Apa yang tragedi tentang TRAGEDI OKTOBER?

Sempena memasuki bulan Oktober, kita mengenang kembali filem TRAGEDI OKTOBER (1996) arahan Yusuf Kelana dan skrip oleh Yusof Haslam yang merupakan sekuel kepada filem SEMBILU 2. Ia juga mengambil tajuk dari lagu nyanyian pelakonnya, Awie dari album solonya.

Plot TRAGEDI OKTOBER ****AWAS! BAKAL MENGANDUNGI SPOILER***:

Perkahwinan Wati (Erra Fazira) dan Syamsul (Riezman Khuzaimi) telah menjangkau enam tahun dan mereka dikurnia seorang cahaya mata, Shamin. Awie (Awie), bekas kekasih Wati walaupun sudah enam tahun berlalu masih tercari-cari seorang gadis yang benar-benar dapat mengisi kekosongan hatinya. Namun kemunculan Farah (Amy Mastura), anak seorang hartawan ternyata memberi sinar baru dalam hidup Awie. 

Sementara itu, kebahagiaan Wati dan suaminya Syamsul tidak kekal lama dimana suatu tragedi menimpa suaminya. Wati kemudian hidup menjanda bersama anaknya. Pertemuan yang tidak diduga antara Awie dan Wati di suatu majlis menimbulkan satu nostalgia diantara mereka. Kehadiran Awie tidak dapat diterima oleh Wati kerana dia sudah menggangap Awie sudah tidak ada dalam hidupnya lagi. Pada Awie pula, dia sekadar simpati terhadap nasib Wati dan anaknya, Shamin. 

Masa berlalu begitu cepat, kemesraan yang berputik diantara mereka menimbulkan ketegangan dalam hubungan diantara Awie dan Farah. Farah menggangap Wati cuba merampas Awie semula daripadanya. Awie mengambil keputusan untuk bertunang dengan Farah, sekaligus memberikan keyakinan dan kejujurannya kepada Farah. Tetapi, segalanya tidak tamat disitu. Farah mahu pastikan Wati tidak mengganggu hidupnya serta tidak wujud diantara dia dan Awie. Akhirnya terjadilah sebuah tragedi yang menyayat hati.






Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Filem Konspirasi: Ditamatkan Tayangan Selepas Seminggu, Raih Kutipan Lebih RM480 Ribu

Drama Rindu Kasih 2 Menyentuh Isu Keluarga dan Masyarakat

Les Enfants, kumpulan rap/hip hop remaja yang tak didendang hari ini malah tenggelam terus...

Dua Lipa Batal Konsert Jakarta Akibat Isu Keselamatan Pentas, Ingat Konsert Dangdut Koplo Ke?

Anuar Zain Sertai Tabligh, Jag Teh Tarik Jadi Tumpuan Netizen

Drama bersiri Cukup Derita itu bakal disambung untuk musim kedua, Jasmin Hamid muat naik hantaran di Instagram.