Posts

Showing posts with the label filem melayu

Ulasan Filem: Don Dukun (2024)

Image
Don Dukun merupakan filem terbaru yang menampilkan gandingan Zul Ariffin dan Ropie dengan chemistry yang mantap, terutama menjelang plot twist di akhir filem. Waktu tayangan bersempena perayaan Deepavali juga tepat, menampilkan kisah harmonis yang melibatkan tiga bangsa utama Malaysia, menyerlahkan semangat perpaduan. Dari sudut sinematik, Don Dukun memukau dengan visual yang ceria dan pelbagai sudut kamera, menghidupkan suasana filem ini dengan sentuhan yang mengingatkan kepada filem 3 Janda Melawan Dunia. Kesan bunyi dan muzik latar (BGM) turut memberi impak, membuatkan penonton merasakan seolah-olah menonton sebuah filem fantasi. Namun, jalan ceritanya agak mudah dijangka dan klise, lebih sesuai untuk tontonan televisyen. Dari aspek komedi pula, filem ini kurang berjaya membuat penonton ketawa besar. Humor yang cuba disampaikan berasa agak dipaksa, dan terdapat unsur drama di pertengahan filem yang agak janggal dalam filem komedi. Kehadiran Ropie bagaimanapun berjaya men...

SYAITAN MUNAFIK DAN SAYU YANG SYUKUR: DUA FILEM LOKAL YANG TERLEWAT TAYANGAN DI PAWAGAM

Image
Dua filem tempatan yang telah siap penggambaran sejak beberapa tahun lalu akhirnya mendapat peluang untuk ditonton oleh penonton di pawagam. SYAITAN MUNAFIK, sebuah filem seram yang mengisahkan sekumpulan remaja yang mencari rakan mereka yang hilang di sebuah rumah berhantu, telah mula ditayangkan sejak semalam. Filem ini turut menampilkan Allahyarham Ashraff Sinclair sebagai salah seorang pelakon, yang telah meninggal dunia pada tahun 2020. SAYU YANG SYUKUR pula adalah sebuah filem drama yang mengisahkan perjuangan seorang wanita yang menjadi mangsa rogol dan hamil. Filem ini diarahkan dan dilakonkan oleh Aaron Aziz, dan akan menemui penonton mulai 28 Disember 2023. SYAITAN MUNAFIK merupakan filem arahan Allahyarham Majed Salleh. Filem ini dibintangi oleh pelakon hebat tanah air seperti Allahyarham Ashraf Sinclair, Bandi Amuk, Faizal Hussein, Ruminah Sidek dan Datuk Jalaluddin Hassan1, serta dua pelakon Indonesia iaitu Dea Lestari dan Tessa Mariska2. Filem ini juga menjadi...

FILEM: Jangan Pandang Belakang 2 Bakal Tayang Tahun Ini, Pierre Andre Kembali Mengarah

Image
Pengarah filem seram terkenal, Pierre Andre, akan kembali menggegarkan penonton dengan filem sekuel Jangan Pandang Belakang 2 “Aku Tahu Asal Usulmu” yang diterbitkan oleh Metrowealth International Group (MIG). Filem ini merupakan sambungan daripada filem Jangan Pandang Belakang yang mencipta fenomena pada tahun 2007 dengan kutipan tertinggi dalam sejarah filem Melayu, iaitu RM 7.4 juta. Filem ini juga memenangi anugerah Box Office dalam Festival Filem Malaysia ke-20. Menurut penerbit filem, Pierre Andre adalah pengarah pilihan kerana beliau mempunyai idea asal dan skrip yang dapat menghasilkan filem seram yang berkualiti dan menarik. Filem ini mengisahkan tentang saka keluarga Opah yang mencari mangsa baharu untuk diikat. Namun, terdapat rintangan dan misteri yang menyebabkan pelbagai insiden ngeri berlaku. Antara pelakon yang akan membintangi filem ini ialah Emma Maembong, Iedil Dzuhrie Alaudin, Mawar Rashid, Alif Hadi, Khatijah Tan, Ruminah Sidek, Hafidzuddin Fazil, Cat Farish, Kel N...

Menonton filem Mat Kilau dengan atuk yang buta dan menghidap Alzheimer

Image
Ada tengok filem Mat Kilau hari tu. Aku bawak atuk aku yang buta dan ada penyakit Alzheimer. Walaupun demikian, dia memang suka tengok filem dan rancangan televisyen, kadang2 tu dia suruh pasang Didi And Friends, katanya dia teringat aku masa kecik2 dulu, dia tak ingat aku sape, tapi dia ingat cerita Didi and Friends.  Biasanya adik beradik, sedara mara aku tak suka tengok filem ngan atok aku sebab atok aku ni jenis selalu tanya apa jadi dekat skrin, pastu suruh huraikan, tapi tu lah, bila dah hurai pun dia tak ingat2 dan tanya lagi sekali, tapi aku layankan aje atok aku ni, sebab dah tua, sape lagi nak jaga dia, en? Maka aku dan dia pun tontonlah filem Mat Kilau hari Rabu tu. Awal2 tu dah tanya aku, "Cu, sape watak cerita ni, ceritanya macam mana", susah nak jelaskan kat atuk aku ni sebab takmo bagi bising dan ganggu penonton wayang lain, tapi dia tanya jugak, sampaikan penonton wayang suruh "Shhhh!! jangan bising". Atok aku marah2, tapi lama2 tu dia di...

Drama bersiri sejarah Sarawak lakonan Beto Kusyairy ini jauh lebih baik daripada filem Mat Kilau: WARKAH TERAKHIR

Image
Ramai yang tak tahu, ada drama bersiri sejarah yang jauh lebih baik. WARKAH TERAKHIR . Siri ni ditayangkan di Astro Citra tahun 2009. Dialog mantap! Skrip mantap! Lakonan mantap dari Beto Kusyairy. Inilah kali pertama lihat abang Beto di kaca TV. Diinspirasikan dari kisah perjuangan Rosli Dhobi di bumi Sarawak. Tak semua pelakon orang Sarawak, tapi mereka boleh cakap Sarawak dengan sangat clean. Sampai rasa jatuh cinta dengan bahasa Sarawak, termasuk Beto Kusyairy, mati-mati ingat dia orang Sarawak. Serba sedikit, siri ini berlatar belakangkan masyarakat negeri Sarawak tahun 1940'an, di era Jepun diusir, British datang kembali untuk jajah kembali Sarawak selepas Charles Vyner Brooke jual Sarawak dengan harga hanya 1 juta Pound Sterling sahaja. Rosli Dhobi yang dilakonkan oleh Beto Kusyairy merupakan pemuda yang diajak untuk sertai Anggota Rukun 13, untuk sabotaj kerajaan British. British menjatuhkan hukuman gantung kepada Rosli Dhobi setelah dia membunuh Sir...

Ulasan Filem Mat Kilau - MOVIE ADDICT MY Facebook Group

Image
Kekurangan : 1. Aspek teknikal macam colour grading yang tidak begitu memukau dan nampak seperti tiada pengalaman buat filem (Dimaafkan kerana bajet), cuma nak habaq yg zaman sekarang ni byk software free untuk colour grading yang cun. 2. Action directing tak padu sangat, nampak macam Syamsul 100% guna style KL Gangster, ditambah dengan sound effect yang melebih-lebih. Cameraworks untuk action tak smooth dan banyak cut scene. Boleh belajar byk lagi dari style Hong Kong movies punya cameraworks fight scene. Kekuatan : 1. Lakonan yg padu dari Adi Putra, Beto (Of course la) and Fattah Amin. Fattah Amin 100% berjaya keluar dari zone Mat Jambu dia sebelum ni dan transform diri sebagai hero yang power. 2. Skrip dan Dialog yang boleh buat korang rasa nak berperang lawan penjajah, hahahha. Walaupun ada certain dialogue yg agak cringe but its ok sebab penceritaan tu sampai. 3. Jalan cerita yang penuh propaganda (In a very great way). Sbb dari alur cerita, korg boleh nampak betapa bangsatnya pen...

Filem ANAK HALAL lakonan Fauzi Nawawi viral semula kerana aksi panas dengan Raja Farah, ini sinopsis detail filem ini...

Image
Anak Halal sebuah filem bercorak drama aksi arahan Osman Ali yang pernah menggegar pawagam seluruh Malaysia  pada 13 Disember 2007 lalu, kini meniti bibir peminat filem semula.  Sebelum Ombak Rindu, Osman Ali mengarah Anak Halal yang sarat aksi, drama, kasih sayang dan pengorbanan ini buat pertama kali menampilkan Maya Karin sebagai remaja lasak ala tomboi. Selain keserasian di antara pelakon, dialog yang digunakan turut memberi impak hebat bagi menggambarkan realiti kehidupan segelintir anak muda masa kini di Chow Kit.  Filem ini mengisahkan tentang Hisham, seorang penjenayah yang dalam keadaan tersepit telah menyerahkan bayi lelakinya kepada seorang perempuan gila bernama Mariam. Mariam yang hidup di jalanan telah membesarkan anak tersebut, Putra dalam serba kedaifan. Mereka tinggal di kawasan setinggan, berjiran dengan Bu Leha dan anak perempuannya, Johanna. Dalam diam, Johanna menyukai Putra tetapi perasaan itu terlindung di sebalik sifat kasar...

SYAHADAH TERAKHIR lakonan Zahiril Adzim, Nina Iskandar, Harun Hashim. Pengajaran dari telefilem arahan Jinggo.

Image
Slot Cerekarama TV3 telah menayangkan telefilem Syahadah Terakhir.  Telefilem arahan Azman Haji Yahya ini menampilkan lakonan Zahiril Adzim, Nina Iskandar, Harun Hashim dan Erry Putra. Berdasarkan cerita asal oleh Hani Maryam, ia sebuah lagi terbitan  JS Pictures yang sebelum ini telah menerbitkan telefilem Aku Nazmi.  Syahadah Terakhir mengisahkan tentang Pak Yusuf yang menyayangi anak-anaknya Razlan dan Rafidah bagai menatang minyak yang penuh sehingga mereka berjaya. Konflik bermula selepas isterinya meninggal dunia. Pengajaran dari telefilem Syahadah Terakhir Percayalah tidak rugi untuk kita jaga mak dan ayah kita jika mereka dah kehilangan teman hidupnya. Anak-anaklah sebagai pengganti untuk mereka menumpang kasih. Insya Allah segala urusan dipermudahkan jika keikhlasan rasa dihati. Mak dan ayah sendiri atau mertua tak perlu kita bezakan, fahamilah hati mereka kerana mereka dah terbiasa dengan cara hidup mereka maka untuk mereka mengikut cara ...

Filem SUCI DALAM DEBU lakonan Sidi Oraza dan Julia Rais, karya popular Iklim diangkat ke layar perak

Image
Filem 'Suci Dalam Debu' merupakan antara filem dengan penampilan kumpulan muzik tanah air selain filem Fenomena dan Isabella. Ia penampilan istimewa Saleem dan kumpulan Iklim dalam gandingan bersama Sidi Oraza, Julia Rais, Imuda, Khairil Anwar, Aziz Satar, Ruminah Sidek dan ramai lagi. Lagu 'Gerhana Cinta Luka' amat memberi kesan dalam filem ini selain lagu 'Suci Dalam Debu'. Inilah julung-julung kalinya filem yang memperlihatkan Saleem dan iklim di layar perak. Filem arahan Zulkifli M. Osman ini diterbitkan pada tahun 1992. Filem ini mengisahkan Roy, anak orang kaya yang ingin bebas dan bergaul dengan pemuzik di kelab malam. Anak perempuan Tengku Aziz, Rina pula ditunangkan dengan Tengku Johan. Tengku Aziz mengambil Tengku Johan sebagai pengarah eksekutif syarikatnya. Roy melihat Rina berselisih faham dengan Tengku Johan. Rina memerhatikannya dan dia sering ke kelab untuk mengenali Roy. Tengku Johan mendapat tahu tentang hubungan tunangn...

Apa yang tragedi tentang TRAGEDI OKTOBER?

Image
Sempena memasuki bulan Oktober, kita mengenang kembali filem TRAGEDI OKTOBER (1996) arahan Yusuf Kelana dan skrip oleh Yusof Haslam yang merupakan sekuel kepada filem SEMBILU 2. Ia juga mengambil tajuk dari lagu nyanyian pelakonnya, Awie dari album solonya. Plot TRAGEDI OKTOBER ****AWAS! BAKAL MENGANDUNGI SPOILER***: Perkahwinan Wati (Erra Fazira) dan Syamsul (Riezman Khuzaimi) telah menjangkau enam tahun dan mereka dikurnia seorang cahaya mata, Shamin. Awie (Awie), bekas kekasih Wati walaupun sudah enam tahun berlalu masih tercari-cari seorang gadis yang benar-benar dapat mengisi kekosongan hatinya. Namun kemunculan Farah (Amy Mastura), anak seorang hartawan ternyata memberi sinar baru dalam hidup Awie.  Sementara itu, kebahagiaan Wati dan suaminya Syamsul tidak kekal lama dimana suatu tragedi menimpa suaminya. Wati kemudian hidup menjanda bersama anaknya. Pertemuan yang tidak diduga antara Awie dan Wati di suatu majlis menimbulkan satu nostalgia diantara mereka. Kehad...

JUSTIFY YOUR SHITTY TASTE: MENDAM BERAHI (2002) arahan Z Lokman

Image
Pengalaman berlakon filem Mendam Berahi menurut Dato' Eizlan Yusof (terkini beliau berlakon dalam filem Paskal): Selama hampir dua tahun aku 'tumbang' akibat dari kegawatan ekonomi yang melanda negara dan pada masa gawat inilah hampir sebahagian besar daripada artis-artis tanahair mengambil keputusan untuk membuka gerai-gerai makan* (laku jugalah jualan aku tengok). Aku buka jugalah tetapi guna nama aje sebab arwah adik aku yang beriya-iya nak buka kedai makan (di Kampung Baru, depan International Hotel). Aku bernasib baik sebab ada juga job masa tu tetapi bayar ciput gila, nak buat macam mana, sapu jugalah masa tu, hehehe (masa tu buat drama UKKL, cerita doktor-doktor dan shooting di Ipoh Specialist Centre, Perak). Selepas mengharungi zaman gawat tu, aku agak sepilah sekejap daripada industri sehinggalah pada Julai 2001, aku dapat offer buat filem aku yang kesembilan dengan Metrowealth Movies Productions di bawah arahan Z Lokman dan pada asalnya aku ada enam babak aje teta...

12 TAHUN LALU, FILEM SYURGA CINTA ASYIK SOLD OUT KAT PANGGUNG

Image
Let it be known, CEO Finas pernah mengarah filem komedi romantis keagamaan yang pecah panggung. Syurga Cinta ialah filem keluaran Metrowealth Movies Production, dibintangi oleh Awal Ashaari, Heliza dan bintang kanak-kanak Muhamad Hadziq Hazem (Tom Tom Bak) dan pernah ura-ura mengatakan bakal menang di Festival Filem Malaysia ke-22 tapi hanya tercalon bagi kategori Cerita Asal Terbaik sahaja. Kategori ini dimenangi oleh Afdlin Shauki melalui filem Papadom yang bersaing dengan calon-calon yang tak kurang hebatnya seperti Yasmin Ahmad (Talentime), Fariza Azlina (Kami The Movie) dan Bade Hj. Azmi (Maut).  Filem ini mendapat sambutan yang hebat di pawagam walaupun bersaing dengan filem-filem seperti Star Trek dan Terminator: Salvation. Filem ini berjaya mengutip RM2.2 juta sepanjang dua minggu tayangan. Tak pasti  yang datang menonton kerana ia premis keagamaan seperti filem Ayat-ayat Cinta atau sebab nak tengok Heliza Helmi atau nak tengok budak Tom Tom Bak atau nak te...

U-WEI HAJI SHAARI: SURAT TERBUKA KEPADA AHMAD IDHAM

Image
SURAT TERBUKA KEPADA AHMAD IDHAM: Bismillah Hirohma Nirohim Salam Sejahtera Saudara Ahmad Idham Ketua Pengarah FINAS, Surat terbuka ini saya tulis setelah menerima berita penolakan tanpa alasan oleh FINAS bagi projek filem kenegaraan. Ini disampaikan oleh penerbit saya, iaitu Dato’ Azmir Saifuddin, mantan Penolong Ketua Pengarah FINAS, dan filem diberi tajuk Wangi Jadi Saksi. Ingin dinyatakan di sini surat rasmi penolakan dinyatakan melalui e-mel di bawah tajuk Keputusan Permohonan Dana Kandungan Digital dan tidak ada menyebut filem kenegaraan. Saya pasti anda bukan sahaja sudah termaklum akan projek ini, tetapi telah juga tahu tentang keputusannya. Atau dengan secara langsung mahupun tidak anda ada memainkan peranan dalam keputusan itu. Ini saya katakan begitu dari tangkapan sumber FINAS yang mengendalikan dana ini apabila beliau menyebut akan ‘…kerana keputusan dari atas’. Dan ‘immediate boss’ beliau adalah saudara sendiri. Saudara Ahmad Idham, Ingin diingatkan bersama-sama , FINAS d...

Filem MAEL TOTEY THE MOVIE lakonan Yoe Parey dan Asif Suhaimi cipta rekod kutipan tertinggi Astro First, RM700 ribu di hari pertama

Image
ALLAHUAKBAR pecah rekod di Astro First! Ya, ini rezeki untuk kami team Syahmi Sazli Production. Terima kasih Allah, terima kasih penyokong kami yg sangat berkualiti!!!! Teruskan melanggan Mael Totey The Movie di Astro First saluran 480. Teruskan memecah rekod!! 😭😭 Kutipan tertinggi dlm sejarah Astro First untuk hari pertama tayangan😭❤️ Mi doakan semua yg menyokong usaha mi & team, korang dimurahkan rezeki. Maaf kalau ada kekurangan kami🙏🙏 Teruskan melanggan Mael Totey The Movie di Astro First saluran 480. Begitulah tulisan pengarah muda, Syahmi Sazli selepas filem debut arahannya, Mael Totey The Movie yang telah mula ditayangkan di platform Astro First berjaya mengutip hampir RM700 ribu pada hari pertama tayangan sekaligus mencipta rekod terbaru bagi saluran Astro First. Walau dikrtitik sebagai filem sampah oleh beberapa pengulas filem acah-acah yang baru muncul yang hanya menilai melalui trailer, ia tidak menafikan filem ini dari mendapat sambutan yang hangat.  Filem Mael...

3 DUKUN SANTET, sebuah telefilem seram berdasarkan kisah benar! Lakonan hebat Umie Aida, Maria Farida.

Image
Pada satu masa yang tidak berapa dahulu, Emma, Epul dan Syasha adalah tiga orang sekawan yang rapat sejak di zaman belajar lagi. Arakian,  mereka diganggu dengan teruk ketika usaha mereka untuk membuka sebuah kafe makan dan studio persembahan kebudayaan.  Rupa-rupanya, tiga dukun telah mengerjakan mereka sehingga mereka sakit dan hampir gagal memulakan bisnes. Kau orang kena percaya! Ini kisah benar ni! Saksikan telefilem ‘3 Dukun Santet’ diinspirasikan daripada kisah benar lakonan Umie Aida, Isyariana, Zahiril Adzim, Maria Farida dan Dayang Areeda pada Sabtu, 17 Oktober 2020 jam 9 malam di Astro Citra dan Citra HD. 

MAEL TOTEY THE MOVIE lakonan Yoe Parey dan Asif Suhaimi telah selesai penggambaran

Image
Mael Totey The Movie yang baru saja selesai penggambaran kini sudah hampir 80 peratus proses suntingan. Ia merupakan filem pertama arahan YouTuber, Syahmi Sazli. Filem ini akan mengangkat watak-watak dalam drama pendek yang menjadi sensasi ramai di laman YouTube. Ia bakal ditayangkan di Astro First pada September atau Oktober tahun ini.    Menerusi perkongsian poster pertama, antara barisan pelakon yang membintangi filem Mael Totey adalah Emaleen Minhad, Wanie Rohaimie, Anissa Faizul serta dua bintang utama Yoe Parey dan Asif Suhaimi.   Berasal dari Kelantan, Syahmi Sazli mencetuskan fenomena baharu di Malaysia meskipun baru berusia 25 tahun dengan mesej-mesej yang disampaikan dalam bentuk drama disertai dengan selingan-selingan telatah Yeo dan Asif yang menghiburkan.

Ulasan filem KL Wangan (2018)

Image
Cerita dia ok, cuma aku tak berapa paham. Aku rasa, macam aku ada terlepas 2 3 scene penting. Ada banyak benda yg aku nak tanya. Ejay tu sapa? Sapa bapak dia? Asal org kejar dia kat indonesia? Member indonesia dia tu cakap yang dia ade pegang amanah bapak dia? Apa amanah dia? Apa kena mengena cerita ni dengan Wangan?Aku rasa Yudi ni tak jahat. Dia baik. Dia saja nak bagi pengajaran dekat Hong rasanya. Tu apa yg aku rasa lah. Pastu watak anak dato yang tak betol tu takkan watak dia camtu je? Aku rasa watak dia boleh kembangkan lagi kot. Tapi cerita ni aku rasa ni memang terbaik. Apa dia sebut pasal kereta, satu patah haram pun aku tak tau. Macam cerita initial D yang cartoon series. Setiap episod dia, gerenti aku akan pause dan search google kalau aku tak paham.

KONSERT KILAT KASUT : SEBUAH TELEFILEM RAYA YANG DARK DAN GLOOMY ERA MID 90'S

Image
Arahan: Bade Haji Azmi Lakonan: Aziz M Osman, Norazemi 'Tam' Suhaimi, Nasir Bilal Khan, cameo Feminin Antara kolaborasi Aziz dan Tam post-Cili Padi yang aku masih ingati. Plotnya berkisar dua beradik busker (Aziz dan Tam) dari kampung yang mahu mengecap 'Kuala Lumpur dream' sebagai artis rakaman dan dalam masa yang sama mereka berkerja sebagai pengilat kasut, tetapi sampainya mereka di kota, demo mereka ditolak mentah-mentah. Sukarnya hidup di kota, si abang buat apa saja yang terdaya untuk survive dan menggembirakan adiknya, Aku tengok telefilem ni sekali je and that was it, tak ingat jika ada rerun. But it's quite dark untuk sebuah telefilem raya, dalam tradisi Rendang Untuk Mertua. Nota: post asal dari group Movie Addict

9 Sebab Kenapa MAHAGURU ialah filem Z Lokman yang terhebat

Image
Alright. Setelah masa aku terbuang sebanyak 46sec nonton teaser Mahaguru, semalam aku tekad nak "korban"kan 2 jam (1 jam 30 minit untuk filem dan 30 minit jarak rumah aku dari Kuching ke Kota Samarahan) dan duit tiket RM13 semata2 nak tonton filem Mahaguru. Kata orang tak kenal tak cinta, mungkin teaser hampeh, cerita kita tak tau lagi. Akhirnyaa.. secara simple pendapat aku utk filem ni. 1. Aura filem zaman 70an, 80an masih kuat. dari segi sound yang kedap bila part dialog, acting, music. 2. Sorry to say, lakonan barisan pelakon 'kayu'. Big applause to Mie Raja Lawak. rasanya watak dia paling menyerlah dgn lakonan yg bersahaja . Boleh dkatakan penyelamat filem ni. 3. Bila part plakon nak buat lawak tu aku tak sampai hati tgok. Sebab tak lawak. punchline takda.. sampai aku kat panggung tu tutup muka tgok. Even gelap dan cuma aku sorang je tgok. Okeh. Pertama kalinya aku tengok wayang time malam cuma aku sorang je dalam panggung 4. Plot cerita tunggang terbalik. J...

Sasuke Kun disaman RM100k kerana sebar filem Munafik 2 secara haram: Kenapa kau bodoh sangat?

Image
Ramai orang tanya Kak Nam pasal kes Sasuke Kun yang kena denda RM100K disebabkan penyebaran content Munafik 2 tanpa izin. Well. Kak Nam baca banyak betul ulasan pasal kes ni - ada yang kata patut - ada yang kata tidak - ada yang tiba tiba berkecuali (kau dah kenapa berkecuali tak pasal pasal? Hahaha). So - if this could benefit you - Kak Nam akan terangkan about this case - dan bukan sekadar copy paste berita je. So that kau boleh faham dengan jelas lagi. Insya Allah. First of all - kau kena tau - filem merupakan satu daripada harta intelek - yang dilindungi di bawah Akta Hakcipta 1987. Di bawah akta tersebut - dah underlined - yang sebarang penyebaran content hakcipta tanpa izin daripada pemiliknya - adalah salah di sisi undang undang. Dengan kata lain - sekiranya terdapat pelanggaran hakcipta - pemunya karya boleh mengambil tindakan undang undang ke atas orang yang melakukan pelanggaran. Ada hukuman dia sekali kat situ. Itu jelas dalam akta. Dalam kes si Sasuke Kun ni - ok bef...

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY