Posts

Showing posts with the label metrowealth

FILEM: Jangan Pandang Belakang 2 Bakal Tayang Tahun Ini, Pierre Andre Kembali Mengarah

Image
Pengarah filem seram terkenal, Pierre Andre, akan kembali menggegarkan penonton dengan filem sekuel Jangan Pandang Belakang 2 “Aku Tahu Asal Usulmu” yang diterbitkan oleh Metrowealth International Group (MIG). Filem ini merupakan sambungan daripada filem Jangan Pandang Belakang yang mencipta fenomena pada tahun 2007 dengan kutipan tertinggi dalam sejarah filem Melayu, iaitu RM 7.4 juta. Filem ini juga memenangi anugerah Box Office dalam Festival Filem Malaysia ke-20. Menurut penerbit filem, Pierre Andre adalah pengarah pilihan kerana beliau mempunyai idea asal dan skrip yang dapat menghasilkan filem seram yang berkualiti dan menarik. Filem ini mengisahkan tentang saka keluarga Opah yang mencari mangsa baharu untuk diikat. Namun, terdapat rintangan dan misteri yang menyebabkan pelbagai insiden ngeri berlaku. Antara pelakon yang akan membintangi filem ini ialah Emma Maembong, Iedil Dzuhrie Alaudin, Mawar Rashid, Alif Hadi, Khatijah Tan, Ruminah Sidek, Hafidzuddin Fazil, Cat Farish, Kel N...

JUSTIFY YOUR SHITTY TASTE: MENDAM BERAHI (2002) arahan Z Lokman

Image
Pengalaman berlakon filem Mendam Berahi menurut Dato' Eizlan Yusof (terkini beliau berlakon dalam filem Paskal): Selama hampir dua tahun aku 'tumbang' akibat dari kegawatan ekonomi yang melanda negara dan pada masa gawat inilah hampir sebahagian besar daripada artis-artis tanahair mengambil keputusan untuk membuka gerai-gerai makan* (laku jugalah jualan aku tengok). Aku buka jugalah tetapi guna nama aje sebab arwah adik aku yang beriya-iya nak buka kedai makan (di Kampung Baru, depan International Hotel). Aku bernasib baik sebab ada juga job masa tu tetapi bayar ciput gila, nak buat macam mana, sapu jugalah masa tu, hehehe (masa tu buat drama UKKL, cerita doktor-doktor dan shooting di Ipoh Specialist Centre, Perak). Selepas mengharungi zaman gawat tu, aku agak sepilah sekejap daripada industri sehinggalah pada Julai 2001, aku dapat offer buat filem aku yang kesembilan dengan Metrowealth Movies Productions di bawah arahan Z Lokman dan pada asalnya aku ada enam babak aje teta...

12 TAHUN LALU, FILEM SYURGA CINTA ASYIK SOLD OUT KAT PANGGUNG

Image
Let it be known, CEO Finas pernah mengarah filem komedi romantis keagamaan yang pecah panggung. Syurga Cinta ialah filem keluaran Metrowealth Movies Production, dibintangi oleh Awal Ashaari, Heliza dan bintang kanak-kanak Muhamad Hadziq Hazem (Tom Tom Bak) dan pernah ura-ura mengatakan bakal menang di Festival Filem Malaysia ke-22 tapi hanya tercalon bagi kategori Cerita Asal Terbaik sahaja. Kategori ini dimenangi oleh Afdlin Shauki melalui filem Papadom yang bersaing dengan calon-calon yang tak kurang hebatnya seperti Yasmin Ahmad (Talentime), Fariza Azlina (Kami The Movie) dan Bade Hj. Azmi (Maut).  Filem ini mendapat sambutan yang hebat di pawagam walaupun bersaing dengan filem-filem seperti Star Trek dan Terminator: Salvation. Filem ini berjaya mengutip RM2.2 juta sepanjang dua minggu tayangan. Tak pasti  yang datang menonton kerana ia premis keagamaan seperti filem Ayat-ayat Cinta atau sebab nak tengok Heliza Helmi atau nak tengok budak Tom Tom Bak atau nak te...

Hospital: filem seram terbaru dari MIG

Image
MIG tampil dengan sebuah filem baru berkisar tentang sebuah Hospital. Filem ini mengisahkan gadis kampung bernama Amira telah berhijrah ke bandar untuk mencari kerja. Dia kemudian memulakan kerja sebagai jururawat di sebuah hospital. Ketika dia bekerja, dia mula dihantui oleh bisikan daripada seorang wanita misteri.' Hospital diarahkan oleh Mohd Azaromi Ghozali dan dibarisi pelakon Fatin Afeefa, Shima Anuar, Nina Iskandar, Fizz Fairuz. Filem ini akan menjengah pawagam 13 April 2017.

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY