Ulasan Filem Road House (Prime Video)

Peminat filem aksi dan thriller di seluruh Malaysia telah diberikan sajian terbaru dengan tayangan filem ‘Road House’, arahan Doug Liman yang juga merupakan pengarah filem terkenal ‘The Bourne Identity’. Filem ini merupakan versi terbaharu daripada filem klasik tahun 1989 dengan judul yang sama.

Dalam filem ini, kita dibawa ke dunia Elwood Delton lakonan Jack Gyllenhaal , seorang bekas pejuang UFC yang kini bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah kelab malam di Florida. Filem ini memulakan ceritanya dengan adegan pergaduhan yang menarik, di mana penyanyi terkenal Post Malone membuat penampilan khas, namun enggan berhadapan dengan Delton.


Seiring dengan perjalanan cerita, penonton akan menyaksikan perkembangan karakter yang mendalam bagi setiap watak. Namun, graf filem ini mengalami sedikit penurunan apabila masuk ke pertengahan cerita, di mana terdapat terlalu banyak dialog yang menyebabkan alur cerita menjadi agak membosankan.

Peminat sukan pertarungan mungkin kecewa kerana tiada adegan pertarungan di UFC yang sebenar, hanya sekadar kilas balik. Namun, kemunculan Conor McGregor yang memainkan wataknya sendiri menambahkan elemen keghairahan, walaupun ada yang merasa geram dengan sikap berlagaknya.

Salah satu adegan yang paling menarik perhatian adalah McGregor yang berjalan santai tanpa seurat benang pun di pasar malam, yang pastinya menjadi bualan hangat penonton. Adegan pertarungan terakhir yang menggunakan gaya MMA menjadi titik puncak yang memuaskan, namun ada rasa sesuatu yang kurang dalam keseluruhan filem ini.

Secara keseluruhan, ‘Road House’ mendapat penilaian 7.8 daripada 10 bintang. 

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

AJL40: SENARAI PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-40, K.O.I. Dinobatkan Juara Dengan Lagu Tiwikarma

Drama bersiri sejarah Sarawak lakonan Beto Kusyairy ini jauh lebih baik daripada filem Mat Kilau: WARKAH TERAKHIR

Ulasan Filem: Ada Apa Dengan Cinta? 2 (2016)

Ulasan Episod Akhir Drama Bersiri Keluarga Itu

Drama Bersiri: MAIN API lakonan Luna Maya (WeTV Original) dalam Lensa Budaya dan Adab Nusantara

Ulasan filem TRANSFORMERS: LAST KNIGHT oleh Billy Tio