Posts

Showing posts with the label telemovie

3 DUKUN SANTET, sebuah telefilem seram berdasarkan kisah benar! Lakonan hebat Umie Aida, Maria Farida.

Image
Pada satu masa yang tidak berapa dahulu, Emma, Epul dan Syasha adalah tiga orang sekawan yang rapat sejak di zaman belajar lagi. Arakian,  mereka diganggu dengan teruk ketika usaha mereka untuk membuka sebuah kafe makan dan studio persembahan kebudayaan.  Rupa-rupanya, tiga dukun telah mengerjakan mereka sehingga mereka sakit dan hampir gagal memulakan bisnes. Kau orang kena percaya! Ini kisah benar ni! Saksikan telefilem ‘3 Dukun Santet’ diinspirasikan daripada kisah benar lakonan Umie Aida, Isyariana, Zahiril Adzim, Maria Farida dan Dayang Areeda pada Sabtu, 17 Oktober 2020 jam 9 malam di Astro Citra dan Citra HD. 

'Tulus Ikhlas’, filem adaptasi iklan Hari Lebaran pertama di Malaysia

Image
Papar kesinambungan kisah 2 sahabat karib dari kalangan insan istimewa  KUALA LUMPUR, 16 Februari 2016 - 'Tatkala penghuni rumah anak yatim yang lain pulang ke pangkuan keluarga untuk meraikan Hari Lebaran bersama, 2 anak kecil yang mana seorang cacat penglihatan, yang seorang lagi cacat pendengaran masih tergapai-gapai pada malam raya mencari jalan pulang ke kampung halaman untuk beraya bersama ibu kepada anak yang cacat pendengarannya itu. Erat berpegangan tangan, 2 sahabat baik ini berhadapan dengan pelbagai halangan dan akhirnya tiba jua ke destinasi yang hendak dituju hasil belas kasihan seorang pemandu lori yang sudi menumpangkan mereka. Kegembiraan jelas terpancar di wajah masing-masing, apabila dapat meraikan lebaran bersama dengan melawat ibu kepada anak yang cacat pendengarannya,..... di tempat persemadiannya.' Begitulah ringkasan iklan Hari Lebaran yang disiarkan pada tahun 2012 dan diterbitkan sebuah syarikat padi beras terkemuka tanah air yang pernah menjadi viral ...

Ulasan Cerekarama PENINGGALAN ARWAH

Image
Do you believe in karma? Aku sbnrnya x bawak fon pegi kedai tdi, so dlm kebosanan terlayan lah tv3. igtkn smpi dh siap mknn nk blik tpi layan citer ni smpi hbis. Cerita standard mak tiri jahat yg hasut bapak kandung tpi biasanya ending anak kandung akan maafkan. Cerita ni lain sikit, dua beradik Faris dan Fatiha yg mak kandung mereka Farah dulu dituduh ayah nya curang sbb dihasut mak tiri nya...smpi satu hari mak kandung nya meninggal kemalangan dgn nenek dia...mak kandung dia ada tinggalkan harta dan syarikat yg diwasiatkan utk anak2 dia sepatutnya tpi bapak dia enjoy harta tu sendiri... mak tiri ada anak kandung, rasanya korang pn dh bole tau mcm mne perangai anak mak tiri, anak setan buang mak ayah dri rumah semua. Dua beradik ni dulu selalu kena dera dgn ayah kandung, dgn mak tiri dia smpi ayah dia buang dari rumah. Cikgu dia baik jaga diorg dua ni bgi pggil "umi", cikgu ni pn ada anak sorang Aiman.... Mak tiri gn bapak nya tu pn x suka cikgu tu. Dera dia, peti ...

Telemovie INSAN TERPILIH berdasarkan kisah benar (Cerekarama TV3): Ramai penonton mengalir air mata...

Image
Semalam di slot Cerekarama TV3 telah ditayangkan telemovie Insan Terpilih berdasarkan kisah benar yang membuatkan ramai penonton mengalir airmata. Ia mengisahkan tentang Firdaus yang digelar sebagai orang gila dan busuk oleh orang kampung tetapi, dia rajin. Ustaz Zaki kagum dengan Firdaus kerana akhlaknya lebih mulia berbanding dengan orang yang cukup sifat akalnya. Lakonan cemerlang Syazwan Zulkifly. APA KATA PENONTON: " Drama mengajak, orang yang malas pi sembahyang berjemaah..terbaik semoga dipermudahkan dunia dan akhirat." - Zainudin Zainudin " Walaupun aku tak tengok cite ni, tapi kisah Husin Gile tu memang pernah aku baca, ayat arwah paling padu dia cakap " aku orang gila, mane boleh solat, kau orang tak gila, pegilah solat", walaupun arwah gila, tapi tak pernah ihsan terhadap masjid arwah lupakan, sehinggakan taik cicak arwah kutip satu satu.." - Akmalnovich " Penulis skrip yg bagus. Banyak memuji Allah dan yakin dengan kuasa Allah. ...

Ulasan Cerekarama LELAKI KELAS SEBELAH lakonan Nabila Razali dan Ismail Izzani

Image
ULASAN: 1) Saya tengok tadi. Filem remaja muzikal dengan plot yang ringan tapi relevan dengan remaja. Lakonan sederhana. Keseluruhannya tak teruk pun. 2) Tengok sampai habis sebab tv3 je yang clear kat rumah tu. Rumah taink astro. Walaupun tah hapa2, layan je la. Takde la teruk sangat. Memang la ada nyanyi-nyanyi. Kata drama sempena ajl. Cuma over nau sia nabila tu. Si mail tu pun poyo je. Yang ok si Bang Wan je. 3) Tengok iklan pun dah sakit segala organ organ  PD realitinya memang ada pompuan cam tu.. Tapi bila dipertontonkan lagi gedik la depa dan lebih ramai yang nak jadi cam tu.. Konon tak hipokrit 4) Tengok logo MSU tu dah happy nak support tapi..tapi.. why kenapa poster tu macam dibuat pakai MS Paint 蠟 . Ni produced by student MSU ke? y 5) Haha jalan cerita aku tengok tadi. Simple nak mampos. Kisah percintaan 2 ekor budak bangang. 6) Tak sempat nak tengok tapi terdengar anak buah saya darjah 4 kata (saya tulis versi proper) "Kenapa Ismail Izzani watak hero? Dia kan b...

KONSERT KILAT KASUT : SEBUAH TELEFILEM RAYA YANG DARK DAN GLOOMY ERA MID 90'S

Image
Arahan: Bade Haji Azmi Lakonan: Aziz M Osman, Norazemi 'Tam' Suhaimi, Nasir Bilal Khan, cameo Feminin Antara kolaborasi Aziz dan Tam post-Cili Padi yang aku masih ingati. Plotnya berkisar dua beradik busker (Aziz dan Tam) dari kampung yang mahu mengecap 'Kuala Lumpur dream' sebagai artis rakaman dan dalam masa yang sama mereka berkerja sebagai pengilat kasut, tetapi sampainya mereka di kota, demo mereka ditolak mentah-mentah. Sukarnya hidup di kota, si abang buat apa saja yang terdaya untuk survive dan menggembirakan adiknya, Aku tengok telefilem ni sekali je and that was it, tak ingat jika ada rerun. But it's quite dark untuk sebuah telefilem raya, dalam tradisi Rendang Untuk Mertua. Nota: post asal dari group Movie Addict

Telemovie AKU NAZMI : Reaksi Penonton

Image
Pelakon: Jay Iswazir, Ayda Jebat, Sheila Rusly, Dayana Roza, Fathi Shafie, Noralbaniah dan ramai lagi. Aku Nazmi diarahkan oleh Azman Haji Yahya (Jinggo) dan diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd. Berikut ialah sebahagian reaksi yang menonton telemovie ini: Aaira Maryam: Cerita ni memang best. Menjadi watak Nazmi tu. Part paling sedih yang last tu mengalir airmata Nazmi bila awek dia dah bertunang walaupun dia dah redha. Memang sedih. Mizie Zul: Nazmi dalam tu cakap walau badan cacat, tapi hati normal. Betul la tu. Dalam cerita tu pun watak Sheila Rusly memang betul. Kalau yang jenis demand tu, ya Allah. Nak kerja dengan dia orang kena banyak sabar. Tapi kena ingatlah. Susah-susah kita nak layan dia, susah lagi dia hidup seharian. Nahar Fadzil: Best drama ni. Aku ada anak O K U, kena tengok dan belajar dari drama ni. Sha Meutia: Best. Bila tengok cerita ni teringgat masa tingkatan 4, 5, belajar bahasa isyarat dan pernah jadi pelajar terbaik dalam bahasa isyarat kat sekolah teknik...

[TELEFILEM] Rock Sangkut, lakonan Along Cham, Joey, Hazama

Image
(Girlfriend telefon) Joey : "Nak dengar teka teki tak?" GF : "Apa dia?" Joey : "Pisau potong daging...daging potong apa?" GF : "Abang buat apa tu?!!!" Joey : "Tengah bagi ikan linang makan..." Sebagai seorang yang selalu mencari kejujuran dalam filem – bukan semata-mata produksi mewah atau skrip licin – Rock Sangkut adalah sejenis kejutan kecil yang menyenangkan. Ia bukan filem besar, bukan juga karya yang akan dipuja dalam sejarah sinema, tapi ia ada sesuatu yang tak boleh dibeli: jiwa. Mawi, dengan segala sejarah realiti TV-nya, mengarahkan telemovie ini seperti seorang yang tahu bahawa dia sedang bermain-main dengan stereotaip filem Melayu – lalu dia peluk semua itu dengan senyuman sinis. Skrip Rahman Shaharudin pula, meskipun tampak seperti cetusan idea lepak mamak, punya rentak dan kemahuan untuk mengganggu susunan biasa: tiga budak kampung nak jadi rockstar, tapi akhirnya jadi bintang nasyid. Mudah, tapi peliknya bukan koson...

Saniboey Ismail menulis tentang telemovie biopik SALOMA arahan Melissa Saila

Image
Nota tambahan dari Saniboey Mohd Ismail (bekas wartawan Harian Metro dan editor Sentiasa Manja , kini di Astro): "Bukan kerana ini akan disiarkan di Astro. Bukan kerana aku terbabit dalam pembikinan Saloma ini, tetapi ini adalah sebuah karya yang aku rasa wajib ditonton oleh kita semua kerana ia adalah tentang Biduan Negara, Saloma kerana selama ini kita asyik melayan Allahyarham Tan Sri P Ramlee sahaja. Ini adalah kali pertama, bak kata U-Wei Bin HajiSaari bahawa sebuah karya yang berkaitan Saloma ditayangkan. Sekalung ucapan tahniah aku ucapkan kepada Melissa Saila selaku Pengarah manakala suaminya, Megat Fauzi Isa selaku Penulis Skripnya. Seingat aku, Lis melontarkan idea untuk menghasilkan Saloma pada tiga tahun lalu tetapi baru hari ini ia selesai. Barangkali memang benar, mereka yang sabar akan selalu menang di penghujung harinya. Tahniah sekali lagi. Terima kasih tidak terhingga juga kepada U-Wei kerana wisdomnya!" Komen blogger Sultan Muzaffar pula: "Bagus. K...

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY