fikir sampai pening. Dia lebih kepada ride yang santai tapi masih ada aksi, drama, dan suasana gelap yang memang boleh layan waktu hujung minggu. Cerita dia pasal apa? Satu agensi rahsia Amerika, diketuai oleh Amanda Waller yang garang dan tegas, rekrut geng penjahat yang dah lama kena sumbat dalam penjara. Mereka dijanjikan hukuman dikurangkan kalau sanggup buat kerja kotor untuk negara. Tapi biasalah, nama pun penjahat. Setiap seorang tu ada sejarah gelap masing-masing — dan itulah part yang ai suka. Ai paling suka Harley Quinn — comel, gila-gila, tapi ada hati. Margot Robbie memang sesuai sangat bawa watak ni. Setiap kali dia muncul, rasa macam “Eh, jangan skip part ni.” Joker pula macam biasa, tetap psycho lover, tapi dalam versi ni dia kurang menyengat sikit. Mungkin sebab screentime dia tak banyak. Cerita ni bagi ai menarik sebab di...

Ulasan filem A WORKING MAN lakonan Jason Statham

Image
A Working Man merupakan filem aksi thriller arahan David Ayer yang dibintangi oleh Jason Statham, Michael Peña, dan David Harbour. Filem ini diadaptasi daripada novel Levon's Trade karya Chuck Dixon dan ditulis oleh Ayer bersama Sylvester Stallone. Kisahnya berkisar tentang Levon Cade (Statham), seorang bekas komando pasukan khas yang kini bekerja dalam bidang pembinaan. Namun, kehidupannya yang tenang berubah apabila anak majikannya diculik oleh sindiket pemerdagangan manusia. Dalam usahanya menyelamatkan gadis tersebut, Levon mendedahkan konspirasi jenayah yang jauh lebih besar daripada yang disangkanya. Dari segi aksi, filem ini tidak lari daripada formula tipikal Statham. Seperti biasa, wataknya diberikan senjata hanya untuk seketika sebelum dia kembali menggunakan tangan dan kakinya untuk menumpaskan musuh. Naratifnya mungkin klise dengan tema anti-hero yang kembali ke dunia keganasan, tetapi ini bukan sesuatu yang akan mengecewakan peminat setia aktor ini. Sa...

Ulasan Filem: Red One - Santa Claus Gaya Moden dengan Misi Luar Biasa

Image
Red One adalah filem Krismas baharu yang wajib ditonton, membawa perspektif segar kepada perayaan klasik ini. Filem ini menampilkan Santa Claus sebagai seorang wira moden dengan misi besar – memastikan semangat Krismas terus hidup walaupun diancam oleh musuh-musuh yang ingin menghancurkannya. Filem ini dibintangi oleh Dwayne Johnson sebagai Callum Drift, ketua keselamatan Kutub Utara yang bertanggungjawab melindungi Saint Nicholas. Chris Evans pula memainkan watak Jack O'Malley, seorang penggodam dan pemburu hadiah yang berada dalam senarai nakal abang Santa. Lucy Liu melengkapkan pasukan dengan wataknya sebagai Zoe Harlow, Pengarah M.O.R.A (Mythological Oversight and Restoration Authority). Akhir sekali, J.K. Simmons memukau sebagai "Red," yang juga dikenali sebagai Santa Claus. Arahan Jake Kasdan berjaya mengubah formula filem Krismas tradisional dengan menyuntik elemen aksi yang lebih mendebarkan dan komedi yang segar. Menurut Kasdan, visi beliau adalah ...

