Posts

Showing posts with the label thriller

Ulasan filem SELAMAT HARI X JADI (2021) lakonan Janna Nick jika diulas oleh Janna Nick sendiri

Image
“Nak prank orang? Tengok dulu siapa yang bakal balas prank tu.” Ai baru lepas ulang balik filem Selamat Hari X Jadi kat Astro First saluran 480 — sebab nak throwback sikit waktu zaman prank tu tengah trending bagai dulu. Dan uolls, cerita ni bukan sekadar seram-seram biasa... ni cerita pasal karma. Kisah dia ikut Hani (ai la tu, haha) dan geng kolej dia — Aiden, Parpu, Boboi, Didi — semua ni memang geng buat content prank. Tapi bukan prank comel uolls. Prank yang boleh jatuhkan maruah orang, sampai satu hari Puteri , salah seorang mangsa, hampir bunuh diri . Bila tu terjadi, semua gelak tawa terus jadi senyap . Mula-mula memang ai tengok sambil gelak sikit-sikit sebab vibe dia macam drama kolej biasa. Tapi lepas tu... misteri datang ketuk pintu.  Ada sesuatu atau seseorang mula ganggu hidup Hani. Bukan sikit-sikit punya gangguan — ni gangguan berdendam. Dan masa birthday Hani yang ke-25 makin dekat, sorang demi sorang kena ‘visit’ dengan pembunuh misteri. Arahan...

ONE CENT THIEF: Ulasan Drama Bersiri Astro Originals

Image
One Cent Thief merupakan sebuah drama bersiri yang wajib ditonton oleh peminat naskhah berkualiti. Dengan hanya lapan episod, drama ini berjaya menampilkan jalan cerita yang padat, menarik, dan penuh emosi tanpa sebarang babak yang membosankan. Ia mengangkat tema kehidupan yang penuh desakan, memaparkan bagaimana seseorang boleh terdorong untuk melakukan tindakan yang di luar jangkaan. Persoalan moral yang diketengahkan – sama ada niat boleh menghalalkan cara – memberikan dimensi pemikiran yang mendalam kepada penonton. Lakonan Mantap Para Pelakon Utama Lakonan Syafiq Kyle selaku watak utama wajar diberikan pujian tinggi. Setiap emosi yang ditampilkan olehnya, sama ada perasaan cemas, sedih, atau kebingungan, berjaya disampaikan dengan berkesan sehingga mampu menyentuh hati penonton. Sofia Jane pula menyerlah melalui watak antagonis yang memberikan impak besar kepada jalan cerita, manakala Faizal Hussein sebagai Abah tampil dengan prestasi yang konsisten dan memukau sepe...

Ulasan Filem: Conclave (2024)

Image
Conclave ialah sebuah filem thriller misteri arahan Edward Berger dan skripnya ditulis oleh Peter Straughan, berdasarkan novel tahun 2016 karya Robert Harris. Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti Ralph Fiennes, Stanley Tucci, John Lithgow, Sergio Castellitto, dan Isabella Rossellini. Ceritanya berpusat pada Cardinal Thomas Lawrence (lakonan Ralph Fiennes) yang ditugaskan untuk mengatur konklaf bagi memilih paus baharu, tetapi dalam proses itu, dia terbabit dalam penyiasatan skandal dan rahsia di sebalik setiap calon. Filem ini berjaya menggabungkan drama konflik politik dan moral dengan sinematografi yang memukau. Jalan ceritanya kemas, dialog tersusun rapi, dan lakonan Ralph Fiennes serta Stanley Tucci sangat luar biasa — boleh dikatakan sebagai persembahan "masterful." Penonton dibawa menyelami acara paling rahsia dan kuno di dunia, iaitu pemilihan paus baharu di tengah-tengah kuasa dan rahsia gereja Katolik yang boleh menggoncang institusi tersebut. S...

Billy Tio Mengulas Filem Alien: Romulus

Image
Billy Tio mengulas filem Alien Romulus dengan nada kecewa, menganggapnya sebagai sebuah filem yang malas dan hampir tiada kreativiti. Menurutnya, filem ini sekadar gabungan semula ( remake/redo ) beberapa elemen dari Alien , Aliens , dan Alien Resurrection , tetapi gagal menghasilkan sesuatu yang menarik. Alien dalam filem ini digambarkan sebagai kurang cekap dan lemah berbanding manusia, sehingga hilang elemen ancaman dan ketakutan yang menjadi daya tarikan francais asal. Tambah Billy, filem ini tiada thrill kerana hanya meniru secara langsung bahagian-bahagian dari filem pertama, kedua, dan keempat, tanpa memperkenalkan idea baru. Dia turut mengkritik barisan pelakon muda yang menurutnya tiada karisma, serta watak robot yang tidak menyumbang apa-apa selain muka bodoh. Kemunculan "End User" dalam babak klimaks juga dirasakan lebih seperti watak sarkas dalam filem-filem Tim Burton, menyebabkan ia tampak lucu dan tidak menakutkan. Billy membandingkan Alien Romu...

Ulasan Filem Alien: Romulus - Pengalaman Sinematik Menyeramkan di Angkasa Lepas

Image
Filem Alien: Romulus yang telahpun menemui penonton sejak kelmarin membawa kita ke angkasa lepas, di mana sekumpulan remaja terlibat dalam satu ekspedisi yang penuh dengan cabaran dan ketegangan. Kisah ini berkisar tentang Tyler, Rain, Kay, Navvaro, Bjorn, dan satu manusia AI yang dijaga oleh Rain bernama Andy, yang mengetuai misi ini.  Mereka bergerak ke stesen angkasa yang terdampar, dikenali sebagai Romulus atau Rumus, dalam usaha mencari sesuatu yang berkaitan dengan misi asal mereka. Namun, apa yang mereka temui jauh lebih mengerikan daripada apa yang mereka jangkakan. Di stesen tersebut, mereka berhadapan dengan makhluk asing yang dikenali sebagai "facehugger". Makhluk ini membawa ancaman yang sangat dahsyat, dan apa yang menanti mereka selepas itu lebih menakutkan dan mendebarkan. Filem ini sememangnya hanya sesuai untuk tontonan dewasa sahaja, dengan unsur-unsur keganasan, darah yang banyak, dan adegan yang menjijikkan. Sebagai peminat karya pengarah Fede ...

Ulasan Filem Road House (Prime Video)

Image
Peminat filem aksi dan thriller di seluruh Malaysia telah diberikan sajian terbaru dengan tayangan filem ‘Road House’, arahan Doug Liman yang juga merupakan pengarah filem terkenal ‘The Bourne Identity’. Filem ini merupakan versi terbaharu daripada filem klasik tahun 1989 dengan judul yang sama. Dalam filem ini, kita dibawa ke dunia Elwood Delton lakonan Jack Gyllenhaal , seorang bekas pejuang UFC yang kini bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah kelab malam di Florida. Filem ini memulakan ceritanya dengan adegan pergaduhan yang menarik, di mana penyanyi terkenal Post Malone membuat penampilan khas, namun enggan berhadapan dengan Delton. Seiring dengan perjalanan cerita, penonton akan menyaksikan perkembangan karakter yang mendalam bagi setiap watak. Namun, graf filem ini mengalami sedikit penurunan apabila masuk ke pertengahan cerita, di mana terdapat terlalu banyak dialog yang menyebabkan alur cerita menjadi agak membosankan. Peminat sukan pertarungan mungkin kece...

Ulasan filem THE BEEKEEPER: Jason Statham Mendebik Budak Kripto

Image
Dah macam-macam kerja Jason Statham buat. Kali ini beliau menjadi penternak lebah dalam filem THE BEEKEEPER . Filem arahan David Ayer (Fury, Suicide Squad) ini akan datang ke pawagam 18 Januari Ini edaran Encore Films Malaysia dan Warner Bros. Pictures. Biasanya aku suka buat review sebaik sahaja habis tengok filem, masa tu masih bersemangat. Tapi filem ni aku dah tengok dua minggu lepas, tapi tak sempat nak buat review masa tu. Tapi takpe, aku tetap nak buat review hari ni sebab aku tak boleh lupakan filem ni. Aku rasa ini filem paling best untuk genre Vengeance Action Thriller, malah aku rasa filem paling best yang aku tengok dari tahun 2023 hingga awal 2024. Kalau nak bandingkan dengan filem-filem Vengeance yang lain yang best giler (ikut pendapat aku la), macam John Wick (filem pertama) dan The Equalizer (filem pertama), aku rasa filem The Beekeeper ni lagi power dan lagi mantap. Ini memang genre filem yang sesuai dengan Jason Statham, dia memang pandai berlakon macam orang gila. K...

Ulasan Filem: THE BLACK PHONE

Image
The Black Phone mengisahkan suatu pekan berlatar tahun 1978 di mana beberapa orang remaja lelaki telah hilang tanpa dapat dikesan sehinggakan polis tidak menemui sebarang pembayang kehilangan remaja-remaja ini kecuali dari seorang budak perempuan yang ada kelebihan istimewa. Budak perempuan yang bernama Gwen ini sering bermimpi tentang penculik bersiri ini yang menculik remaja-remaja ini, dan biasanya mimpi Gwen akan menjadi realiti, jadi kedua-dua anggota polis ini, Detective Wright dan Detective Miller kerap bertanya pada Gwen untuk menyiasat akan kehilangan mereka.  Tak lama kemudian abang kepada Gwen sendiri iaitu Finney telah menjadi sasaran penculik ini yang dikenali sebagai Grabber (lakonan Ethan Hawke). Identiti Grabber sangat misteri dengan memakai topeng (persis Nameless Ghoul dari band Ghost) dan sering meninggalkan belon hitam di temat kejadian penculikannya.  The Black Phone pada tajuk filem ini mewakili sebuah telefon berwarna hitam di tempat di mana ...

