3 Body Problem, Siri Sains Fiksyen Terbaru di Saluran Netflix

Peminat sains fiksyen di seluruh dunia telah terpaku pada skrin mereka selepas penayangan lapan episod siri televisyen Amerika, ‘3 Body Problem’. Walaupun masih belum jelas sama ada kesemua episod ini meliputi keseluruhan buku asal atau tidak, siri ini telah mendapat pujian meluas kerana gambaran subjek yang mendalam, mesej yang kuat, dan lakonan yang cemerlang.

Siri yang diadaptasi dari novel ‘The Three-Body Problem’ tulisan Liu Cixin ini, telah diterbitkan oleh David Benioff, D. B. Weiss dan Alexander Woo. Ia merupakan adaptasi aksi langsung kedua selepas siri televisyen Cina pada tahun 2023. ‘3 Body Problem’ mula tayang di Netflix sejak 21 Mac 2024.

Penonton telah dibawa dalam perjalanan yang penuh emosi dengan visual yang menakjubkan dalam 4K HDR, menceritakan kisah yang meluas hingga ke galaksi Bima Sakti, merangkumi tema-tema seperti makhluk luar angkasa, teknologi, permainan, fizik kuantum, sains, agama, persahabatan, dan cinta.


Siri ini telah mendapat penilaian sempurna dari penonton, dengan skor 10/10, dan disifatkan sebagai siri yang wajib ditonton. Pelakon-pelakon yang membintangi ‘3 Body Problem’ termasuklah Jovan Adepo, Liam Cunningham, Eiza González, Jess Hong, Benedict Wong, Marlo Kelly, Alex Sharp, Sea Shimooka, Rosalind Chao, Saamer Usmani, Jonathan Pryce, dan ramai lagi.

Menurut penonton, walaupun banyak plot dan watak yang menarik, inti cerita utama yang menjadi fokus adalah perjuangan manusia dalam menghadapi ancaman yang tidak diketahui, yang menguji batas-batas sains dan kemanusiaan.

Dengan sambutan hangat yang diterima, ‘3 Body Problem’ dijangka ia akan disambung untuk musim kedua.

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

"Bismillah... ": Hannah Delisha sudah bersedia untuk bertudung sepenuhnya

Peminat Kim Jae-hwan merusuh selepas konsert dibatalkan

Malaysia dalam Thunderbolts: Sekadar Bayangan di Layar Perak?

Alysha Newman Ceriakan Kemenangan dengan Tarian Twerk yang Viral di Olimpik Paris 2024

Hannah Delisha keracunan makanan di hari jadinya yang ke-25

Cadangan Tukar Nama UPM kepada Universiti Pertanian Malaysia Tidak Diperkenan Sultan Selangor