Ulasan Filem: Interstellar arahan Christopher Nolan

Image
Interstellar, hasil karya epik Christopher Nolan, adalah sebuah mahakarya yang sukar ditandingi. Filem ini bukan sahaja menggabungkan elemen sains fiksyen dan seni sinematik yang mendalam, tetapi juga berjaya membawa penonton ke dalam dunia emosi, harapan, dan persoalan tentang masa depan manusia. Kisahnya berpusat pada seorang bekas juruterbang NASA, Cooper, yang diberi misi besar untuk mencari planet baharu bagi menggantikan Bumi yang semakin musnah akibat perubahan iklim dan kehabisan sumber. Dalam perjalanan ini, penonton diheret ke dalam konsep ruang dan masa yang kompleks, termasuk teori relativiti, dimensi kelima, dan pengorbanan demi kelangsungan hidup manusia. Spoiler Alert! Pada awalnya, pacing cerita ini mungkin terasa perlahan, cukup untuk membuatkan penonton yang kurang sabar mungkin terlelap sebelum klimaksnya. Namun, apabila sampai ke babak di Miller's Planet — di mana satu jam di planet tersebut bersamaan tujuh tahun di Bumi — konsep masa yang berbeza...

Ulasan Filem Barbie: Satira, Feminisme, dan Mainan

Image
Usai tontonan filem Barbie, yang diadaptasi dari mainan popular Mattel, pada tayangan perdana semalam di Sunway Pyramid. Filem ini mengisahkan tentang kehidupan Barbie (Margot Robbie) yang tidak sedar bahawa dia adalah sejenis patung mainan yang dimainkan oleh jutaan anak-anak di dunia. Filem ini menampilkan Margot Robbie sebagai watak utama Barbie, yang cuba melarikan diri dari dunia palsu yang diciptakan oleh CEO syarikat mainan (Will Ferrell) ke dunia sebenar lalu mengenal realiti yang berbeza dengan dunia asalnya. Filem ini menawarkan pandangan satira terhadap industri mainan, budaya pop, dan isu-isu sosial seperti feminisme, identiti, dan ekosistem. Filem ini juga menampilkan lagu-lagu dari Dua Lipa, yang bertindak sebagai penyanyi lagu runut bunyi filem, Billie Ellish dan Aqua, yang terkenal dengan lagu Barbie Girl yang menjadi sindiran terhadap imej Barbie. Selain itu, filem ini juga mengejutkan saya dengan kemunculan cameo John Cena sebagai Ken, tunggu, Barbie? yakn...

Rachel Zegler, Bintang Aksi Terbaik? Jangan Buat Lawak!

Image
Rachel Zegler, pelakon baru yang berlakon dalam filem The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes, telah dianugerahkan Bintang Aksi Terbaik di 49th People's Choice Awards. Ya, anda tidak salah baca. Bintang Aksi Terbaik. Bukan Bintang Drama Terbaik atau Bintang Filem Adaptasi Terbaik. Bintang Aksi Terbaik. Dia telah mengalahkan Tom Cruise, Gal Gadot, dan Keanu Reeves, yang semuanya telah membuktikan diri sebagai bintang aksi yang berani mati. Apa yang telah Rachel Zegler lakukan untuk layak mendapat anugerah ini? Berlakon sebagai seorang pelajar elit yang menjadi mentor kepada peserta Hunger Games, permainan mati-hidup yang disiarkan secara langsung. Wow, sungguh mengagumkan. Rachel Zegler, yang berusia 22 tahun, mungkin mempunyai bakat lakonan yang boleh diterima, tetapi dia jelas tidak mempunyai pengalaman atau kemahiran dalam genre aksi. Filem yang dia bintangi lebih banyak menunjukkan adegan dialog dan drama daripada adegan aksi dan keganasan. Dia tidak p...

Ulasan Filem Wonka: Kisah Asal Pengasas Kilang Coklat Ajaib

Image
Filem Wonka mengisahkan tentang perjalanan Willy Wonka, seorang penjual coklat muda dan miskin yang bercita-cita untuk memiliki kedai coklatnya sendiri di sebuah bandar yang terkenal dengan pengeluaran coklat. Namun, beliau terpaksa menghadapi cabaran dan persaingan daripada kartel coklat yang rakus dan tidak beretika yang menguasai industri coklat. Filem ini bukanlah sebuah filem ulangan (remake) tetapi filem sambungan (prekuel) yang menceritakan tentang asal-usul Willy Wonka. Filem ini berbeza daripada filem ulangan yang diarahkan oleh Tim Burton pada tahun 2005 yang dibintangi oleh Johnny Depp sebagai Willy Wonka. Filem ulangan tersebut mendapat kritikan kerana terlalu melampau dan tidak setia kepada filem asal yang diarahkan oleh Mel Stuart pada tahun 1971 yang dibintangi oleh Gene Wilder sebagai Willy Wonka. Filem Wonka yang diarahkan oleh Paul King pada tahun 2023 lebih menghormati dan menghargai filem asal tersebut dengan menampilkan Willy Wonka yang lebih karismatik...

Ulasan filem THE BEEKEEPER: Jason Statham Mendebik Budak Kripto

Image
Dah macam-macam kerja Jason Statham buat. Kali ini beliau menjadi penternak lebah dalam filem THE BEEKEEPER . Filem arahan David Ayer (Fury, Suicide Squad) ini akan datang ke pawagam 18 Januari Ini edaran Encore Films Malaysia dan Warner Bros. Pictures. Biasanya aku suka buat review sebaik sahaja habis tengok filem, masa tu masih bersemangat. Tapi filem ni aku dah tengok dua minggu lepas, tapi tak sempat nak buat review masa tu. Tapi takpe, aku tetap nak buat review hari ni sebab aku tak boleh lupakan filem ni. Aku rasa ini filem paling best untuk genre Vengeance Action Thriller, malah aku rasa filem paling best yang aku tengok dari tahun 2023 hingga awal 2024. Kalau nak bandingkan dengan filem-filem Vengeance yang lain yang best giler (ikut pendapat aku la), macam John Wick (filem pertama) dan The Equalizer (filem pertama), aku rasa filem The Beekeeper ni lagi power dan lagi mantap. Ini memang genre filem yang sesuai dengan Jason Statham, dia memang pandai berlakon macam orang gila. K...

Ulasan THE BATMAN (2022) Arahan Matt Reeves

Image
Yang paling dekat pada aku bila tonton The Batman ni ialah siri Netflix Daredevil, terutama bila masuk musim ketiga. Sempat tonton Daredevil untuk kesekian kalinya bulan lepas sebelum ia diambil alih Disney+.  Ada beberapa tema dan perkara yang boleh kata serupa. Contoh macam Daredevil dan Batman dipanggil vigilante dalam dunia superhero, amat tak digemari pihak penguatkuasa undang² sebab buatkan mereka macam lemah dalam buat kerja. Hubungan Jim Gordon dan Batman pun hampir macam Daredevil dan detektif Brett Mahoney, sorang ni je yang percaya kat masked vigilante.  Dan Daredevil investigate kes dengan ilmu guamannya hampir macam kerja detektif Batman. Kingpin boleh corrupt satu FBI, Falcone/Maroni pula pegang GCPD.

Janna Nick review filem Wonder Woman yang sedih chuols!

Image
Sementara tak tentu bila kita bakal tonton WONDER WOMAN 1984, kita singkap semula ulasan power Janna Nick pada filem pertamanya 3 tahun lalu. Here we go!: Selamat berbuka semua.. Lama tak buat #JNmoviereview Sementara tunggu waktu berbuka tu ai nak habaq... Cerita #wonderwomen x best.. Ai bagi 2/5 ⭐️⭐️ Sedih chuols..sb DC expectation kita tinggi...tapi hasil nya ermmm sendu tak berlagu...banyak menyembang...ai tertidoq..dia mcm taktau nak focus apa..sat love story sat action sat ketuhanan..entahlah...tak best kbai #sayangketatsendatpadat @sephia.my @jannarezqi #wonderwoman #dccomics #dceu #justiceleague #wonderwoman1984

"Better than Avengers: Infinity War" : AQUAMAN movie review by Billy Tio

Image
Best DCEU movie from a director that really cares to tel an original story. Gone is the poor story telling of Zack Snyder (the man who responsible for the complete failure of M.O.S, B v S & JL.). James Wan cares about the storytelling. And he certainly took his time to fully utilize the screen time. Acting was good for Jason Momoa. Action sequences are better than M.O.S B v S and JL. CGI were good enough, though may not be as good as Avatar CGI. Camera work also damn good, very less slow MO and fast MO. Soundtrack also damn good. How good if James Wan go direct M.O.S from the beginning? Loved this Aquaman movie. It was a sin to miss it in the big screen. Being a hero is more than just a king. Hero saves everyone! 8/10 . And it's actually better than Infinity War. 🤣😂😁😀😃😄🤣

