Posts

Showing posts from August, 2021

TAKZIAH: PENYANYI SITI SARAH RAISSUDDIN MENINGGAL DUNIA #COVID-19

Image
Mendapat perkhabaran duka sebentar tadi sekitar jam 5:13 pagi di mana penyanyi Siti Sarah Raissuddin telah meninggal dunia. Sedekahkan Al Fatihah kepada Allahyarham. Salam takziah buat seluruh ahli keluarganya. Allahyarham yang juga isteri pelawak popular, Shuib Sepahtu sebelum itu dilaporkan berada dalam keadaan yang agak tenat di mana paras bacaan oksigen menurun 40 peratus setelah bertarung nyawa akibat jangkitan COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM). Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar, jam 5 petang pada Jumaat lalu. Pada Jumaat lalu, paras oksigen jatuh sehingga 40 peratus, kemudiannya meningkat 77 peratus pada jam 2 pagi, namun menunjukkan perkembangan positif meningkat sehingga 85 peratus, semalam. Pada 27 Julai lalu, Siti Sarah mengesahkan dirinya dan keluarga positif COVID-19. Bagaimanapun, Shuib bersama anak-anak disahkan neg

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY