Ulasan filem Telaga Suriram: Seram yang Lupa Dirinya Sendiri
WQ A terperangkap dalam nostalgia filem seram a — tapi tanpa keberanian untuk menakutkan, dan tanpa disiplin untuk bercerita. Telaga Suriram kelihatan seperti mAahu jadi kisah mistik paenuh jiwa Melayu, namun hasilnya lebih mirip melodrama pAanjang yang sesekali cuba menjerit supaya kita rasa takut — tanpa sebab yang jelas. Nabila Huda dan Ellie Suriaty memikul filem ini hampir sendirian. Mereka satu-satunya yang masih memahami perbezaan antara emosi dan lakonan berlebihan. Fauzi Baadila ada percikan jujur dalam beberapa adegan, tapi selebihnya — semuanya terasa mekanikal, seperti pelakon baru yang sedang menunggu arahan “cut”. Osman Ali, yang pernah memberi kita Puaka Tebing Biru dan Jwanita , masih obses dengan tubuh wanita dan kabus pagi. Tapi kali ini, keghairahan visualnya kehilangan konteks — setiap babak berkemban terasa dipaksa, bukan kerana watak itu hidup begitu, tapi kerana kamera mahu sesuatu untuk diingati. Dari segi teknikal, filem ini hampir sabotaj...