Ulasan filem: LORDS OF CHAOS

Image
Berdasarkan trailer ramai fan2 Black Metal kutuk habis persendakan filem ini ( Termasuk la saya...hehehe ) tapi setelah menanti selama beberapa bulan akhirnya berpeluang jugak melihat hasilnya lewat malam tadi. So, my review will be fair to the film & also, to the director. Because, kena ingat, it is based on the book! 1st of all, seperti pengetahuan umum, misteri disebalik pembunuhan gitaris & co-founder Mayhem, Euronymous masih lagi diselubungi misteri & tiada bukti yg betul2 kukuh walaopon pembunuhnya, Varg Vikernes (Burzum) telah selesai menjalani hukuman penjara. Both side's ada citer sendiri & masing2 mempertahankan diri. So no concrete evidence. off course, Varg akan kata dia buat begitu utk mempertahankan diri...but man, if u stab someone more than 10 time's that's make you looked evil, not defenseless! Jadi saya faham kalau Varg dlm versi filem digambarkan sebagai antagonist yg mempunyai pemikiran jahat, tiada sifat kasihan, kuat cemburu te...

Ulasan filem THE PREDATOR yang paling sedih!

Image
My Review for The Predator movie : Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya baru saja habis menonton filem The Predator yang baru.... Sedihhh...!!! Jalan cerita dia entah apa-apa,hampehhh, CG effects terokk, bad acting, terrible script, rubbish storyline, bsolutely no respect for the original..!! Siap boleh buat lawak lagi Predator. Hahaha!!! Rasanya "Predators" 2010 lagi best dari yang baru ni. Siapa yang dah tengok boleh bagi review sikit untuk "The Predator" ni. Markah: 4/10 Ulasan oleh Nasrul Iscariot (group Movie Addict)

Ulasan filem: Summer of ‘84.

Image
I love how this movie have a stranger things’ vibes, loving it. About a group of friends searching for a serial killer within their neighbourhood. A must watch though at the end of the movie distressing me out. 9/10 , a must watch. Ulasan oleh Tqah Jeff (Group Movie Addict)

Ulasan filem Murder on the Orient Express

Image
Bukan setakat pengkritik saja boleh menentukan untung rugi sesebuah filem tu, panggung wayang pun boleh memainkan peranannya jugak. Tak banyak panggung yang menayangkan filem ini tapi sy sanggup jugak pergi ke panggung yang agak jauh sebab saya memang suka filem-filem yang bergenre penyiasatan ni... Ternyata tak rugi, dan amat berbaloi sekali walaupun jauh...Sebelum masuk hall dah mula meneka siapalah pembunuhnya.  Bila dah tonton ternyata amat meleset skali tekaan saya. Harap tiada siapa yang spoilerkan filem ni. Psssttt, lebih bagus daripada Sherlock Holmes! 9/10 Ulasan oleh Eddy Jaegerjaquez (Movie Addict)

Ulasan filem HAPPY DEATH DAY oleh Billy Tio

Image
Selamat hari mati / happy death day A surprisingly good slasher film yg tak rugi utk hang beli tickets. Entertaining dengan kisah yg tak masuk akal. Genre ni umumnya no need logically passed punya storyline. A star is born here.  Jessica Rothe tour de force performance memang she is sebaik Sidney Prescott of Scream . Filem ni ada bayang Wes Craven , ada bayang The Purge punya topeng.  Tak rasa boring serta ada moments dia yg feels good. Biatch yg suka kongkek dgn pelbagai lelaki adalah plot utama filem ni. Walaupun tidak sebagus Scream part 1 and part 4, ianya tetap sangat menghiburkan. Budak sekolah pasti akan suka filem ni. Kek dia amat kecil,  tapi sedap. 7.5/10 utk happy death day.  Recommended. You watching happy death day?? Ulasan oleh Billy Tio , pengulas filem tetap group Facebook Movie Addict

Ulasan filem Janna Nick: The Purge Election Year dan Skiptrace

Image
Tengok camera Dik. Penat la amek gambaq dengan hang.. @irisrose2015 Benda paling penting nak tulis Boleh lupaOk #JNmoviereview Tadi ai buat movie marathon. So ai tengok The Purge Election Year dan Skiptrace . The purge ok... cuma setiap Kali Dia mencarut depa MUTE. Tapi cerita mat Saleh 40% mencarut. OLD FOLKS pun depa mute Kan..Ai paling suka watak JOE dalam the purge.. Ending Dia mcm ada cut sikit.. Tak tau kenapa.. Tapi best...  So #thePurge ai bg 4.5 . Untuk #skiptrace ai rasa cukup rasa !!!! Sedih,Lawak, semua ada...Dan daddy ai yang berlakon JACKIE CHAN. Ai x Kan terlepas satu pun cerita Dia.. P la Tengok. #skiptrace ai bg 5/5 . Mmg best ! Tak rugi... Ampunn lambat review.. Iris menganggu Tujuan sebenar ai post gambaq.

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY