Posts

Showing posts with the label Filem Malaysia

Penantian Bakal Berakhir: Syamsul Yusof Selesai Suntingan 'OG' & 'Khawarij' Hujung Tahun Ini

Image
KUALA LUMPUR – Selepas hampir empat tahun tertangguh, dua filem terbaharu arahan pengarah sensasi Syamsul Yusof iaitu The Original Gangster (OG) dan Khawarij dijangka siap sepenuhnya menjelang penghujung tahun ini. Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh bapanya, Datuk Yusof Haslam, 72, yang mendedahkan bahawa kedua-dua naskhah tersebut kini hanya berbaki proses suntingan akhir sebelum dijadualkan menemui penonton di pawagam sekitar tahun depan. Janji Syamsul Pada Hari Raya Menurut Yusof, kelewatan penghasilan filem-filem berkenaan – terutamanya filem aksi OG – tidak menolak kemungkinan berpunca daripada masalah peribadi yang dilalui oleh Syamsul sebelum ini. Bagaimanapun, pertemuan dua beranak itu pada Aidilfitri lalu memberi sinar baharu buat industri perfileman tempatan. "Filem Syamsul ini sudah masuk empat tahun terutama OG. Saya jumpa dia pada hari raya lalu, dia balik ke rumah dan beritahu ‘insya-Allah pa, saya akan selesaikan’," kata Yusof. Sebagai...

Tayangan Semula Konspirasi Di Pawagam Bakal Memberikan ‘Nafas Kedua’ Kepada Filem Sensasi Malaysia

Image
KUALA LUMPUR, 18 September 2026 – Filem Konspirasi berpeluang menemui semula penonton menerusi tayangan semula di pawagam selepas penamatannya pada 28 Mei lalu, hanya seminggu selepas tayangan pertama. Perkembangan itu dikongsikan oleh Elepfilm Entertainment Sdn. Bhd. menerusi sesi tayangan edisi khas sempena sambutan Hari Malaysia yang berlangsung di TGV Pavilion Kuala Lumpur, kelmarin. Penerbit Eksekutif Elepfilm Entertainment, Jack Yeoh, berkata pihaknya telah menetapkan sasaran tarikh tayangan semula dan dijangka mengumumkannya secara rasmi dalam masa terdekat, tertakluk kepada kelulusan serta sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). “Ini merupakan edisi khas yang tertakluk kepada pekeliling FINAS. Sasaran tarikh tayangan semula telah ditetapkan, namun sokongan rasmi daripada FINAS masih diperlukan untuk merealisasikannya. “Penonton dan peminat telah meminta supaya Konspirasi ditayangkan semula. Kami berharap kerjasama pelbagai pihak, khususnya FINA...

Sentuhan Wira: Kilas Balik Kegemilangan Thomas 1992 di Layar Perak

Image
2 Julai 2025 -  Bagi peminat sukan tanah air, nama-nama besar seperti Datuk Rashid Sidek dan Datuk Cheah Soon Kit bukan lagi asing. Mereka adalah nadi kepada detik paling menyayat hati sekaligus membanggakan dalam sejarah sukan Malaysia — menjulang Piala Thomas pada tahun 1992 di Stadium Negara. Kini, memori emas itu bakal diabadikan menerusi sebuah naskhah epik sukan aksi berjudul "Sentuhan Wira" , sebuah projek filem terbaharu daripada syarikat penerbitan Victory Pictures yang dirasmikan menerusi majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di Grand Hyatt Kuala Lumpur. Majlis berprestij ini turut disaksikan oleh wakil rasmi FINAS, YB Dato' Gerald Hans Isaac, bersama kehadiran beberapa bekas wira skuad 1992 yang menyemarakkan lagi nostalgia malam bersejarah tersebut. Naskhah Ikhlas daripada Legenda Keistimewaan "Sentuhan Wira" terletak pada penglibatan langsung Datuk Rashid Sidek dan Datuk Cheah Soon Kit sebagai penasihat filem. M...

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY