Ulasan filem FRANKENWEENIE arahan Tim Burton (Walt Disney Studios)
Anda mungkin terfikir Edward Sciccorhands sebagai cinta sebenar pengarah Tim Burton. Di laman web Rotten Tomatoes pula Pee-wee's Big Adventure dan Ed Wood dianggap sebagai filem terbaik arahannya. Dengan filem-filem seperti Sweeney Todd: The Demon Barber of Fleet Street, Batman, Planet of the Apes dan Big Fish dalam senarai koleksi peminat-peminatnya (yang baru-baru ini dikumpulkan dalam bentuk DVD boxset) kita tertanya-tanya apakah filem yang belum pernah dan akan dihasilkan oleh Burton selepas ini. Filem terbarunya pula, Frankenweenie, sebuah animasi stop motion dengan gaya The Nightmare Before Christmas dan Corpse Bride sebenarnya membawa Burton kembali semula kepada akar filem Frankenstein yang menjadi pengaruh besar ini dan juga sebuah filem dengan nama yang sama, Frankenweenie yang merupakan filem pendek arahan Burton pada tahun 1984 yang kini diberi kemaskini dari segi visual dan kepanjangannya sepanjang 87 minit, dan menjadi menjadi filem animasi stop motion pertama yang ...