Posts

Showing posts with the label Cerekarama

Telefilem PERINDU SENJA (slot Cerekarama TV3)

Image
Perindu Senja yang akan bersiaran pada 1 April 2023 jam 10 pm di TV3 dalam slot Cerekarama. Karya Osman Ali (Ombak Rindu) lakonan Normah Damanhuri, Zaidi Omar, Fazlina Ahmad Daud, Hilal Azman, Iman suhana, Shahkimin, Ammar Bahri, Shahidan izwan dan ramai lagi. Sebuah telemovie karya skrip Naza Manas terbitan Nuansa Films.  Embun, seorang wanita yang kehilangan suami tercinta tapi kasihnya dikongsi bersama seorang anak istimewa bernama Nomi. Dalam ketika Embun sentiasa menaruh harapan mungkin suatu hari suaminya akan kembali, dia cuba memperjuangkan nasib Nomi yang tertindas oleh ibu kandung nya sendiri. Sejauh mana kah kasih dua insan itu terjalin abadi kerana setiap cinta sejati sering hadir bersama sebuah pengorbanan.

TELEFILEM MENDARAT DI SYURGA, CEREKARAMA TV3 AKAN MENGANGKAT TRAGEDI PESAWAT TERHEMPAS MH370 & MH17

Image
Perjalanan hidup mereka berbeza tetapi disilangkan takdir dengan satu tragedi yang sama.  Sebuah kisah mengenang tragedi pesawat yang terhempas.  Lakonan Siti Saleha, Syafiq Kyle, Nad Zainal, Riz Amin, Aida Khalida, Muaz Zabir, Shah Farisz dan Silfeny Osman, telefilem #MendaratDiSyurga terbitan Zeel Production bakal mengisi slot Cerekarama di TV3 Malaysia pada 8 April 2023, 10 malam.

Ulasan SAAT HILANG CINTAMU (Slot Cerekarama Ramadan TV3)

Image
Salina seorang pelajar yang cemerlang dalam SPM. Razil pula seorang pemuda yang berusia dan bekerja di kampung. Walaupun jarak usia agak jauh, tapi mereka suka sama suka. Selepas SPM Salina menerima lamaran Razil dan berkahwin. Mereka mempunyai 2 orang anak lelaki dan perempuan. Emak Salina tidak menyukai Razil kerana menyebabkan anaknya itu tidak bekerja dan risau jika Razil meninggal dunia, anaknya tidak mempunyai apa-apa duit simpanan. Disebabkan itu, Salina berkeras untuk bekerja. Razil merupakan seorang suami yang setia menyayangi isterinya Salina dan menjadi penyokong utamanya. Dia mencarikan kerja untuk Salina. Namun, hubungan mereka mula renggang apabila Salina terpengaruh dengan kata-kata rakan sekerjanya yang memperlekehkan dan mengaibkan suaminya. Salina mula rapat dengan rakan sepejabatnya bernama Kamal sehingga menimbulkan gossip di pejabat. Salina mendapatkan perkhidmatan nasihat kaunseling Hadi. Hadi merupakan pakar kaunselor Dato' Adli bos kepada Salina ...

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY