Posts

Showing posts from 2021

RUMAH TOK WIE lakonan oleh Dato Awie, Roy Azman, Hazama, Sharwani, Vivienna Alfred, Putri Hanan

Image
Telefilem ni sedap juga tapi tak lari daripada watak nak kahwin. Rumah Produksi Merah mempersembahkan sebuah telemovie komedi, RUMAH TOK WIE. Arahan Ajiboy, lakonan oleh Dato Awie, Roy Azman, Hazama, Sharwani, Vivienna Alfred, Putri Hanan. Sebuah kisah komedi yg pasti menghiburkan dan mencuit hati setiap yg menonton. Mengisahkan bagaimana usaha penduduk kampung yang terdesak memerlukan duit akibat PKP merancang untuk merompak rumah Tok Wie yang dikatakan paling kaya di kampung tersebut. Tok Wie merupakan seorang penyanyi lejen di Malaysia dan memiliki beberapa harta benda yang dia sayangi. Tok Wie telah membina sebuah rumah agam di sebuah kampung dimana rumah itu menjadi tempat untuk dia menyimpan barang barang berharga miliknya. Namun, tanpa mereka sedari bukan senang untuk pecah masuk ke rumah Tok Wie. Setelah semua usaha gagal, akhirnya mereka menukar rancangan untuk menculik Tok Wie.  Mari kita tengok apa yang akan berlaku di Telemovie: Rumah Tok Wie, 29 Disember, jam 9:00 malam di

Herri Hamid bercerita perjalanan band Bittersweet dari tahun 2004 hingga 2021

Image
2004 semasa tubuhnya btswt Bittersweet Saya berumur 22 bekerja di pknp (kontrak) dan telah menjual beberapa kasut dan baju untuk membayar cost recording demo yg pertama.yg di recordkan di Trinity studio ipoh bersama zabil vocalist asal btswt. 2005 saya telah membuka studio muzik bernama hacienda music studio di taman mayang atas pinjaman wang ringgit dari ibu saya dengan harga rm60k. Dan kontraktor studio tu adalah arwah ayah saya sendiri, dan pijie telah menjadi penyanyi menggantikan zabil., Di sini la bermulanya perjalanan band bittersweet. 2006 keluarkan album pertama btswt dan telah buat tour satu Malaysia  2010 seorang yg asalnya pernah menjadi crew tour btswt Telah masuk menggantikan vocalist kedua pijie. 2011 keluarkan album ke 2 empires transition, merasmikan album tersebut di one world hotel dan di hadiri oleh amy search dan noh omar di atas pinjaman duit abang saya sendiri dengan cost puluhan ribu dan membuka label company bernama history records.  2013 btswt ke India u

BTS RELEASE “BUTTER” HOLIDAY REMIX

Image
3 DECEMBER 2021 - 21st century pop icons BTS dropped a brand new holiday remix of “Butter” today. The new remix is a carol pop genre track that underscores the trademark bright energy of the original version with an added touch of warmth and coziness reminiscent of a festive ambience, just in time for the holiday season. Earlier this year, BTS topped the Billboard Hot 100 for ten weeks with "Butter," a global mega-hit dubbed 2021’s song of the summer. The song also earned BTS “Artist of the Year” award at the 2021 American Music Awards. In addition, the septet received their second “Best Pop Duo/Group Performance” Grammy nomination with the track. BTS released the remix to express their gratitude for the enthusiastic support and love from their beloved fans, ARMY. The band recently reunited with their fans through ‘BTS PERMISSION TO DANCE ON STAGE - LA,’ their first offline concert since 2019, at LA’s SoFi Stadium on November 27, November 28, December 1, and December 2.

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 2021 (ABPBH 34)

Image
Kelmarin berlangsungnya Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) bertemakan #KITABERSAMA pada Sabtu, 13 November 2021, mulai jam 8.30 malam. ABPBH 34 yang dianjurkan dalam norma baharu, dibawakan oleh Xiaomi. Bersama kita harungi detik gemilang acara berprestij ABPBH 34. Berikut ialah senarai penuh pemenang ABPBH34: Pemenang Utama Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 34: Janna Nick Kategori Utama: Artis Baharu Lelaki Popular – Dinie Rashid Artis Baharu Wanita Popular – Dolla Pelakon Filem Lelaki Popular – Fattah Amin Pelakon Filem Wanita Popular – Janna Nick Pelakon TV Lelaki Popular – Ben Amir Pelakon TV Wanita Popular – Siti Saleha Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia– Haqiem Rusli Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia – Siti Nordiana Artis Kolaborasi / Duo Popular – Khai Bahar & Aina Abdul Artis Komedi Popular – Asif Suhaimi Artis Versatil Popular – Siti Nordiana Penyampai Radio Popular – Dj Lin

