Posts

Showing posts from December, 2018

RNR Gambang Kini Lengang Diboikot Pemandu Bas, Pok Teh Luah Kekecewaan

Image
Ekoran kes seorang pemandu bas Sani Ekspres yang dibelasah 10 lelaki kerana nasi lemak seringgit, para peniaga lain di RNR Gambang mula terkesan apabila perniagaan mereka lengang tanpa pelanggan akibat diboikoti. Berikut ialah surat luahan peniaga yang menyatakan rasa sedih mereka: "Jangan boikot RNR Gambang... Kami harap pengarah Sani Ekspres tarik balik arahan kepada semua pemandu bas kamu. Kes individu jangan sampai kedai lain tak laku. Sebagai pengarah yang berjaya dan profesional, kena selesai cara baik dan bukan memboikot sehinggakan terjejas periuk nasi orang lain. Kena fikir juga penumpang kamu yang nak makan dah buang air di situ. PDRM dah ambil tindakan, anggap saja isu ini selesai. Pok Teh berhenti tadi kat RNR Gambang tak nampak sebuah bas pun. Lori je ada. Jangan jatuhkan bisnes orang Sani Ekspres kerana kamu juga bisnes. Hati-hati dengan kurma." Pok Teh mengidam lauk masak kurma itu Pok Teh punya pasal ok!

OLGA KURYLENKO, DARI GADIS BOND KE WANITA MUSLIMAH

Image
Dari penampilan seksi, Olga Kurylenko berubah secara total sebagai wanita muslim di dalam filem The Water Diviner arahan debut Russell Crowe. Filem period drama ini ditulis berdasarkan peristiwa Pertempuran Gallipoli yang berlaku di Turki ketika Perang Dunia yang pertama antara 1915 dan 1916. Ia mengisahkan tentang Joshua Connor (lakonan Russell Crowe), seorang lelaki Australia yang menjelajah ke Turki untuk mencari kembali ketiga-tiga orang anak lelakinya yang hilang dalam pertempuran tersebut. Di dalam filem ini, Olga membawakan watak Ayshe, seorang pemilik hotel di Turki di mana dia ialah seorang wanita yang kehilangan suami. Dia kemudian ditemukan dengan Joshua yang menginap di hotelnya ketika dalam pencarian. Filem terbitan RatPac Entertainment ini pernah diedarkan oleh GSCMOVIES pada tahun 2015.

Ustaz Don mahu saman malu Linda Rafar kerana didakwa fitnah jururawat

Image
NAMPAKNYA episod pertelingkahan antara Linda Rafar dan para jururawat membuka lembaran baharu apabila Ustaz Don Daniyal mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap selebriti wanita berkenaan. Menerusi sebuah posting yang dimuat naik oleh Ustaz Don pada petang Sabtu, pihaknya telah melancarkan kutipan derma untuk menegakkan keadilan bagi jururawat yang terlibat agar insiden seperti itu tidak berulang pada masa akan datang. Ustaz selebriti mendakwa anggota kumpulan Elite itu telah memfitnah jururawat tanpa sebarang bukti kukuh. "Kami telahpun berhubung dengan mangsa fitnah dan bersetuju untuk membantu beliau membersihkan namanya." Wait seminit! Apa kena mengena Ustaz Don dalam ini gambar la???? Delegation of Nurses (DON) ok! Bukan Ustaz Don. Maaf di atas kesilapan editor dan iPhone auto correct.

Ulasan filem BUMBLEBEE dari anak autism ini pasti menyentuh hati anda...

Image
Lepak balik tengok filem Bumblebee . Waktu drive kereta, aku tanya anak anak, apa perkara baik yang mereka berlima dapat dari filem ini? Adik K umur 10 tahun: “Jangan bergaduh dengan ibu, ibu sayang kita walaupun dia marah, Bumble dalam cerita ini pun cantik, pandai orang tu lukis guna komputer” Kakak N umur 12 tahun: “ Sayangilah ayah sewaktu ayah masih hidup” (lepas tu senyap dan peluk aku) Abang A umur 13 tahun: “ Jangan berputus asa, walaupun kereta itu susah nak diperbaiki, tapi jika rajin akhirnya dapat juga baiki kereta” (di jawab sambil bermain game di Smartphone) Abang H, umur 15 tahun, datang dekat telinga dan berkata: “ Kita kena terima takdir jika ayah mati, dalam filem ini, kisah perempuan tak boleh terima takdir, salahkan mak dia yang kahwin lain dan lupakan ayah, lalu bila Bumble bee datang, rasa seronok sebab ada penjaga yang baru, namun bila lihat Bumble bee menderita dalam melindunginya, maka perempuan itu lepaskan Bumblebee pergi mencari Optimus Prime, dan g

DON'T STOP BELIEVIN'! BIOPIK KUMPULAN JOURNEY DARI PENGARAH CRAZY RICH ASIANS BAKAL DIHASILKAN!

Image
Selepas filem Crazy Rich Asians, pengarah Jon M Chu akan terus meneroka subjek orang Asia, kali ini menerusi sebuah filem biopik muzikal yang mengenengahkan Arnel Pineda , penyanyi yang berasal dari Filipina yang dikenali di peringkat internasional selepas dipilih sebagai vokalis band rock Journey yang kelima menggantikan tempat Steve Augeri. Filem ini akan diterbitkan oleh Warner Bros. Pictures yang sebelum ini telah membeli hak penyiaran filem dokumentari "Don’t Stop Believin’: Everyman’s Journey" yang mendokumentasikan kisah Cinderella bagaimana Arnel daripada penyanyi yang tidak dikenali hingga meniti puncak sebagai vokalis band rock yang popular dengan lagu "Don't Stop Believin'" itu. Ketika ini, pihak Warner Bros. sedang dalam proses mendapatkan hak penggunaan lagu-lagu Journey dari gitaris Neal Schon dan bekas vokalisnya, Steve Perry.

Himpunan Bantah ICERD Cipta Sejarah Demonstrasi Mendesak Kerajaan Untuk Batalkan Perkara Yang Telah Batal

Image
Kita Mencipta Sejarah 1- Belum pernah ada lagi demonstrasi yg mndesak kerajaan untuk membatalkan sesuatu perkara yg telah dibatalkan. 2- Belum pernah terjadi dalam sejarah ‘orang beragama’ menyokong dan bersama ‘para perompak, para perasuah, para pengkhianat amanah bangsa bersatu untuk kononnya menyelamatkn bangsa. 3- Belum pernah terjadi dalam sejarah, kerajaan begitu baik membenarkn demonstrasi yg mengecam kerajaan sendiri. Ayuh saudara2 yg bragama, yg mempunyai pendidikan agama, yg berketurunan alim ulama... kita turun 08 Dis ini. Kita bg tau pada anak cucu kita, kita tak peduli akan maruah kita yg tercalar, intergriti kita yg trguris... yg penting kita cipta sejarah bersama para perompak, para perasuah, para pengkhianat yg pernah kita tentang dulu.... Demi menyelamatkn baju, hotel dan bas yg telah ditempah. TURUN JANGAN TAK TURUN.. *Org gila semua turun*😁 Teks oleh Abot Zazul

Kecoh! Nasi Goreng Cina di Q Bistro Tesco Mutiara Damansara Harga Mahal Tak Sepadan Hidangan

Image
DUA PULUH HENGGET UNTUK NASI GORENG CINA BODO MACAM NI! GILA APA! Selalu juga makan kat Q Bistro tapi tak pernah pulak ada harga yang meninggal macam ni. Tak dinafikan harga dia memang mahal sedikit berbanding restoran mamak yang lain. Tapi tak adalah semahal ini nasi gorengnya. Buat pengetahuan pembaca,  nasi goreng cina ialah salah satu masakan Malaysia yang terkenal dan mudah didapati di warung-warung dan restoran Melayu dan Cina yang menjual secara à la carte. Nasi goreng cina adalah salah satu jenis variasi atau kepelbagaian menu nasi goreng yang boleh didapati di Malaysia. Mari kita baca komen berhubung nasi goreng mahal ini: - Mungkin export dari China, tu yang mahal sikit. Sabar jelah. Kalau rasa rugi makan je sekali dengan pinggan dan sudu tu. - Tukang masak pergi China kot beli nasi goreng cina bawa balik Malaysia. - Dah makan kat kedai mahal, mahallah harganya, bang. Cuba makan kat warung, dah tentu dalam RM4 je nasik goreng cina tu, bang. Huhuhu - Ni melampau sangat. A

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY