Posts

Showing posts from May, 2026

Filem Konspirasi: Ditamatkan Tayangan Selepas Seminggu, Raih Kutipan Lebih RM480 Ribu

Image
KUALA LUMPUR – Filem aksi thriller terbaharu arahan Ghaz Abu Bakar, Konspirasi , mengejutkan industri perfileman tanah air apabila ditamatkan tayangannya di pawagam seluruh negara serta-merta selepas hanya seminggu menemui penonton. Naskhah terbitan Elepfilm Entertainment ini mengisahkan tentang sebuah pasukan elit yang ditugaskan untuk merampas pelayan (server) rahsia yang mengandungi senarai ahli politik rasuah serta transaksi kewangan luar pesisir. Misi tersebut bertukar menjadi perangkap berbahaya apabila maklumat bocor ke media dan dark web, sekaligus mencetuskan krisis politik negara serta menyorot perjuangan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Rentetan peristiwa kontroversi naskhah terbitan Elepfilm Entertainment ini bermula dengan fasa promosi menerusi pelancaran teaser trailer pada 7 April, disusuli trailer rasmi pada 1 Mei, dan poster rasmi pada 6 Mei. Selepas mengadakan tayangan perdana yang gilang-gemilang di Putrajaya pada 18 Mei, filem ini mu...

Jalil Hamid Meninggal Dunia

Image
Dunia seni tanah air berduka atas pemergian seniman versatil, Jalil Hamid yang dilaporkan menghembuskan nafas terakhir dalam tidur sekitar jam 12.30 tengah hari tadi. Berita sedih itu disahkan oleh anaknya, Afiqah. Menurut beliau, Allahyarham yang mempunyai sejarah masalah jantung ditemui tidak sedarkan diri ketika keluarga cuba mengejutkannya sebelum waktu Zohor. Jenazah akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam USJ 21 untuk urusan pengebumian selepas solat Asar petang ini. Sama-sama kita mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY