Trending di X: Tudung “L” Bentuk Bawal Dicopyright oleh Qisthenadi?


Kontroversi berkaitan hak cipta tudung bawal berbentuk “L” kini menjadi perbualan hangat di kalangan peminat fesyen tempatan.

Qisthenadi, seorang penjual tudung yang semakin popular, dikatakan telah memperoleh hak cipta untuk reka bentuk khas ini berdasarkan hantaran video TikToknya (yang kini telah dipadam) dan ia menimbulkan perdebatan di media sosial.

https://twitter.com/linobunnyteeth/status/1762517989705109794?t=0tLpd5K7LZ7hECBJxKvfzg&s=19

Tudung “L” yang Dicopyright

Tudung bawal berbentuk “L” yang dikenali sebagai “L-cut bawal shawl” telah menjadi trend terkini. Namun, tindakan Qisthenadi dalam mengambil hak cipta bagi reka bentuk ini telah menimbulkan kontroversi. Beberapa pihak mengkritiknya sebagai tindakan egoistik dan tidak adil terhadap peniaga lain yang turut menjual tudung serupa.

Reaksi Peminat dan Peniaga Lain

Seorang pengguna laman X menulis “Qisthenadi menghapuskan video beliau? Bagi saya, tindakan ini (copyright) sangat egoistik. Mengapa perlu mengambil hak cipta untuk bentuk ‘L’ bawal seolah-olah idea itu datang dari  beliau sendiri? Dia juga menyatakan bahawa hak cipta hanya terpakai untuk tudung bawal shawl yang berbentuk “L”, tetapi tidak untuk yang bersaiz biasa.”

https://twitter.com/jendeukieryn/status/1762428896090497435?t=94u7YcMpZnDDK3wnCAO6jQ&s=19

Peniaga lain yang telah menjual tudung bawal berbentuk “L” sebelum ini juga merasa kecewa. “Kami telah lama menjual tudung ini, tetapi tidak sepopular Qisthenadi. Mungkin ini kerana beliau aktif mempromosikan jenamanya,” kata seorang peniaga yang enggan dikenal pasti.

Perspektif Hak Cipta

Beberapa pihak mempertikaikan keabsahan hak cipta untuk bentuk tudung. “Adakah bentuk ‘L’ tudung bawal benar-benar boleh dicopyright? Bukankah terdapat banyak peniaga lain yang telah menjualnya sebelum ini?” soal seorang pengguna media sosial.

Bagaimanapun, ada yang menulis bahawa tudung bawal shawl berbentuk “L” yang dicopyright adalah yang bercorak cetakan.  Bermaksud peniruan corak rekaan dari Qisthenadi yang diambil tindakan.

Kesimpulan

Kontroversi mengenai hak cipta tudung bawal berbentuk “L” masih berlanjutan. Sementara itu, pemerhati dan peminat fesyen menantikan perkembangan lanjut dalam isu ini. Adakah bentuk tudung bawal “L” memang layak dicopyright? Jika ya, ini akan menjadi perbincangan panjang dalam komuniti fesyen Malaysia.

Dalam masa sama isu ini siap diparodi oleh akaun X Mydin.

https://twitter.com/MydinMalaysia/status/1762754388131762179?t=ZgFUS2gAeR0o1hCPMEt3qw&s=19

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

From Saga With Love, sebuah drama rom-com tempatan lakonan Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Fimie Don dan Ikmal Amry

Hannah Delisha Keguguran, Tabah Mengharungi Ujian Kehilangan dengan Semangat Ramadan

Tonton Two Sisters atau wang dikembalikan jika penonton tak berpuas hati

"Duit Raya RM3 Je? Ini Bukan Zaman 90'an!", Netizen Tegur Ibu bapa Guna Anak Untuk Dapat Duit Raya Banyak

Pelakon Julia Perez mennggal dunia tapi aku tak kenal pun dia siot! Siapa dia ni?

Instagram Akan Membasmi Followers, Komen dan Likes Palsu