Hannah Delisha keracunan makanan di hari jadinya yang ke-25

Image
Arakian pada 27 Oktober 2021, pelakon Hannah Delisha telah meraikan hari ulang tahun kelahirannya. Sudah tentu pelbagai ucapan hari lahir diterima daripada kenalan dan juga para peminat. Namun, menerusi hantaran Di InstaStory Hannah Delisha, pelakon itu memaklumkan makan malam yang dirancang bersama suami tersayang, Imam Shah tidak berjalan dengan baik kerana dia mengalami keracunan makanan. Tak apalah Hannah, jaga kesihatan awak. Nanti bakal mendapat cahayamata. Kami tak sabar nak melihat anak awak yang comel ittew.  Hannah lahir pada 27 Oktober 1996 jadi umur Hannah genap 25 tahun. 

Mamat Khalid, pengarah filem Hantu Kak Limah meninggal dunia

Image
Innalillahiwainnalillahirojiun.  Al-Fatihah. Berita mengejut tentang peninggalan Allahyarham Mamat Khalid . Moga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.  Allahyarham meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Slim River. Antara pengarah filem tempatan yang sering letak elemen kritikan tersirat dalam filemnya. Dan arwah seorang yang humble dan sering beri tunjuk ajar, nasihat, teguran dan sokongan kepada para pembikin filem yang baru bermula.  Jasa beliau dalam bidang perfileman negara amat dihargai. Karya beliau amat disukai rakyat.  Al-Fatihah

Filem ANAK HALAL lakonan Fauzi Nawawi viral semula kerana aksi panas dengan Raja Farah, ini sinopsis detail filem ini...

Image
Anak Halal sebuah filem bercorak drama aksi arahan Osman Ali yang pernah menggegar pawagam seluruh Malaysia  pada 13 Disember 2007 lalu, kini meniti bibir peminat filem semula.  Sebelum Ombak Rindu, Osman Ali mengarah Anak Halal yang sarat aksi, drama, kasih sayang dan pengorbanan ini buat pertama kali menampilkan Maya Karin sebagai remaja lasak ala tomboi. Selain keserasian di antara pelakon, dialog yang digunakan turut memberi impak hebat bagi menggambarkan realiti kehidupan segelintir anak muda masa kini di Chow Kit.  Filem ini mengisahkan tentang Hisham, seorang penjenayah yang dalam keadaan tersepit telah menyerahkan bayi lelakinya kepada seorang perempuan gila bernama Mariam. Mariam yang hidup di jalanan telah membesarkan anak tersebut, Putra dalam serba kedaifan. Mereka tinggal di kawasan setinggan, berjiran dengan Bu Leha dan anak perempuannya, Johanna. Dalam diam, Johanna menyukai Putra tetapi perasaan itu terlindung di sebalik sifat kasarnya. Satu hari

SYAHADAH TERAKHIR lakonan Zahiril Adzim, Nina Iskandar, Harun Hashim. Pengajaran dari telefilem arahan Jinggo.

Image
Slot Cerekarama TV3 telah menayangkan telefilem Syahadah Terakhir.  Telefilem arahan Azman Haji Yahya ini menampilkan lakonan Zahiril Adzim, Nina Iskandar, Harun Hashim dan Erry Putra. Berdasarkan cerita asal oleh Hani Maryam, ia sebuah lagi terbitan  JS Pictures yang sebelum ini telah menerbitkan telefilem Aku Nazmi.  Syahadah Terakhir mengisahkan tentang Pak Yusuf yang menyayangi anak-anaknya Razlan dan Rafidah bagai menatang minyak yang penuh sehingga mereka berjaya. Konflik bermula selepas isterinya meninggal dunia. Pengajaran dari telefilem Syahadah Terakhir Percayalah tidak rugi untuk kita jaga mak dan ayah kita jika mereka dah kehilangan teman hidupnya. Anak-anaklah sebagai pengganti untuk mereka menumpang kasih. Insya Allah segala urusan dipermudahkan jika keikhlasan rasa dihati. Mak dan ayah sendiri atau mertua tak perlu kita bezakan, fahamilah hati mereka kerana mereka dah terbiasa dengan cara hidup mereka maka untuk mereka mengikut cara kita memang ag

12 Fakta Meletup NIEZAM ZAIDI (pelakon filem Budak Pailang)

Image
1. Nama penuh beliau ialah Mohd Niezam bin Mohd Zaidi. 2. Beliau lahir pada 26 Oktober 1992 dan berasal dari Ipoh, Perak dan dibesarkan di Kampung Seri Manjoi. 3. Merupakan anak kedua daripada empat beradik. 4. Bakat Niezam Zaidi dalam bidang lakonan dikesan oleh penerbit filem dan bos Metrowealth Pictures, David Teo. 5. Drama pertama lakonan Niezam ialah Diari Platun yang mula disiarkan di saluran Astro Prima pada 16 September 2012. 6. Filem pertama lakonannya pula ialah Budak Pailang, sebuah filem aksi arahan Hashim Rejab yang turut dibintangi oleh Aeril Zafrel dan Wawa Zainal terbitan Metrowealth pada tahun 2012. 7. Beliau meneruskan kerjaya lakonan dalam filem seperti Pada Suatu Cinta Dahulu, Dua Kalimah, 99 Kali Rindu , Adnan Sempit 3, Longkai, Highland Tower, Gudang Kubur, Mat Moto, Hantu Bungkus Ikat Tepi, Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa, Sangkar dan M4M4.  8. Di kaca TV, beliau banyak berlakon drama bersiri, antaranya: Bini-Bini Perkasa, Diandra, Dia Sua

SAYAP BAGIMU: Siti Nordiana dan Alif Satar kembali bergandingan

Image
Tidak boleh memilih kerja dalam situasi pandemik COVID-19, penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana kembali ke dunia lakonan iaitu drama bersiri Sayap Bagimu.  Dalam drama ini, Nana kembali ke pangkuan Alif Satar, hero yang pernah menaikkan namanya dalam dunia lakonan menerusi drama Dia Semanis Honey pada tahun 2016. Sayap Bagimu arahan Low Ngai Yuen menampilkan lakonan Alif Satar, Siti Nordiana, Eizlan Yusof, Vanidah Imran, Fazlina Ahmad Daud, Kasuma Satira, Mark Adam, Intan Ladyana, Izzue Islam, Azzam Sham, Aznie Azmi, dan Siti Shahiedatul Shahreena. Ia diterbitkan bersempena kempen Sayap Bagimu oleh AEON yang menyambut ulangtahunnya yang ke-37. Ianya satu inisiatif kelestarian dalam usaha menyambut seruan kerajaan menerapkan elemen kemasyarakatan serta membantu golongan yang memerlukan. Menerusi inisiatif Sayap Bagimu, bernaungkan komunikasi media, maka terhasillah rancangan AEON Raikan yang merupakan program bual bicara dan 'variety show' yang

Drama bersiri Cukup Derita itu bakal disambung untuk musim kedua, Jasmin Hamid muat naik hantaran di Instagram.

Image
Pelakon Jasmin Hamid menarik nafas lega sekaligus meluahkan rasa syukur apabila dapat kembali menjalani pengambaran drama bersiri popular, Cukup Derita itu. Jasmin Hamid yang memegang watak Mak Ngah Gayah telah memuat naik hantaran gambar di Instagram yang memaparkan dia bersama para pelakon drama tersebut. Cukup Derita Itu ialah sebuah siri drama televisyen arahan Along Kamaludin yang dibintangi oleh Jasmin, Hisyam Hamid, Ruhainies Farehah dan Chacha Maembong. Ia memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 bermula 6 Mei 2021 menggantikan Penjara Janji. Drama ini terpaksa ditangguhkan setelah 20 episod, akibat Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan di Malaysia yang menyebabkan sesi penggambaran drama ini terhenti. Namun begitu, baki 20 episod yang belum ditayangkan akan disiarkan sebagai musim kedua bagi drama ini. Pelbagai konflik dalam plot seterusnya yang akan disajikan kepada para penonton setia drama ini tidak lama lagi. “Selepas beberapa bulan

Filem MARIA MARIANA, Erra Fazira dan Ziana Zain jadi adik-beradik berlainan perwatakan

Image
Selepas filem Sembilu 2 terbitan Yusof Haslam mencatat sejarah industri perfileman tanah air sebagai filem box-office Melayu pertama mencapai kutipan sebanyak RM6.1 juta, Yusof Haslam meneruskan pendekatannya yang dengan mengambil penyanyi-penyanyi terkenal dalam filem yang ternyata telah berjaya menarik jumlah penonton yang ramai. Filem Maria Mariana yang menggandingkan Erra Fazira dan Ziana Zain sebagai adik-beradik telah meraih RM4.7 juta kutipan tiket dan filem sambungannya, Maria Mariana 2 turut berjaya mendapat pulangan sebanyak RM4.8 juta menjadikan Skop Productions sebagai studio filem laku keras tempatan.  Berbalik kepada Maria Mariana,  filem ini mengisahkan Maria dan Mariana, dua beradik namun berbeza perwatakan. Mariana seorang gadis liar manakala Maria seorang gadis yang baik dan cemerlang dalam pelajaran. Apabila menginjak dewasa, Maria berjaya menjadi seorang anggota polis, manakala Mariana masih bersikap liar. Bagaimanapun, kehadiran Jefri mengub

Filem SUCI DALAM DEBU lakonan Sidi Oraza dan Julia Rais, karya popular Iklim diangkat ke layar perak

Image
Filem 'Suci Dalam Debu' merupakan antara filem dengan penampilan kumpulan muzik tanah air selain filem Fenomena dan Isabella. Ia penampilan istimewa Saleem dan kumpulan Iklim dalam gandingan bersama Sidi Oraza, Julia Rais, Imuda, Khairil Anwar, Aziz Satar, Ruminah Sidek dan ramai lagi. Lagu 'Gerhana Cinta Luka' amat memberi kesan dalam filem ini selain lagu 'Suci Dalam Debu'. Inilah julung-julung kalinya filem yang memperlihatkan Saleem dan iklim di layar perak. Filem arahan Zulkifli M. Osman ini diterbitkan pada tahun 1992. Filem ini mengisahkan Roy, anak orang kaya yang ingin bebas dan bergaul dengan pemuzik di kelab malam. Anak perempuan Tengku Aziz, Rina pula ditunangkan dengan Tengku Johan. Tengku Aziz mengambil Tengku Johan sebagai pengarah eksekutif syarikatnya. Roy melihat Rina berselisih faham dengan Tengku Johan. Rina memerhatikannya dan dia sering ke kelab untuk mengenali Roy. Tengku Johan mendapat tahu tentang hubungan tunangn

Rita Rudaini Geram Rider Letak Makanan Atas Tempat Buang Sampah, Ini Reaksi Netizen

Image
Baru-baru dalam laporan Astro Gempak , pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa kesal dan geram terhadap segelintir penghantar makanan yang melakukan tugas sambil lewa di mana makanan yang dipesan hanya dihantar dengan cara meletakkan di tempat panas dan terdedah. "Makanan diletakkan atas tempat buang sampah pula tu," tulis Rita menerusi hantaran di Instagram Stories pada Ahad. Walaupun hantaran Instagram Rita tidak memukul rata semua penghantar makanan dan hanya merujuk segelintir sahaja, hantaran Rita bagaimana mendapat reaksi berbeza dari netizen yang telah biasa menggunakan aplikasi rider makanan dan melalui banyak pengalaman sejak pandemik Covid-19 tahun lalu.  Antara reaksi-reaksi netizen: "Tak pernah tengok live map kat app tu ke? Biasa aku, rider tu masuk je jalan simpang rumah, tunggu terus kat gate." - Zalia Hezlin "Dah tau buat order, bersedia la tunggu. Bukan makanan ko je dia nak hantar. Kang bell banyak kali, ko meroyan lain plak. #shameon

Apa yang tragedi tentang TRAGEDI OKTOBER?

Image
Sempena memasuki bulan Oktober, kita mengenang kembali filem TRAGEDI OKTOBER (1996) arahan Yusuf Kelana dan skrip oleh Yusof Haslam yang merupakan sekuel kepada filem SEMBILU 2. Ia juga mengambil tajuk dari lagu nyanyian pelakonnya, Awie dari album solonya. Plot TRAGEDI OKTOBER ****AWAS! BAKAL MENGANDUNGI SPOILER***: Perkahwinan Wati (Erra Fazira) dan Syamsul (Riezman Khuzaimi) telah menjangkau enam tahun dan mereka dikurnia seorang cahaya mata, Shamin. Awie (Awie), bekas kekasih Wati walaupun sudah enam tahun berlalu masih tercari-cari seorang gadis yang benar-benar dapat mengisi kekosongan hatinya. Namun kemunculan Farah (Amy Mastura), anak seorang hartawan ternyata memberi sinar baru dalam hidup Awie.  Sementara itu, kebahagiaan Wati dan suaminya Syamsul tidak kekal lama dimana suatu tragedi menimpa suaminya. Wati kemudian hidup menjanda bersama anaknya. Pertemuan yang tidak diduga antara Awie dan Wati di suatu majlis menimbulkan satu nostalgia diantara mereka. Kehadiran

WAKE ME UP WHEN SEPTEMBER ENDS: Yang Hadir Setahun Sekali Di Internet

Image
Video muzik yang bercerita dan diingati sepanjang zaman itu jarang tapi setiap kali hujung September dan nak masuk Oktober, internet akan mengingati Evan Rachel Wood dan Jamie Bell sebagai dua insan bercinta yang dipisahkan oleh perang dalam video muzik Green Day - Wake Me Up When September Ends yang dipetik dari album American Idiot (2004). Yang membuatnya diingati ialah kerana pengarah video muziknya, Samuel Bayer yang mahu menjadikan Wake Me Up sebagai filem mini.  Sejak dimuatnaik di saluran YouTube rasmi Green Day 12 tahun lalu, Wake Me Up When September Ends telah ditonton sebanyak 185 juta kali tontonan. Nama Samuel Bayer mungkin kurang dikenali berbanding nama-nama pengarah video muzik lain yang kemudian menjadi pengarah filem terkenal seperti Michael Bay dan David Fincher, tapi Bayer ada sebuah kerja yang paling ikonik sepanjang zaman: video muzik Nirvana - Smells Like Teen Spirit. Bayer juga pernah mengarah sebuah feature film iaitu reboot A Nightmare

Eminem Kini Pengusaha Restoran Mom's Spaghetti

Image
  Ingatkan main-main, rupa-rupanya betul Eminem buka restoran Mom's Spaghetti yang dipadankan dari lirik lagu hitnya, Lose Yourself. Restoran yang terletak di kampung halamannya di Woodward, Detroit selain menyediakan spaghetti dengan variasi bebola daging dan vegan, turut menyediakan sandwich dan minuman ringan.  Restoran ini dibuka hari ini dengan Eminem sendiri menyediakan pesanan para pelanggan yang kebanyakannya ialah peminat-peminatya yang tidak melepaskan peluang untuk berswafoto dan meminta tandatangan bintang hip hop itu.  Kredit foto: Joe Maroon

King Coco Kini Janda

Image
King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail mengesahkan di Instagram bahawa beliau sudah pun bercerai dengan suaminya, Azrin Anas Abdul Shukor. King Coco enggan berkongsi lanjut tarikh perceraian mereka. Ini sekaligus menjadikan dirinya seorang janda. Muda-muda lagi dah jadi janda.  "Saya dah lama dah, no longer married. Saya pun dah lama habis edah, sekarang menjalani kehidupan sendiri tanpa teman lelaki atau suami,” katanya dalam pelat Melayu rojak mat saleh. King Coco sebenarnya tak mahu berkongsi tentang hal peribadi kepada umum tetapi terpaksa berbuat demikian untuk menghentikan sebarang spekulasi liar. King Coco dan Azrin Anas bernikah pada 1 Januari 2017 dan dikurniakan dua anak bernama Putra Kyle Mateen dan Putra Muhammad Haqeem. Menurut laporan Kosmo Online, selain terkenal dengan gaya percakapan ala mat salih, King Coco mencetuskan kontroversi apabila dia dituduh sebagai perampas suami orang. Rujuk pautan di sini . Rata-rata netizen merasa men

Iqbal Campak Duit Juta-juta Depan Wartawan, Netizen Rasa Seperti Serangga Melihatnya...

Image
Punyalah marah iqbal gara-gara kecaman netizen terhadap cintanya pada datuk seri vida. Sampai campak duit juta-juta atas lantai. Saya tengokkan je duit dia tu. Kalau terlompat dalam 50 ribu dalam poket, nescaya saya akan makmurkan ekosistem scene seoptimum mungkin. Tapi apakan daya, saya hanya seekor serangga yang pakai produa kenari saja.  Oh, dengan vespa seketul. Nampaknya masih tiada kesudahan lagi mengenai kisah cinta jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida dengan bekas peribadinya, Ahmad Iqbal yang dikatakan bakal berkahwin Disember ini. Iqbal menayang barangan berharga yang dibelinya hasil titik peluh sendiri. Iqbal turut menayang dua ekor kucing yang berharga RM15,000 dan RM8,500. Untuk barangan kucing sahaja, dia membelanjakan sehingga RM50,000.

Zizan Razak Tarik Diri Dari Pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)

Image
Selepas Zul Arifin dan Remy Ishak, giliran Zizan Razak untuk menarik diri dari pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Apa puncanya? Kita baca kenyataan rasmi dari Zizan di bawah: Assalamualaikum, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) antara majlis anugerah yang banyak memberi pengkitirafan kepada nama-nama besar dalam industri hiburan Malaysia. Sejujurnya, ia adalah anugerah yang mendekatkan Zizan dengan para peminat. Dan di situlah kami berkumpul dan mengenali antara satu sama lain. Semua mencatat momen manis! Begitupun, seiring usia dalam bidang seni, Zizan mengambil keputusan untuk menarik diri dari sebarang pencalonan #abpbh34. Zizan percaya ABPBH kali ini harus diraikan kepada bakat-bakat baharu yang bertanding. Hal ini telah dimaklumkan kepada pihak penganjur.  Terima kasih kepada pihak penganjur yang saban tahun mencalonkan Zizan. Dan terutama peminat yang mengundi sepanjang penganjurannya. Zizan akan terus menyokong ABPBH dari luar g

Dolla menghiasi papan iklan New York Times

Image
Bersenjatakan gerak tari yang  dan gaya penampilan fesyen yang sensasi, kumpulan ini terus meraih pengikut dengan jenama muzik kontemporari yang mereka persembahkan. Selepas menerajui carta muzik tempatan dengan single pengenalan mereka ‘Dolla Makes You Wanna’, kumpulan ini terus mencuri perhatian penggemar muzik tanah air. Mereka kemudian melancarkan lagu, ‘Impikan’, berserta versi Bahasa Inggerisnya, ‘Watch Me Glow’, pada Oktober 2020. ‘Impikan’ berjaya mendapat satu juta tontonan di YouTube kurang daripada dua minggu dan meraih perhatian media tempatan serta antarabangsa di samping rantau Asia Tenggara dan Korea. Mereka juga mengambil bahagian dalam sebuah lagu kerjasama anjuran ABS-CBN Filipina berjudul HEAL, sebuah kolaborasi bersama 13 artis-artis Wanita di Asia Tenggara. Pada tahun 2021, DOLLA juga sempat mengeluarkan ‘Raya Raya Raya’, sebuah lagu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Lagu tersebut telah meraih empat juta tontonan di YouTube. Dolla juga

Solidariti buat Nabila Razali yang digodam akaun YouTube

Image
Agak sayang juga kerana ada video YouTube Nabila yang pernah viral.  10 sebab kenapa video muzik NABILA RAZALI & MK K-CLIQUE: PELUANG KEDUA  boleh viral 2 juta dalam masa 2 hari? 1. Video muzik dia mendalam. Dramatik. Tengok la sendiri. 2. Lagunya menarik generasi baru dan golongan BBNU. Kalau umur lepas 40, memang tak boleh masuk. peduli apa, golongan atas 40 masih beli kaset. 3. Lagu asalnya sudah diterima ramai. Views pun dah 3.3 juta. Bila masuk rapping MK, ia membentuk hype. 4. K-Cluque ni senang mengumpan troll. Apa saja yang berkait dengan MK atau K Clique,  confirm panas. 5. K-Clique group yang pentingkan market over arts. Mereka berjaya dengan formula tu sebab kalau mereka buat sebaliknya, mereka akan stay underrated walaupun nama besar. 6. Satu langkah marketing yang bijak oleh Nabila Razali. MK ni paling diminati dalam K Clique.  MK lebih jambu. MK boleh crossover promote lagu ni ke peminat MK. Baru berapa jam saja lagu ni, dah berpuluh ribu

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY