Posts

Showing posts with the label biografi

Filem THE FOUNDER: Pengaruh Ray Kroc dalam Transformasi McDonald’s

Image
Filem biografi “The Founder” (2016) yang diarahkan oleh John Lee Hancock dan dibintangi oleh Michael Keaton, menceritakan kisah Ray Kroc, pengusaha yang mengubah McDonald’s dari sebuah kedai burger tepi jalan menjadi jenama global. Walaupun tindakan Kroc dalam mengambil alih McDonald’s dilihat kejam dari sudut moral kemanusiaan, ia dianggap sebagai langkah yang tepat dalam dunia perniagaan yang memerlukan ketegasan dan keberanian. Menurut ulasan, filem ini menonjolkan kegigihan dan keberanian Kroc dalam menghadapi cabaran, walaupun terdapat kontroversi mengenai royalti sebanyak 100 juta dolar yang tidak dibayar kepada pemilik asal McDonald’s. Adegan yang menunjukkan Kroc menawarkan jabat tangan sebagai simbol perjanjian telah mencetuskan pelbagai reaksi, termasuk rasa simpati terhadap saudara McDonald yang akhirnya kehilangan hak milik mereka. Wawancara dengan cucu McDonald’s menunjukkan bahawa keluarga tersebut tidak menyimpan dendam terhadap Kroc, meskipun kehilangan yang...

Ulasan filem: LORDS OF CHAOS

Image
Berdasarkan trailer ramai fan2 Black Metal kutuk habis persendakan filem ini ( Termasuk la saya...hehehe ) tapi setelah menanti selama beberapa bulan akhirnya berpeluang jugak melihat hasilnya lewat malam tadi. So, my review will be fair to the film & also, to the director. Because, kena ingat, it is based on the book! 1st of all, seperti pengetahuan umum, misteri disebalik pembunuhan gitaris & co-founder Mayhem, Euronymous masih lagi diselubungi misteri & tiada bukti yg betul2 kukuh walaopon pembunuhnya, Varg Vikernes (Burzum) telah selesai menjalani hukuman penjara. Both side's ada citer sendiri & masing2 mempertahankan diri. So no concrete evidence. off course, Varg akan kata dia buat begitu utk mempertahankan diri...but man, if u stab someone more than 10 time's that's make you looked evil, not defenseless! Jadi saya faham kalau Varg dlm versi filem digambarkan sebagai antagonist yg mempunyai pemikiran jahat, tiada sifat kasihan, kuat cemburu te...

Ulasan filem VICTORIA & ABDUL : penyatuan manusia tanpa sempadan agama

Image
Sebuah filem biopic ringkas tentang Queen Victoria & Abdul. Mengangkat tema cinta yang telah berubah menjadi persahabatan sejati di antara Queen Victoria dan Abdul Karim, seorang pencatat di penjara Agra yang dipilih untuk mempersembahkan mohor dari kerajaan India di England hanya disebabkan ketinggiannya. Secara peribadi filem ini bercorak biasa sahaja seperti filem-filem biopik yang lain, tetapi tidak meninggalkan apa-apa kesan kekaguman atau emosi yang mendalam. Sekadar kita sebagai penonton mengikuti perjalanan kisah mereka sahaja. Saya tidak mahu bersikap tidak adil untuk memberi pandangan terhadap jalan cerita di dalam filem ini kerana saya akui tidak arif mengenai kisah sebenar Queen Victoria dan Abdul Karim. Saya melihat filem ini banyak mengangkat sudut positif mengenai penyatuan manusia tanpa sempadan agama yang ditonjolkan di antara Abdul Karim yang beragama Islam tetapi tidak bersikap pembenci terhadap agama lain dan keterbukaan Queen Victoria untuk mempelajari Al-Qur...

Ulasan filem AMERICAN MADE lakonan Tom Cruise

Image
Sudah lama tak tengok wayang (terutama) filem-filem Tom Cruse yang bagi saya banyak statik dan lebih pop serta brand nama dia. Tetapi andaian saya silap 100% , Filem ini sangat baik dari segi acting, tempo dan storyline. Ia berdasarkan kisah benar Barry Seal, seorang juruterbang yang terjerumus dalam plot penghantaran dadah yang didalangi raja dadah Colombia, Pablo Escobar dan rakan kongsi, malah kerja kotornya juga berkait dengan pentabiran US atas dasar kerja sulit kerajaan. Sesuatu yang seronok kita lihat apabila Barry berurusan dengan kartel dadah, pegawai kerajaan, CIA, FBI, DEA dan kastam dalam menyeludup barang larangan. Inilah yang menariknya tentang filem berdasarkan kisah benar yang mana selepas menonton pasti akan ada persoalan yang ditinggalkan. Dan bila filem itu adalah kisah yang benar, maka kita akan dapat menggali tentangnya lebih dalam. Contohnya filem ini, American Made. Ahhh.. saya suka Tom Cruise, filem pun best yang membawa isu yang besar. Complete 9.99/10 Arah...

Last Days, filem berinspirasi dari hari-hari terakhir Kurt Cobain

Image
Filem Last Days arahan Gus Van Sant berkisarkan kemurungan dan mental breakdown yang di alami oleh seorang pemuzik rock lakonan Michael Pitt. Dan filem ini merakam keadaan dan perangai  beliau ketika itu sehingga beliau melepaskan nyawanya. Filem lo fi minimalis yang dikatakan menyamai kisah Kurt Cobain. Scene yang paling saya ingat ada satu long take tracking shot mamat ni main drum secara random selama beberapa minit. Masa The Last Days keluar dulu, aku suka banget sebab mati-mati la aku ingat ini kisah bio Nirvana (padahal dah terang tajuk dia kata "LAST DAYS", hehe). Sekali bila aku tengok, hehe.. macam tak berapa Nirvana aje. Rupa-rupanya ia teori Van Sant tentang apa yang Cobain buat masa dia hilang tak dapat dihubungi selama 4 hari sampailah orang jumpa mayat beliau. Huhu, sengal betul aku ni. Filem ini turut menampilkan Kim Gordon dari band Sonic Youth membawakan watak pengurus kepada Kurt Cobain.

Erin Brockovich, kisah benar ibu tunggal

Image
Erin Brockovich. Sebuah filem berkonsep Biografi (Biographical Films). Dikeluarkan pada tahun 2000. Mengisahkan seorang ibu Tunggal yang sebagai kerani undang undang disebuah Pejabat Legal. Beliau & bosnya Ed Masry telah berjaya menumbangkan sebuah syarikat memproses tenaga ; Pacific Gas & Electric, (PG&E) dengan saman berjumlah USD 333 juta. Syarikat ini telah mencampurkan bahan kimia terlarang untuk air yang mereka salurkan. Air ini telah memberi kesan buruk terhadap kesihatan penduduk setempat. Ada yang kena kanser , ketumbuhan & kematian apabila menggunakan air tersebut. Bukan satu kes, 600 kes! kesian okayy... Yang bestnya cerita ni saya rasa sebab Erin mewakili orang biasa, everyday people yang memperjuangkan soal kebenaran walaupun beliau bukan dari latar belakang undang undang. Maksudnya disini sesiapa sahaja, Awak & Saya juga boleh membawa perubahan! contoh mcm kita nak saman syarikat gergasi Airasia atau Astro! he he he... Tapi filem berunsur kis...

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY