Jalil Hamid Meninggal Dunia

Dunia seni tanah air berduka atas pemergian seniman versatil, Jalil Hamid yang dilaporkan menghembuskan nafas terakhir dalam tidur sekitar jam 12.30 tengah hari tadi.

Berita sedih itu disahkan oleh anaknya, Afiqah. Menurut beliau, Allahyarham yang mempunyai sejarah masalah jantung ditemui tidak sedarkan diri ketika keluarga cuba mengejutkannya sebelum waktu Zohor.


Jenazah akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam USJ 21 untuk urusan pengebumian selepas solat Asar petang ini.

Sama-sama kita mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Bidaah Episode 16: Akhir Alternatif yang Mengejutkan

Ulasan Drama Bersiri VIU: Bidaah (Episod 1)

Penantian Bakal Berakhir: Syamsul Yusof Selesai Suntingan 'OG' & 'Khawarij' Hujung Tahun Ini

Tayangan Semula Konspirasi Di Pawagam Bakal Memberikan ‘Nafas Kedua’ Kepada Filem Sensasi Malaysia

Ingat lagi pelakon watak Suziana dalam filem Gila-Gila Remaja? Ini wajah terbaru beliau!

Ejen Ali Melangkah Ke Pentas Menerusi ‘Ejen Ali In Concert’