Drama bersiri sejarah Sarawak lakonan Beto Kusyairy ini jauh lebih baik daripada filem Mat Kilau: WARKAH TERAKHIR

Ramai yang tak tahu, ada drama bersiri sejarah yang jauh lebih baik. WARKAH TERAKHIR. Siri ni ditayangkan di Astro Citra tahun 2009. Dialog mantap! Skrip mantap! Lakonan mantap dari Beto Kusyairy. Inilah kali pertama lihat abang Beto di kaca TV.

Diinspirasikan dari kisah perjuangan Rosli Dhobi di bumi Sarawak. Tak semua pelakon orang Sarawak, tapi mereka boleh cakap Sarawak dengan sangat clean. Sampai rasa jatuh cinta dengan bahasa Sarawak, termasuk Beto Kusyairy, mati-mati ingat dia orang Sarawak.


Serba sedikit, siri ini berlatar belakangkan masyarakat negeri Sarawak tahun 1940'an, di era Jepun diusir, British datang kembali untuk jajah kembali Sarawak selepas Charles Vyner Brooke jual Sarawak dengan harga hanya 1 juta Pound Sterling sahaja. Rosli Dhobi yang dilakonkan oleh Beto Kusyairy merupakan pemuda yang diajak untuk sertai Anggota Rukun 13, untuk sabotaj kerajaan British. British menjatuhkan hukuman gantung kepada Rosli Dhobi setelah dia membunuh Sir Duncan George Stewart. Umurnya baru 18 Tahun, namun British memanipulasi dokumen kelahiran Rosli yang menyebabkan dia tidak dikategorikan sebagai pesalah juvana. 

So far, siri ni antara yang terbaik dalam mengetengahkan sejarah perjuangan di Tanah Melayu.

Teks oleh Azaim Hasidi, dari group Movie Addict MY. Hantaran asal: https://www.facebook.com/groups/movieaddictmy/permalink/979201616080667/

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Ulasan Episod Akhir Drama Bersiri Keluarga Itu

AJL40: SENARAI PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-40, K.O.I. Dinobatkan Juara Dengan Lagu Tiwikarma

Drama Bersiri: MAIN API lakonan Luna Maya (WeTV Original) dalam Lensa Budaya dan Adab Nusantara

Ulasan filem A WORKING MAN lakonan Jason Statham

Ulasan filem Fantastic Beasts and Where to Find Them oleh Janna Nick