Ulasan filem OCEAN'S 8

Image
I restrained myself from watching it for roughly 4 days maybe. But this morning I said fuck it. So i watched it with (I assume) a clear mind, because it was a total reboot. You see, the casts are all female now. But the first glance after the big intro companies montage, I've got thrown by the heavy make up on Mrs Bullock. And then, Mrs Blanchett came in with even heavier make up. You see, at this point, I can't even made up a-clear-mind no more. It's a women heist movie. I can not just wrap up my mind saying "This is Ocean's franchise". No. Mrs Carter performance is still the same. Like any other Tim Burton's movies she's in. Other characters are meh. Majorly because of the heavy make up. Yealp. This thing really turned me off. Along the movie, I took a guess whose playing who contrary to the male cast before. The biggest thing I saw was Mrs Bullock as Mr Clooney and Mrs Blanchett as Mr Pitt. They even got the nerve to recreate a scene where Mr Pit...

Ulasan filem CRAZY RICH ASIANS: Entah mana yang "crazy" entah

Image
Demam... Tapi... Just watched Crazy Rich Asians , okeh tak best. Out of ten, 4 . Tah mana yang "crazy" tah. Scene pon  terlalu fokus pada character pot pet pot pet. Background story takde. Straight je. Takde twist, takde plot, climax pon meh. Macam biasa Michelle Yeoh keras kematu. Serius bosan. Nick Young pon takde karisma macam anak orang kaya. Rachel Chu, seriously ko main date je mamat tu without checking his background??? Kena beli buku lagi kot pasal movie dia tak best langsung!! Ulasan oleh JIJI RUMADATME

Ulasan filem JUSTICE LEAGUE: "Menaikkan lagi selera untuk tengok filem DC Comics"

Image
Tak salahkan kalau post lewat sebab baru tengok? Ok, bagi aku filem Justice League ni menaikkan lagi selera aku untuk tengok movie DC. BvS obviously agak hambar but Justice League bagi aku memang terbaik. Ramai komplen kata CGI dia worst tapi aku tengok tak worst sangat and tidak terlalu ketara. Overall rating aku kasi 8/10 . Ingat nak bagi lebih tapi tolak 2 markah sebab (Spoiler alert) kemunculan Superman terlalu sekejap and Steppenwolf agak lemah untuk bertempur walaupun characteristics dia nampak bad ass. Ok harap korang tak kondem aku punya review. Sebab korang sendiri kata "Lain orang lain pendapat". Ulasan oleh Amirul Hakimi (FB ‎Movie Addict)

Ulasan filem Geostorm oleh Billy Tio

Image
Spoiler alert!!! Among the worst storyline written for a film. Bad illogical main storyline. Zero common sense, childish ridiculous and looking bad the storyline is. Nothing sort of saving family members like we familiar with in San Andreas and The Day After Tomorrow. Cartoonish plot plus political motivated terrorist  of playing God playing climates is a laughable nonsense subject, not even acceptable for a 5 years old kid. Screen writer is the worst.  Director also the worst. This movie not worthy to buy ticket unless you are too possessed with CGI special effects. Since then, the CGI is just OK.  But, carries zero impact due to such lame storyline. Acting is not needed as usual for this kind of movie. No Dadario here. 2/10 , not recommended.  U like Geostorm? Ulasan oleh Billy Tio , pengulas tetap group Facebook Movie Addict

KOMEN TRAILER JUSTICE LEAGUE YANG BARU (dengan penampilan SUPERMAN!)

Image
Aku suka color shade dia. It’s dark but vibrant. Keseluruhannya nampak trademark Joss Whedon. Haha (sorry, bukan peminat Zack Snyder). Harap movie ni ikut jejak langkah filem Wonder Woman; good character development and effective story telling. Excited nak tengok credit directorship keluar nama Zack Snyder atau Joss Whedon. Apa pendapat korang tentang trailer tu? Ulasan oleh Zyeus King (Facebook group ‎Movie Addict)

Ulasan Janna Nick terhadap filem Dunkirk arahan Christopher Nolan yang menggegarkan internet

Image
You gotta give a hat to Janna Nick. Sebab dia ialah peminat filem. By means, pergi ke panggung dan tonton filem. Bukannya download. Walaupun dia review macam retard untuk memenuhi kehendak laras bahasa peminat-peminatnya yang tak tinggi dan deep. Sebelum ini Janna pernah review filem lain. Dunkirk bukan kes pertama dia tertidur di panggung. Dia tertidoq dengan filem In The Heart of the Sea . Bukan kali pertama review filemnya negatif. Janna pernah tak boleh pergi dengan filem The Nice Guys (lakonan Ryan Gosling dan Russel Crowe, arahan Shane Black) yang aku suka, dan Janna salahkan IMDB yang memberi rating tinggi dan kata IMDB (yang sebenarnya kumpul rating pembaca) sebagai penipu. Sejujurnya aku pun ada juga filem yang aku tertidur menengoknya (Mirrormask is one of them) tapi final blow bagi Janna ialah dia tak bagi bintang kat Dunkirk dan suruh fans dia "elakkan tengok Dunkirk" which pisses people off. Kalau dia kata tak suka Dunkirk dan bukan taste dia ok je rasanya. T...

LUBNAN HARAMKAN FILEM WONDER WOMAN LAKONAN WARGA ISRAEL YAHUDI LAKNATULLAH DAN BEKAS ASKAR ZIONIS, GAL GADOT

Image
1. Sebelum ini Kementerian Ekonomi Lubnan digesa mengharamkan filem terbaru keluaran Warner Bros iaitu Wonder Woman, sebuah adaptasi dari watak DC Comics yang dibintangi Gal Gadot. 2. Gal Gadot ialah warga Israel. Lubnan memang diketahui menentang Israel termasuklah memboikot produk keluaran Israel selain melarang rakyatnya memasuki negara itu. 3. Krisis Israel - Lubnan pernah berlaku yang menyaksikan Perang Lubnan 2006 juga dikenali sebagai Perang Israel-Hezbollah 2006 dan di Lubnan sebagai Perang Julai dan di Israel sebagai Perang Lubnan Kedua. Ianya satu konflik bersenjata selama 34 hari di Lubnan dan utara Israel. Pihak bersengketa utama adalah pejuang Hezbollah dan tentera Israel. Konflik bermula pada 12 Julai 2006, dan berlanjutan sehingga satu gencatan senjata yang ditaja oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu berkuatkuasa pada pagi 14 Ogos 2006, meskipun ia secara rasminya berakhir pada 8 September 2006 apabila Israel menarik balik sekatan laut ke atas Lubnan.Alasan Israel menyerang ...

Ulasan filem WONDER WOMAN oleh Billy Tio (Movie Addict Facebook group)

Image
1. Spoiler Alert 2. Closely resembles the presentation style of slow MO/ fast MO and dark comical tone started by man of steel. But, its slow MO is more acceptable and more effective. Dengan tone dark dan style yang lebih komikal (mirip dengan comic/ cartoon), you dont expect the realistic landscape dunia sekarang yang dipapar oleh Captain America Winter Soilder. Wonder woman tidak follow tone of Winter Soldier or Civil War. Thus, you can expect less action of broad daylight. 3. Director pompuan yang expert dalam membikin dan menyampaikan cerita. Pompuan ni betul-betul has real intention untuk mencerita. You can expect good story and effective narration. In term of cerita, this is complex one and under current by an effective love story as well, untuk penonton yang cuma harapkan aksi bodoh, CGI melampau, kau akan disappointed, yang ni lebih kepada cerita yang effective. 4. Director tidak membuat lucu yang paksa, not doing funless unfunny joke, most of the jokes are valid, an...

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY