Posts

Showing posts with the label seram

Ulasan filem Dendam Malam Kelam: Bayang Tanpa Roh

Image
Dendam Malam Kelam cuba jadi filem seram berlapis emosi dan misteri, tapi akhirnya tenggelam dalam gaya yang lebih sibuk daripada isi. Danial Rifki nampaknya mahu mencipta sesuatu yang elegan dan menegangkan — tapi apa yang sampai ke layar hanyalah bayangan naskhah asalnya, The Body (Oriol Paulo, 2012), tanpa jiwa dan tanpa arah yang jelas. Filem ini bermula dengan janji yang cukup menjolok rasa — mayat hilang di bilik mayat, suami yang bersalah, dan bayangan isteri yang mungkin belum mati. Tapi setiap detik yang sepatutnya membina suspens terasa seperti latihan panjang menuju kekecewaan. Ritma filem ini kaku, terlalu bergantung pada dialog berat dan simbolisme yang tak pernah betul-betul matang. Arya Saloka cuba memberi kedalaman pada watak Jefri, namun naskhah yang longgar menjadikan emosinya seperti lakonan dalam kabus. Bront Palarae dan Marissa Anita pula terperangkap dalam ruang yang tak memberi mereka cukup untuk digali. Bahkan twist yang sepatutnya menjadi kemunca...

Filem Makar (2004): Retrospektif 20 Tahun Filem Seram Moden Malaysia

Image
Tahun ini menandakan ulang tahun ke-20 tayangan filem Makar  (2004), yang dikenang sebagai antara filem seram moden terawal di Malaysia. Walaupun filem ini mungkin tidak diingati ramai, ia tetap penting kerana diterbitkan ketika Lembaga Penapisan Filem (LPF) Malaysia masih ketat dalam mengawal kandungan filem, khususnya yang melibatkan unsur tahyul. Pada masa itu, kebanyakan filem tempatan tertumpu kepada genre komedi, aksi, dan romantik komedi. Namun, kejayaan filem Mistik yang berjaya lulus tapisan LPF dengan memperkenalkan plot twist di penghujung cerita demi memenuhi syarat LPF telah membuka jalan kepada filem-filem seram seperti Makar. Meskipun begitu, filem-filem pada era itu masih perlu berhati-hati dalam mengolah elemen seram dan tahyul untuk memastikan kelulusan pihak berkuasa. MAKAR juga mencipta sejarah sebagai filem seram tempatan pertama yang diedarkan oleh pengedar antarabangsa, Buena Vista Columbia Tri-Star Films Malaysia Sdn. Bhd. Poster filem ini mena...

Ulasan Filem Alien: Romulus - Pengalaman Sinematik Menyeramkan di Angkasa Lepas

Image
Filem Alien: Romulus yang telahpun menemui penonton sejak kelmarin membawa kita ke angkasa lepas, di mana sekumpulan remaja terlibat dalam satu ekspedisi yang penuh dengan cabaran dan ketegangan. Kisah ini berkisar tentang Tyler, Rain, Kay, Navvaro, Bjorn, dan satu manusia AI yang dijaga oleh Rain bernama Andy, yang mengetuai misi ini.  Mereka bergerak ke stesen angkasa yang terdampar, dikenali sebagai Romulus atau Rumus, dalam usaha mencari sesuatu yang berkaitan dengan misi asal mereka. Namun, apa yang mereka temui jauh lebih mengerikan daripada apa yang mereka jangkakan. Di stesen tersebut, mereka berhadapan dengan makhluk asing yang dikenali sebagai "facehugger". Makhluk ini membawa ancaman yang sangat dahsyat, dan apa yang menanti mereka selepas itu lebih menakutkan dan mendebarkan. Filem ini sememangnya hanya sesuai untuk tontonan dewasa sahaja, dengan unsur-unsur keganasan, darah yang banyak, dan adegan yang menjijikkan. Sebagai peminat karya pengarah Fede ...

Ulasan Filem The First Omen (edaran 20th Century Studios)

Image
“The First Omen” adalah sebuah filem seram yang berkembang perlahan dan sesuai dengan siri Omen sebelumnya, termasuk “The Omen 1976” dan “Omen Part III”. Lakonan Nell Tiger Free sangat memukau, setanding dengan Toni Collette dalam “Hereditary”. Jalan cerita yang dibina dalam kerangka filem Omen yang lalu tidak mengecewakan, dengan sedikit unsur kejutan dan kebanyakan situasi yang menimbulkan rasa cemas. Pembangunan watak Sister Margaret yang cuba membantu seorang gadis lain di gereja Katolik sangat menarik, menambah kedalaman pada naratif. Dengan latar belakang era 1970-an yang Gothic dan nilai produksi yang tinggi, filem ini berhasil mencipta suasana yang autentik. Ada pusingan cerita yang mengejutkan menjelang akhir filem, yang mungkin akan melekat di ingatan anda selepas meninggalkan pawagam. Saya memberikan “The First Omen” skor 7.5/10, sedikit di bawah “The Omen” asal tahun 1976 yang saya beri 8/10. Filem ini sangat disarankan untuk ditonton di pawagam. Namun, pastikan anda tidak ...

Filem Kiblat: Penerbit Tarik Balik Poster Dan Treler Atas Desakan Netizen, Dikatakan Eksploitasi Agama

Filem “Kiblat” yang merupakan projek terbaru pengarah Bobby Prasetyo, bekerjasama dengan Leo Pictures, telah menimbulkan kontroversi di media sosial selepas pelancaran poster dan treler promosinya pada Khamis, 21 Februari 2024. Filem seram yang dinantikan ramai ini mendapat kritikan kerana poster yang menampilkan seorang wanita dalam posisi rukuk yang tidak biasa, yang dianggap menyeleweng dari ajaran Islam. Kecaman netizen terhadap filem ini begitu hebat sehingga Ustaz Hilmi Firdausi turut menyuarakan kebimbangannya melalui media sosial, menggesa penghentian pembuatan filem seram yang tidak mendidik dan menakutkan orang ramai untuk solat. Beliau mengingatkan tentang insiden serupa yang berlaku pada filem-filem terdahulu seperti “Makmum” dan “Khanzab”. Gina S. Noer, pengarah filem “Dua Garis Biru”, juga menyatakan kritikannya terhadap trend filem seram di Indonesia yang sering mengeksploitasi agama sebagai alat plot yang murahan. Sementara itu, KH. Cholil Nafis, Ketua MUI Bidang Dakwah...

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY