Posts

Showing posts with the label drama

Ulasan filem Billy Lynn’s Long Halftime Walk oleh Janna Nick

Image
Ada rupa. Ada gaya. Tapi banyak sangat cakap, ai uolls. Filem ni arahan Ang Lee. Dari awal dah nampak lain macam. Tajuk pun dah panjang berjela — ingatkan cerita halftime bola, rupanya cerita askar balik dari perang, terus kena buat "victory tour" satu negara. Tapi hati dia? Remuk. Trauma perang masih melekat. Ai bukan nak kecam. Tapi filem ni memang banyak sangat dialog. Duduk, sembang. Jalan sikit, sembang. Flashback, sembang. Lepas tu ulang. Bukan tak faham dia nak sampaikan apa — "bukan senang jadi askar" , "bila dah trauma, susah nak balik ke realiti" — tapi bila semua benda kena explain dengan mulut, penonton pun letih nak rasa. Nasib baik Joe Alwyn tu ensem. Tenang je muka dia, tapi mata dia penuh luka batin. Kristen Stewart pun ada — dengan parut kat pipi, bawa watak kakak yang rasa tanggungjawab nak selamatkan adik dia dari dunia yang dah rosakkan jiwa. Visual cantik. Tone filem ni macam mimpi yang sunyi. Tapi sayangnya, momen...

Gadis Masa: Drama Terbaharu Viu Original Lakonan Mira Filzah dan Tracie Sinidol

Image
Nantikan kemunculan drama Viu Original terbaharu, Gadis Masa, yang bakal menemui penonton pada November 2024. Drama ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Mira Filzah, Tracie Sinidol, Syafiq Kyle, Bella Dowanna, dan ramai lagi, di bawah arahan Yussuf Yunus dan terbitan Cinemalaya Studios. Gadis Masa mengisahkan Maya dan Khairi yang bertemu dan jatuh cinta semasa mereka masih muda. Namun, setelah beberapa tahun melayari bahtera perkahwinan, hubungan mereka mula goyah. Sebuah perbalahan yang tidak diduga membawa kepada kemalangan kereta tragis yang meragut nyawa Khairi. Dalam keperitan kehilangan suami tercinta, Maya terjumpa sebuah payung lama yang mempunyai kebolehan luar biasa—ia boleh membawanya kembali ke masa lalu, ke saat dia dan Khairi mula berkenalan. Dengan keajaiban ini, Maya bertekad untuk mengubah takdir mereka, percaya bahawa cara terbaik untuk menyelamatkan Khairi adalah jika mereka tidak pernah bersama. Namun, usaha untuk melawan takdir bukanlah mudah. ...

Emily in Paris Musim Keempat Kembali dengan Konflik Cinta dan Rahsia Besar

Musim 4 siri popular "Emily in Paris" akan memulakan tayangan perdana pada hari ini, 15 Ogos 2024 di Netflix. Musim terbaru ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama sebanyak lima episod ditayangkan mulai 15 Ogos 2024 manakala bahagian kedua juga sebanyak lima episod akam ditayangkan mulai 12 September 2024. Ia menyambung episod akhir Musim 3 yang menyaksikan perpisahan Emily dan Alfie serta perkahwinan Camille dan Gabriel yang gagal. Dalam Musim 4, Emily Cooper menghadapi konflik perasaan antara dua lelaki, dengan Gabriel yang bakal menjadi bapa bersama bekas kekasihnya. Selain itu, Sylvie berdepan dengan dilema lama untuk menyelamatkan perkahwinannya, sementara pasukan Agence Grateau menghadapi perubahan dalam struktur kerja. Mindy dan kumpulannya menghadapi cabaran kewangan menjelang Eurovision, dan Emily serta Gabriel harus berdepan dengan dua rahsia besar yang mengancam impian mereka. Para pelakon yang kembali dalam musim ini termasuklah Lily Collins seb...

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY