Penantian Bakal Berakhir: Syamsul Yusof Selesai Suntingan 'OG' & 'Khawarij' Hujung Tahun Ini
KUALA LUMPUR – Selepas hampir empat tahun tertangguh, dua filem terbaharu arahan pengarah sensasi Syamsul Yusof iaitu The Original Gangster (OG) dan Khawarij dijangka siap sepenuhnya menjelang penghujung tahun ini. Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh bapanya, Datuk Yusof Haslam, 72, yang mendedahkan bahawa kedua-dua naskhah tersebut kini hanya berbaki proses suntingan akhir sebelum dijadualkan menemui penonton di pawagam sekitar tahun depan. Janji Syamsul Pada Hari Raya Menurut Yusof, kelewatan penghasilan filem-filem berkenaan – terutamanya filem aksi OG – tidak menolak kemungkinan berpunca daripada masalah peribadi yang dilalui oleh Syamsul sebelum ini. Bagaimanapun, pertemuan dua beranak itu pada Aidilfitri lalu memberi sinar baharu buat industri perfileman tempatan. "Filem Syamsul ini sudah masuk empat tahun terutama OG. Saya jumpa dia pada hari raya lalu, dia balik ke rumah dan beritahu ‘insya-Allah pa, saya akan selesaikan’," kata Yusof. Sebagai...