Kejora: Taruhan Terbaru Hael Husaini dalam Antonim Part 1
Kuala Lumpur, 7 Ogos 2024 – Hael Husaini, penyanyi dan komposer terkenal yang bernaung di bawah Rocketfuel Entertainment, mempersembahkan single ketiga dari album Antonim Part 1, iaitu "Kejora". Video muzik eksklusif untuk lagu ini akan dilancarkan pada 9 Ogos 2024, jam 9 malam di saluran YouTube rasmi Hael Husaini. Dalam video muzik ini, Hael Husaini bergandingan dengan Qasrina Karim, yang juga merupakan pasangan beliau dalam drama "My Famous Ex-Boyfriend". Penggambaran video muzik ini dilakukan di Shah Alam dalam tempoh satu hari, dan dihasilkan oleh Rocketfuel Studios. Hasilnya adalah visual yang memukau dan penuh emosi, serta jalan cerita yang menyentuh hati. Keunikan video muzik "Kejora" terletak pada konsep dan arahan kreatifnya yang memperlihatkan Qasrina Karim dengan sisi baru melalui kemahiran menarinya yang jarang dipamerkan. Koreografi khas ini menambah dimensi baru kepada lakonannya. Hael Husaini berperanan sebagai penyanyi, manakala Qasrina Ka...