Ulasan Filem Exhuma (2024)

Filem terbaru yang bertajuk ‘Exhuma’ telah mencuri perhatian ramai dengan penceritaannya yang mendalam dan penggambaran yang memukau. Filem ini mengisahkan dua bomoh dari Korea Selatan dan seorang ahli Feng-Shui yang diundang ke Los Angeles untuk menyelesaikan masalah keluarga Korea yang kaya raya, yang anak kecilnya tidak berhenti menangis.

Setelah penyelidikan, mereka mendapati gangguan misterius yang menghantui keluarga tersebut. Awalnya disangka keluarga ini menyembunyikan rahsia gelap, namun penemuan mereka berempat ternyata lebih mengejutkan.

Penonton diberi amaran, filem ini bukanlah sekadar hiburan ringan. ‘Exhuma’ membawa tema horror, misteri, thriller, dan supernatural yang dikemas dengan naratif yang kuat, mampu membuat penonton terpaku di kerusi mereka.


Prestasi pelakon Kim-Go-Eun dan Lee Do-Hyun yang memainkan peranan bomoh, serta Choi Min-Sik dan Yoo Hai-Jin sebagai ahli Feng-Shui dan pembantunya, telah mendapat pujian kerana keaslian dan keserasian mereka di layar.

Pengarah terkenal seperti Joko Anwar dan Timo Tjahtanto turut memuji filem ini, dengan Timo mengungkapkan rasa ‘cemburu’ kerana tidak memiliki ‘kebebasan’ untuk mencipta karya sehebat ‘Exhuma’.

Dengan sinematografi yang menakjubkan dan skor muzik yang meremang, ‘Exhuma’ dijangka akan mendapat pencalonan di anugerah filem Amerika pada tahun hadapan. Namun, penonton diingatkan, filem ini mempunyai tempo yang perlahan dan mungkin tidak sesuai bagi mereka yang mencari ketegangan sepanjang masa.

10/10 markah untuk filem ini, dingalakkan penonton untuk menonton ‘Exhuma’ tanpa memberikan spoiler kepada orang lain.

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

KOMEN TRAILER JUSTICE LEAGUE YANG BARU (dengan penampilan SUPERMAN!)

“Ramai Cuba Mendekati, Maaf Saya Belum Sedia,” – Sophia Albarakbah

Ulasan filem JOHNNY ENGLISH STRIKES AGAIN: Mr. Bean versi bercakap yang terlalu memaksa untuk ketawa

Ulasan filem A WORKING MAN lakonan Jason Statham

“Safwan Ehh Afnan” Bakal PM11? Janji Tiada Tarif, Hidup Makmur Menanti?

Zalif Sidek Cerita Perjalanan Hidup Dalam Podcast – Dari Waiter Hingga Pelakon Utama